Bantahan
Bantahan sekeras kerasnya ke atas nama baru yang dicadangkan. Mana ada orang sebut atau kenali Genting Highlands sebagai Tanah Tinggi Genting.
Itu kata nama khas, jadi tidak perlu dipindahkan ke nama yang sebarangan. Dan mohon tindakan keras diambil terhadap orang yang pindahkan laman ini. --175.141.141.82 16:14, 1 Ogos 2012 (UTC)
- Tetapi kenapa pula rencana Cameron Highlands dinamakan sebagai Tanah Tinggi Cameron? Bukankah sepatutnya ada kesetaraan nama kedua-dua rencana tersebut? Jeluang Terluang (bincang) 00:23, 28 Jun 2017 (UTC)
- Menariknya lagi, genting ialah perkataan Melayu manakala Cameron pula bukan nama Melayu. Bukankah pelik nama yang mengandungi nama Melayu dipilih untuk ditulis dalam bahasa Inggeris, manakala nama yang mengandungi nama Inggeris pula dipilih untuk ditulis dalam bahasa Melayu?--Jeluang Terluang (bincang) 00:31, 28 Jun 2017 (UTC)
- @Jeluang Terluang: Betul tu! Nama tempat yang sudah ditulis sebegitu dan tiada apa-apa terjemahan yang diiktiraf (seperti United States (BI) → Amerika Syarikat (BM), United Kingdom (BI, BM)), tidak perlu diterjemah kepada Bahasa Melayu 100%. Jika tidak, Genting Highlands akan diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai Critical/Acute/Rooftop Highlands. Tidakkah pelik bunyinya? SNN95 06:19, 28 Jun 2017 (UTC)
logo di Kotak sampingan
Helo!
Sila bantu muatnaik fail gambar logo Genting resorts di kotak sampingan bertajuk "Resorts World Genting".