
Peperiksaan awam diraja | |||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 科舉 | ||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 科举 | ||||||||||||||||||||||||||
Hanyu Pinyin | kējǔ | ||||||||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | pemetikan bidang | ||||||||||||||||||||||||||
|
Peperiksaan awam diraja di China (Cina Tradisional: 科舉, Cina Ringkas: 科举, pinyin: kējǔ) dilakukan dengan tujuan menilai dan memilih mana-mana orang berkelayakan menjadi pegawai awam di kerajaan tersebut. Peperiksaan ini dilaksanakan untuk memastikan pengukuhan pengetahuan sastera dan persuratan serta kepercayaan dan kefahaman adat[1] dalam kalangan pegawai negeri sebagai suatu penyatu fahaman dan kuasa serata China; kemampuan menaikkan pangkat diri melalui pendidikan turut mengukuhkan kedaulatan raja tanpa bergantung kepada kuasa bangsawan yang terwaris di mana kuasa tersebut diimbangi darjat sarjana berpengalaman dan berilmu tinggi.
Konsep ini mula dikembangkan pada awal sejarah China tetapi bentuk peperiksaan bertulis mula diperkukuhkan pada pertengahan dinasti Tang sehingga menguat dominan pada zaman dinasti Song. Ia bertahan hingga dihapuskan dalam pembaharuan dasar-dasar kerajaan pada hujung zaman dinasti Qing pada tahun 1905; lagi-lagi semasa pembaharuan diperkenalkan Yuan Shikai, Yin Chang dan Zhang Zhidong.Pendekatan ini turut mempengaruhi seberapa kerajaan serantau yang didedahkan kepada budaya alam Cina termasuk Jepun (walaupun sebentar),[2] Korea, Ryūkyū, dan juga Vietnam.[3]
Selain Asia, laporan oleh mubaligh dan diplomat Eropah memperkenalkan sistem peperiksaan China kepada dunia Barat, lalu mendorong Perancis, Jerman dan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk menggunakan kaedah serupa dalam pemilihan kakitangan. Melihat kejayaan awal sistem ini dalam EIC, kerajaan British mengambil sistem saringan yang sama bagi memilih kakitangan awam di seluruh United Kingdom pada tahun 1855. Amerika Syarikat turut mewujudkan program serupa untuk jawatan kerajaan tertentu selepas tahun 1883.
Sejarah

Dinasti Sui (581–618)
Dinasti Sui meneruskan tradisi pengambilan pegawai melalui pencalonan, tetapi pada tahun 587 sistem ini diubah dengan syarat setiap prefektur (fu) menghantar tiga sarjana setiap tahun. Pada 599, semua pegawai istana berpangkat lima ke atas diwajibkan membuat pencalonan dalam beberapa kategori.[4]
Pada zaman Sui juga muncul peperiksaan baharu untuk golongan "ahli klasik" (mingjing ke) dan "bakat terdidik" (xiucai ke). Ahli klasik diuji pada teks Kongzi, dianggap agak mudah ketika itu, lalu sesiapa yang lulus diberikan jawatan peringkat rendah. Golongan berbakat diuji bukan sahaja pada Klasik Kongzi, tetapi juga pada urusan kenegaraan. Pada 607, Maharaja Yang dari Sui memperkenalkan kategori baharu iaitu "sarjana persembahan" (jinshike 进士科). Ketiga-tiga kategori ini menjadi asas kepada sistem peperiksaan kekaisaran yang bertahan hingga 1905. Oleh itu, tahun 607 sering dianggap sebagai permulaan sebenar sistem peperiksaan imperial. Walau bagaimanapun, Dinasti Sui berumur pendek dan sistem ini tidak sempat berkembang lebih jauh.[5]
Walaupun begitu, peperiksaan imperial tidak banyak mengubah cara pemilihan pegawai pada zaman Sui. Sekolah di ibu kota masih melahirkan pelajar untuk dilantik, dan status rasmi juga diwarisi. Golongan peniaga dan tukang masih dihalang daripada menjadi pegawai. Namun pemerintahan Maharaja Wen dari Sui (r. 581–604) memperluas kawalan kerajaan terhadap birokrasi. Semua pegawai sehingga peringkat daerah perlu dilantik oleh Jabatan Urusan Negara di ibu kota serta dinilai setiap tahun. Inspektor wilayah dan majistret daerah wajib ditukar setiap tiga tahun, manakala pembantu mereka setiap empat tahun. Mereka juga tidak dibenarkan membawa ibu bapa atau anak dewasa ketika berpindah tugas. Dinasti Sui tidak menubuhkan kerajaan warisan atau gelaran bangsawan seperti hóu pada zaman Han. Sebagai ganti, golongan bangsawan menerima elaun besar dan kakitangan. Kedudukan pegawai aristokrat ditentukan oleh salasilah dengan kategori seperti "berprestij", "tulen", dan "tidak tulen" untuk menentukan jawatan yang sesuai.[6]
Dinasti Tang (618–907)

Dinasti Tang bersama tempoh peralihan Zhou di bawah Maharani Wu (Wu Zetian) memperluas peperiksaan melampaui soal dasar awam dan temu duga.[7] Secara teori temu duga lisan sepatutnya adil, namun realitinya lebih memihak kepada calon dari keluarga elit di ibu kota Chang'an dan Luoyang. Mereka yang bercakap dialek luar dianggap gagal.[8]
Di bawah kerajaan Tang, enam kategori peperiksaan awam dianjurkan oleh Jabatan Urusan Negara dan dikendalikan oleh Kementerian Upacara: bakat terdidik, ahli klasik, sarjana persembahan, pakar undang-undang, pakar penulisan, dan pakar matematik. Maharaja Xuanzong turut menambah kategori untuk Taoisme dan pelatih. Daripada semua kategori ini, ijazah sarjana persembahan jinshi menjadi paling sukar dan akhirnya menenggelamkan kategori lain. Menjelang penghujung zaman Tang, ijazah jinshi menjadi syarat utama untuk menduduki jawatan tinggi. Malah pencalonan melalui saranan juga diwajibkan menduduki peperiksaan.[9]
Peperiksaan dijalankan pada bulan pertama kalendar lunar. Selepas keputusan disiapkan, senarai dihantar kepada Canselor Besar, yang berhak mengubah kedudukan calon. Kadangkala senarai juga diperiksa semula oleh Secretariat-Chancellery. Maharaja berkuasa mengarahkan peperiksaan diulang. Senarai akhir kemudian dipamerkan pada bulan kedua lunar.[10]
Ujian ahli klasik berbentuk melengkapkan ayat daripada teks klasik; calon perlu menyambung perenggan penuh. Lulus jika berjaya menjawab lima daripada sepuluh soalan. Disebabkan mudah, calon berusia 30 tahun dianggap tua untuk kategori ini, tetapi masih muda bagi jinshi. Ada juga versi lisan dipanggil moyi dengan 100 soalan. Sebaliknya peperiksaan jinshi merangkumi bukan sahaja Klasik Kongzi, tetapi juga sejarah, penyusunan dokumen rasmi, inskripsi, karangan analitis, memorial, serta puisi dan rapsodi. Lulusan jinshi yang sedikit jumlahnya menikmati kedudukan sosial sangat tinggi. Peperiksaan kehakiman, matematik dan kerani turut dijalankan, tetapi hanya melayakkan mereka ke agensi tertentu.[10]
Mereka yang lulus tidak serta-merta diberi jawatan. Calon mesti melalui penilaian kualiti oleh Kementerian Upacara sebelum dibenarkan memakai jubah rasmi.[10]
Dinasti Wu Zhou
Pemerintahan Maharani Wu Zetian (690Masihi)yang naik takhta luar kalangan keluarga Li yang mengurniakan semua penguasa kerajaan Tang sebelum baginda menjadi titik penting dalam perkembangan sistem peperiksaan.[11] Baginda maharani memerlukan asas kuasa baharu. Perombakan kepada sistem peperiksaan menjadi alat utama untuk membina golongan birokrat elit baharu daripada latar masyarakat yang sederhana. Baginda memperkenalkan peperiksaan istana dan ketenteraan.[12]
Pada 655 M, baginda maharani Wu meluluskan 44 calon dengan ijazah jinshi, dan sepanjang tujuh tahun purata tahunan graduan jinshi melebihi 58 orang. Wu memberi penghormatan besar kepada lulusan baharu ini, meningkatkan nama laluan kerjaya tersebut, sekaligus membuka peluang kepada penduduk di wilayah tenggara yang kurang ternama. [11] Pemerintahannya juga membenarkan golongan rakyat biasa dan bangsawan rendah, yang sebelumnya dilarang, untuk mengambil peperiksaan.[13] Dengan cara ini, baginda memperoleh sokongan daripada kawasan yang kurang diwakili, menenangkan rasa tidak puas hati kaum cendekia, dan mendorong pembelajaran walaupun di pelosok jauh. Para lulusan ini menjadi teras birokrat baharu yang mengukuhkan kedudukan kerajaannya.[14]
Pada 681, diperkenalkan peperiksaan berbentuk isian tempat kosong berdasarkan pengetahuan ajaran Kongzi.[15] Antara tokoh terkenal yang serta melalui sistem ini termasuk Zhang Yue, Li Jiao, dan Shen Quanqi.[16]
Walaupun kepentingan peperiksaan semakin meningkat, masyarakat Tang masih dikuasai nilai aristokratik. Hanya selepas abad ke-9 keadaan berubah. Ketika itu menjadi kebiasaan calon mengunjungi pemeriksa untuk mendapatkan restu. Pengaruh bangsawan merosot selepas abad ke-9 apabila jumlah lulusan peperiksaan bertambah. Mereka kemudian memainkan peranan lebih besar dalam istana. Pada masa yang sama sistem kuota diwujudkan untuk memastikan perwakilan geografi lebih adil dalam kalangan calon berjaya.[17]
— Thomas H. C. Lee
Mulai 702 Masihi, nama calon disembunyikan supaya pemeriksa tidak mengetahui butiran peribadi mereka. Sebelum itu, ada seberapa calon-calon yang dilaporkan menghadiahkan karya sendiri terus kepada pemeriksa bagi meraih perhatian.[12]
Pemulihan Tang
Antara tahun 730 dan 740, selepas pemulihan Tang, satu bahagian baharu ditambah dalam peperiksaan iaitu gubahan puisi asli (shi dan fu). Ujian ini dikhususkan untuk ijazah jinshi serta beberapa kategori lain. Peperiksaan yang kurang ternama pula menguji matematik, undang-undang, dan seni khat. Kadar kelulusan bagi ujian Klasik sekitar 10–20 peratus, manakala untuk jinshi hanya 1–2 peratus setahun, dengan jumlah keseluruhan 6,504 jinshi sepanjang Dinasti Tang (purata sekitar 23 setahun).[15] Selepas 755, sehingga 15 peratus pegawai diambil melalui peperiksaan.[18]
Pada awal pemulihan Tang, maharaja seterusnya meneruskan dasar Wu Zetian kerana bermanfaat secara politik, lalu bilangan ijazah meningkat. Ini menghasilkan kelompok baharu dalam istana antara pemeriksa dan lulusan mereka. Namun, dengan keruntuhan Tang dan berlakunya zaman "Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaan", sistem peperiksaan merosot akibat laluan tradisional lain serta amalan pilih kasih. [14] Ironinya, perpecahan ini menghancurkan rangkaian lama keluarga elit yang selama berabad-abad menguasai China. Hilangnya aristokrasi lama menjadikan sistem Wu sebagai model utama sekali lagi, lalu melahirkan golongan elit bukan warisan yang kelak dikenali orang Barat sebagai mandarin yang berBahasa Mandarin, khusus digunakan dalam istana. [19]
Dinasti Song (960–1279)

Dalam zaman Dinasti Song (960–1279), peperiksaan imperial menjadi cara utama melantik pegawai. Lebih seratus peperiksaan istana dijalankan sepanjang dinasti ini, menghasilkan banyak lulusan jinshi.[20] Peperiksaan dibuka kepada lelaki Cina dewasa dengan beberapa syarat, termasuk penduduk wilayah utara yang dikuasai dinasti Liao dan Jin.[21] Catatan menunjukkan 70–80,000 calon pada 1088 dan 79,000 sekitar abad ke-12.[22] Pada pertengahan abad ke-11, antara 5,000 hingga 10,000 menduduki peperiksaan kota raya setahun.[23] Menjelang abad ke-12, 100,000 calon mendaftar untuk peperiksaan prefektur setiap tahun, dan pada abad ke-13 jumlahnya melebihi 400,000.[24] Jumlah pemegang ijazah jinshi aktif berkisar antara 5,000 hingga 10,000, merangkumi 7,085 daripada 18,700 jawatan pada 1046 dan 8,260 daripada 38,870 jawatan pada 1213.[23] Statistik menunjukkan kerajaan Song menganugerahkan lebih dua kali ganda ijazah tahunan berbanding zaman Tang, dengan purata 200 ke atas setahun, malah ada ketika hampir 240. [14]
Struktur peperiksaan terbahagi kepada prefektur, kota raya, dan istana. Peperiksaan prefektur dijalankan pada hari ke-15 bulan lapan menurut takwim qamari Cina. Lulusan prefektur dihantar ke ibu kota untuk peperiksaan kota raya yang biasanya berlangsung pada musim bunga. Mereka yang lulus kemudian melanjutkan ke peperiksaan istana.[12]
Ramai individu daripada latar rendah mampu naik ke kedudukan politik hasil kejayaan dalam peperiksaan. Kajian pada tahun 1148 dan 1256 menunjukkan sekitar 57 peratus berasal daripada keluarga tanpa bapa, datuk atau moyang yang pernah memegang jawatan rasmi.[25] Namun kebanyakan masih mempunyai saudara lain dalam birokrasi.[26] Antara tokoh penting yang melalui sistem ini ialah Wang Anshi, yang mencadangkan pembaharuan peperiksaan agar lebih praktikal, dan Zhu Xi (1130–1200), yang tafsirannya terhadap Empat Buku dan Lima Kitab menjadi asas Neo-Konfusianisme dinasti kemudian. Dua tokoh lain ialah Su Shi (1037–1101) dan adiknya Su Zhe (1039–1112), yang menjadi penentang politik Wang Anshi. Proses belajar untuk peperiksaan memakan masa dan kos besar, memerlukan guru serta masa lapang. Kebanyakan calon datang daripada kalangan keluarga berdarjat sarjana pegawai yang berpangkat kecil tetapi memiliki tanah dan kaya.[27]
Sejak tahun 937, atas perintah Maharaja Taizu dari Song, sesi penilaian akhir di istana dipantau sendiri oleh baginda. Pada 992 diperkenalkan amalan menyerahkan kertas jawapan tanpa nama untuk peperiksaan istana; kaedah ini diperluaskan ke peperiksaan peringkat kementerian pada 1007, dan ke prefektur pada 1032. Bermula 1037, pemeriksa dilarang bertugas di tanah air prefektur mereka. Larangan juga dikenakan supaya pemeriksa dan pegawai atasan tidak berhubung sebelum ujian dijalankan. Bagi menutup jejak tulisan tangan calon, kertas jawapan disalin semula oleh penulis khas di ibu kota dan peringkat kementerian mulai 1015, serta di prefektur pada 1037.[28]
Pada 1009, Maharaja Zhenzong dari Song (r. 997–1022) memperkenalkan kuota penganugerahan ijazah. Misalnya pada 1090, di Fuzhou hanya 40 ijazah diberi daripada 3,000 calon, bersamaan nisbah satu ijazah untuk setiap 75 orang. Menjelang abad ke-13, peraturan menjadi lebih ketat apabila hanya satu peratus calon dibenarkan lulus peperiksaan prefektur. Bahkan lulusan tahap paling rendah pun tergolong kelompok elit masyarakat.[24]
Tahun 1071 menyaksikan Maharaja Shenzong dari Song (r. 1067–1085) memansuhkan ujian golongan ahli klasik serta beberapa peperiksaan lain dalam bidang undang-undang dan kira-kira. Peperiksaan jinshi diangkat menjadi laluan utama ke jawatan kerajaan. Tidak lama kemudian ujian kehakiman dan ahli klasik dihidupkan semula, namun kehakiman diklasifikasikan sebagai ujian khas dan bilangan pengambil ujian klasik menurun, manakala versi lisan untuk ahli klasik dihentikan. Negara turut menganjurkan pelbagai ujian khas lain, termasuk untuk ahli keluarga pegawai, untuk pejabat Personel, dan bidang seperti sejarah yang diterapkan pada isu semasa (shiwu ce, Soalan Dasar), terjemahan, serta urusan kehakiman. Soalan Dasar menjadi komponen teras dalam siri peperiksaan berikutnya. Sebuah ujian bernama cewen turut diperkenalkan untuk menilai kefahaman hal semasa seperti politik, ekonomi dan ketenteraan.[29][30]
Era Song juga menampilkan karangan peperiksaan bentuk baharu, *jing yi* (huraian makna Klasik). Calon perlu membina esei yang tersusun secara logik dengan meletakkan petikan Klasik atau ayat seerti bersebelahan untuk menerangkan sesuatu petikan. Ini menggambarkan penekanan Song terhadap pemahaman kreatif terhadap Klasik. Bentuk ini akhirnya berkembang menjadi apa yang dikenali sebagai esei berkaki lapan (*bagu wen*) yang menjadi ciri mendefinisikan peperiksaan era Ming dan Qing.[31]
— Thomas H. C. Lee
Beberapa tokoh seperti Fan Zhongyan, Zhu Xi dan Wang Anshi mengemukakan pembaikan terhadap sistem. Wang dan Zhu berhujah agar puisi dan rhapsodi dikeluarkan kerana tidak membantu tadbir urus mahupun pembinaan akhlak, lalu seksyen puisi dibuang pada 1060-an. Sembah maklum Fan kepada takhta memulakan gelombang reformasi pendidikan melalui pembangunan jaringan sekolah awam yang menyeluruh.[32][29]
Syarat dikenakan

Undang-undang diwartakan sejak zaman kerajaan dinasti Tang hingga Song menetapkan semua lelaki dewasa Cina yang berpelajaran layak mengambil peperiksaan ini.[33] Usia yang digalakkan untuk mengambil pengajian ini adalah pada usia 20-an yang dianggap sangat bertuah sehingga rata-rata 30-an; dan tidak dalam keadaan berkabung.[24]
Calon perlu menanggung kos perjalanan dan penginapan sepanjang peperiksaan dijalankan termasuk hadiah penghargaan kepada pemeriksa dan cuai kepada kakitangan. Seorang calon jinshi memerlukan penaung dalam birokrasi untuk menjamin integritinya.[23] Jamuan dan hiburan juga perlu ditanggung. Akibat perbelanjaan ini, menyokong seorang calon menjadi beban bersama seluruh keluarga.[34] Seseorang yang gagal dalam peperiksaan didudukinya boleh mengulang sampai beberapa kali melainkan dikenakan sekatan tertentu yang menghalang pengambilan semula baik dalam bilangan terhad mengikut tempoh tertentu mahupun untuk selama-lamanya.
Meskipun undang-undang asal membuka peluang peperiksaan kepada semua warga jelata Cina, terdapat pelbagai sekatan rasmi dan tidak rasmi terhadap siapa yang boleh menduduki peperiksaan empayar pada zaman-zaman mendatang.
Golongan dilarang
Masyarakat kebanyakan orang Cina di bawah darjat raja dan bangsawan dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut pekerjaan: sarjana, petani, tukang, dan pedagang.[35] Di bawah rakyat biasa ialah golongan "hina" seperti tukang dayung perahu, pengemis, pelacur, penghibur jalanan, hamba sahaya, dan pekerja kerajaan peringkat rendah yang disisih dan dilarang menyandang jawatan kerajaan apatah lagi menyertai peperiksaan empayar.[36]
Sesetengah kumpulan etnik atau darjat seperti golongan buangan dari Dinasti Jin di Ningbo seramai kira-kira 3,000 orang, turut dilarang menyertai peperiksaan empayar. Penjual daging dan Wu (dukun) turut dikecualikan pada waktu tertentu.[37] Pedagang dilarang menyertai peperiksaan sehinggalah Dinasti Ming dan Qing,[38] walaupun sejak seawal tahun 955, golongan sarjana-pegawai sendiri terlibat dalam aktiviti perdagangan.
Semasa Dinasti Sui dan Tang, tukang besi juga dilarang menyertai perkhidmatan rasmi. Semasa Dinasti Song, tukang, pedagang, kerani, serta agamawan Buddha dan Tao dikecualikan daripada menduduki peperiksaan jinshi;[24] manakala dalam Dinasti Liao, pengamal perubatan, tukang tilik nasib, penjual daging dan pedagang semuanya dilarang mengambil peperiksaan,[39] menurut Liao-shih. Pada masa-masa tertentu jumlah calon yang dibenarkan mengambil atau lulus peperiksaan perkhidmatan awam turut dibataskan atau dikenakan kuota mengikut wilayah atau kriteria lain.
Dinasti Liao (916–1125)
Bangsa Khitan yang menguasai Dinasti Liao hanya menganjurkan peperiksaan di wilayah dengan populasi Han yang besar. Fokus peperiksaan Liao ialah puisi berirama serta sajak rampai bunga (賦 fù). Kaum Khitan sendiri tidak menduduki peperiksaan ini sehinggalah tahun 1115, ketika ia akhirnya diterima sebagai jalan sah untuk menaikkan kedudukan mereka.[40]
Dinasti Jin (1115–1234)
Golongan Jurchen yang menubuhkan Dinasti Jin menjalankan dua jenis peperiksaan berasingan untuk menampung bekas subjek Liao dan Song. Di utara, ujian menekankan penghafalan puisi berirama dan fù, manakala di selatan, teks Klasik Kongzi menjadi teras. Semasa pemerintahan Maharaja Xizong (bertakhta 1135–1150), kedua-dua bentuk digabungkan dan calon diuji dalam kedua-dua genre. Maharaja Zhangzong (bertakhta 1189–1208) memansuhkan peperiksaan prefektur. Maharaja Shizong (bertakhta 1161–1189) pula mencipta peperiksaan pertama dalam bahasa Jurchen, dengan tumpuan kepada penulisan politik dan puisi. Lulusan ujian Jurchen digelar "sarjana karangan" (celun jinshi) untuk membezakan mereka daripada jinshi biasa.[41]
Dinasti Yuan (1271–1368)

Peperiksaan imperial dihentikan seketika selepas kekalahan Song pada 1279 oleh Kublai Khan dan Dinasti Yuan. Salah seorang penasihat utama Kublai, Liu Bingzhong, mengemukakan cadangan agar sistem peperiksaan dikembalikan, tetapi tidak dilaksanakan.[42] Kublai menolak sistem ini kerana berpendapat pembelajaran Konfusianisme tidak perlu untuk pentadbiran.[43] Kublai juga enggan memberi keutamaan kepada bahasa Cina dan sarjana Han yang mahir dengannya, kerana mahu melantik pengikut sendiri tanpa bergantung pada mekanisme lama negara taklukan yang kadang memberontak.[44] Akibatnya, martabat pembelajaran klasik menurun, semangat belajar berkurang, dan kesusasteraan berkembang ke arah baharu tanpa terikat pada tradisi lama.[45]
Sistem peperiksaan dihidupkan semula pada 1315 di bawah pemerintahan Ayurbarwada Buyantu Khan, dengan perubahan besar. Calon dibahagikan mengikut kategori wilayah dan etnik, lebih menguntungkan orang Mongol serta sekutu bukan Han (Semu-ren) dan merugikan orang Cina Selatan. Kuota ditetapkan mengikut empat kumpulan: Mongol, sekutu Semu-ren, Cina Utara, dan Cina Selatan, dengan sekatan tambahan mengikut wilayah yang lebih mengutamakan Mongolia dan sekitarnya.[46] Kuota peperiksaan wilayah ditetapkan 300 orang, 75 daripada setiap kumpulan. Ujian kota raya pula 100 orang dengan 25 bagi setiap kumpulan. Senarai calon dibahagi dua: Mongol dan Semu-ren di sebelah kiri, manakala Cina Utara dan Selatan di kanan. Soalan ditulis dalam bahasa Cina berdasarkan teks Konfusianisme dan Neo-Konfusianisme, tetapi Mongol serta Semu-ren diberi soalan lebih mudah. Semua yang lulus dianugerahkan salah satu daripada tiga darjat, dan layak dilantik ke jawatan kerajaan.[41]
Keputusan Yuan menggunakan tafsiran klasik Zhu Xi sebagai piawaian peperiksaan amat penting untuk menggabungkan sistem ini dengan tradisi pendidikan Konfusianisme. Calon Cina dan bukan Cina direkrut secara berasingan bagi menjamin pegawai bukan Cina dapat mengawal kerajaan, tetapi ini juga menggalakkan proses pengkonfusian dalam kalangan penakluk.[31]
— Thomas H. C. Lee
Di bawah sistem baharu ini, purata tahunan ijazah dianugerahkan sekitar 21. [46] Pembahagian kaum wilayah empat kumpulan lebih menguntungkan Mongol, Semu-ren, dan Cina Utara, meskipun Cina Selatan membentuk hampir separuh populasi. Banci 1290 mencatat 12 juta isi rumah (sekitar 48% populasi Yuan) di China Selatan berbanding 2 juta di China Utara, manakala Mongol dan Semu-ren jauh lebih sedikit.[46] Walaupun secara teori 75 slot diperuntukkan untuk Cina Selatan dalam peperiksaan wilayah, hanya 28 orang Han dari wilayah itu dimasukkan, selebihnya diisi Mongol atau Semu-ren yang menetap di sana. Malah 47 orang "Cina Selatan" yang sebenarnya tinggal di luar wilayah itu turut diluluskan sebagai calon.[47]
Dinasti Ming (1368–1644)

Dinasti Ming (1368–1644) mengekalkan dan memperluas sistem peperiksaan yang diwarisi. Maharaja Hongwu pada awalnya enggan menghidupkan semula peperiksaan kerana berpendapat kurikulumnya kurang berguna secara praktikal. Pada 1370 baginda memutuskan peperiksaan berasaskan kanon Neo-Konfusianisme yang dirumus oleh Zhu Xi semasa Dinasti Song: iaitu Empat Buku, wacana dan analisis politik. Dua tahun kemudian peperiksaan dimansuhkan semula kerana baginda lebih suka pelantikan melalui pencalonan. Pada 1384 peperiksaan dihidupkan kembali, namun selain kanon Neo-Konfusianisme, Maharaja Hongwu menambah ujian susulan lima hari selepas peperiksaan utama. Ujian baharu ini menekankan shixue (pembelajaran praktikal), merangkumi undang-undang, matematik, kaligrafi, menunggang kuda, dan memanah. Baginda amat menitikberatkan memanah, malah beberapa hari selepas mengeluarkan titah, baginda sendiri memerintahkan Guozijian dan sekolah daerah mempraktikkannya dengan tekun.[48][49] Akibat penekanan baharu terhadap ilmu praktikal, dari 1384 hingga 1756/57 semua peperiksaan wilayah dan kota raya memasukkan soalan undang-undang manakala peperiksaan istana menambah soalan dasar semasa.[50] Peperiksaan istana pertama zaman Ming dijalankan pada 1385.[51]
Peperiksaan wilayah dan kota raya diatur dalam tiga sesi. Sesi pertama menguji tiga soalan tentang tafsiran Empat Buku, serta empat tentang korpus Klasik. Sesi kedua berlangsung tiga hari kemudian, terdiri daripada esei analisis, lima penilaian kritis, serta satu dalam gaya titah, pengumuman dan memorial. Selepas tiga hari lagi, sesi ketiga merangkumi lima esei tentang Klasik, historiografi, dan isu semasa. Peperiksaan istana hanya satu sesi dengan soalan tentang perkara penting dalam Klasik atau dasar semasa. Jawapan bertulis perlu mematuhi struktur tetap dikenali sebagai esei berkaki lapan, terdiri daripada lapan bahagian: pembukaan, pengembangan, pendahuluan hujah, hujah awal, hujah utama, hujah lanjutan, hujah akhir, dan kesimpulan. Panjang esei antara 550 hingga 700 aksara. Gu Yanwu menganggap esei berkaki lapan lebih buruk daripada tindakan Qin Shi Huang membakar buku dan menanam hidup-hidup 460 sarjana Konfusianisme.[51]
Kandungan peperiksaan zaman Ming dan Qing banyak kekal sama seperti era Song, cuma karangan sastera diperluas merangkumi dokumen kerajaan. Yang paling penting ialah penekanan kepada esei berkaki lapan. Sebagai gaya penulisan, ia dibina berdasarkan penaakulan logik untuk penghuraian yang kemas. Namun formatnya menjadi terlalu kaku demi menjamin pemarkahan adil. Ramai calon sekadar menghafal esei sedia ada dengan harapan ia keluar dalam peperiksaan. Memandangkan semua soalan diambil daripada Klasik, hanya sejumlah terhad petikan yang boleh digunakan pemeriksa. Soalan kerap berupa gabungan dua atau lebih petikan tidak berkaitan. Calon sering buntu bagaimana menafsirkannya, apatah lagi menulis esei yang logik. Ini mencetuskan kritikan hebat, tetapi gaya ini terus digunakan sehingga sistem peperiksaan berakhir.[31]
— Thomas H. C. Lee
Akademi Hanlin memainkan peranan teras dalam kerjaya graduan peperiksaan zaman Ming. Mereka yang lulus cemerlang peperiksaan kota raya dilantik terus sebagai penyusun kanan di Akademi Hanlin. Lulusan biasa dilantik sebagai penyusun muda atau editor. Pada 1458, pelantikan ke Akademi Hanlin dan Sekretariat Agung dihadkan kepada pemegang ijazah jinshi. Jawatan penting seperti menteri atau timbalan menteri upacara serta timbalan kanan personel juga hanya dibuka kepada pemegang ijazah ini. Latihan di Akademi Hanlin memberi mereka pendedahan meluas kepada pelbagai agensi kerajaan pusat. Sembilan puluh peratus Canselor Besar zaman Ming ialah pemegang ijazah jinshi.[51]
Neo-Konfusianisme menjadi garis panduan utama pembelajaran sarjana, menyempitkan tafsiran politik dan sosial terhadap Klasik. Pada masa sama, pertumbuhan ekonomi dan populasi pesat meningkatkan jumlah calon ijazah di peringkat bawah. Birokrasi Ming tidak menambah kuota ijazah seiring pertambahan penduduk. Menjelang 1600, terdapat kira-kira 500,000 shengyuan dalam populasi 150 juta, iaitu satu bagi setiap 300 orang. Fenomena ini berlanjutan hingga zaman Qing, ketika pertengahan abad ke-19 nisbah merosot kepada satu bagi setiap seribu orang. Akses ke jawatan kerajaan menjadi amat sukar, dan pegawai semakin ortodoks. Jawatan tinggi masih dikuasai pemegang ijazah jinshi, mirip zaman Song, tetapi kebanyakannya datang daripada keluarga elit.[52]
Asal usul sosial graduan kota raya juga berubah. Pada awal zaman Ming hanya 14 peratus datang daripada keluarga dengan tradisi pegawai, tetapi pada penghujung dinasti kira-kira 60 peratus lulusan kota raya berasal dari keluarga elit mapan.
Dinasti Qing (1644–1912)

Cita-cita Hong Taiji, maharaja pertama Dinasti Qing, ialah menggunakan peperiksaan untuk melahirkan kader Bannermen Manchu yang mahir ilmu dan perang bagi mentadbir kerajaan. Pada 1638, baginda memulakan peperiksaan pertama khusus untuk bannermen, ditawarkan dalam bahasa Manchu dan Cina, bahkan sebelum tenteranya menawan Beijing pada 1644. Namun golongan bannermen Manchu kekurangan masa dan dana untuk bersedia, apatah lagi mereka boleh naik pangkat melalui medan perang. Akhirnya dinasti ini tetap bergantung kepada pegawai Manchu dan Han yang dipilih melalui sistem warisan Ming dengan sedikit perubahan.[53] Sepanjang zaman Qing, sebanyak 26,747 ijazah jinshi dianugerahkan dalam 112 peperiksaan antara 1644 hingga 1905, purata 238.8 orang setiap kali.[54]
Kuota etnik ditetapkan bagi jumlah lulusan. Pada awal Qing, peperiksaan istana mempunyai nisbah 4:6 untuk Manchu dan Han, berkuat kuasa hingga 1655. Dari 1652 hingga 1655, peperiksaan berasingan untuk bannermen dilaksanakan dengan kuota 4:2:4 bagi Manchu, Mongol, dan Han. Pada 1651 pula diwujudkan peperiksaan “terjemahan” bagi bannermen, bukan untuk melahirkan penterjemah tetapi membantu mereka yang tidak menguasai bahasa Cina klasik. Pada zaman Maharaja Qianlong (1736–1795), Manchu dan Mongol digalakkan mengambil peperiksaan dalam bahasa Cina klasik. Ujian terjemahan dimansuhkan pada 1840 kerana kekurangan calon. Selepas 1723, graduan Han dari peperiksaan istana diwajibkan belajar bahasa Manchu. Keupayaan dwibahasa dihargai dalam birokrasi, malah diberi keutamaan lantikan. Contohnya pada 1688, seorang calon dari Hangzhou yang menjawab soalan dasar dalam bahasa Cina dan Manchu dilantik sebagai penyusun di Akademi Hanlin walaupun kedudukannya tercorot dalam kumpulan kedua graduan jinshi. Minoriti seperti orang Peng di Wilayah Jiangxi diberi kuota 1:50 untuk ijazah shengyuan bagi menggalakkan mereka meninggalkan kehidupan nomad. Pada 1767, memorial dari Wilayah Guangxi melaporkan ada orang Han menyamar untuk menikmati kuota etnik ini. Pada 1784, kuota dicadang untuk Muslim agar mereka lebih terintegrasi. Pada 1807, memorial dari Wilayah Hunan memohon kuota lebih besar untuk orang Miao supaya tidak perlu bersaing terus dengan calon Han.[55]
Peperiksaan imperial tidak kebal daripada rasuah. Satu kes terkenal berlaku di Yangzhou pada 1711 bagi peperiksaan xiangshi untuk pangkat juren. Didapati ramai anak pedagang garam kaya lulus peperiksaan, menyebabkan calon gagal menuduh gabenor-jeneral serta timbalan pemeriksa menerima rasuah. Ribuan calon berarak di jalanan malah menahan pengarah peperiksaan. Siasatan sembilan bulan menyusul, mendapati pemeriksa utama dan calon berjaya bersalah. Pemeriksa utama dihukum mati.[56]
Kerajaan Syurga Taiping (1851–1864)
Kerajaan Syurga Taiping yang berasaskan Kristian Cina lahir daripada pemberontakan menentang Qing yang dipimpin oleh Hong Xiuquan, seorang calon gagal peperiksaan, dengan ibu kota di Nanjing pada 1851. Mengikut teladan imperial, Taiping turut mengadakan peperiksaan bermula 1851.[57] Namun teks Konfusianisme diganti dengan Bible Taiping, iaitu Perjanjian Lama dan Baru yang disunting Hong. Calon dikehendaki menulis esei berkaki lapan berasaskan petikan Bible.[58]
Pada 1853, buat pertama kali dalam sejarah China, wanita dibenarkan menjadi calon peperiksaan. Fu Shanxiang menduduki ujian ini dan menjadi zhuangyuan wanita pertama (dan terakhir) dalam sejarah China.[59]
Kemerosotan dan pemansuhan
Menjelang 1830-an dan 1840-an, muncul cadangan agar peperiksaan imperial memasukkan teknologi Barat. Pada 1864, Li Hongzhang mengusulkan supaya mata pelajaran teknologi Barat ditambah agar sarjana dapat menumpukan usaha di bidang itu. Cadangan serupa dibawa oleh Feng Guifen pada 1861 dan Ding Richang (matematik dan sains) pada 1867. Pada 1872 dan sekali lagi pada 1874, Shen Baozhen mencadangkan pembaharuan peperiksaan dengan memasukkan matematik serta pemansuhan peperiksaan ketenteraan yang dianggap usang kerana masih berasaskan senjata lama seperti panah. Beliau juga mencadangkan pelajar Tongwen Guan yang cemerlang dalam matematik dilantik terus ke Zongli Yamen setaraf graduan peperiksaan imperial. Pada 1874, Li Hongzhang pula mengusulkan penubuhan "Biro Pembelajaran Barat" (洋学局) di wilayah pesisir, penyertaan di dalamnya setara dengan ijazah peperiksaan.[60][61] Pada 1888, peperiksaan ditambah mata pelajaran perdagangan antarabangsa.[62]
Selepas kekalahan ketenteraan pada 1890-an dan tekanan untuk membangunkan sistem sekolah moden, pembaharu seperti .</ref>[63][64]
Mereka yang sekurang-kurangnya memiliki ijazah shengyuan masih hidup agak selesa kerana status sosial mereka dikekalkan. Pelajar tua yang gagal memperoleh shengyuan lebih terkesan kerana sukar menyesuaikan diri dengan pembelajaran baharu, terlalu angkuh untuk berniaga, dan terlalu lemah untuk kerja fizikal.[65]
Pelaksanaan
Peperiksaan ini dilaksanakan dalam suatu kitaran tiga tahun yang ditetapkan sejak zaman dinasti Ming. Peperiksaan ini dilakukan secara berperingkat mengikut umur dan tahap. Ujian kelayakan dilaksanakan terlebih dahulu secara tahunan untuk anak lelaki yang belum dewasa secara setempat iaitu Tóngshì (童试):
- Xiànshì (縣試), ujian peringkat terendah iaitu dilaksanakan di setiap wilayah atau keresidenan (hsien) diawasi wakil wliayah
- Fǔshì (府試). ujian peringkat sederhana diadakan di ibu kota prefektur (fu). Ujian ini dinilai oleh petinggi prefektur.
- Yuànshì (院試), ujian peringkat tinggi diadakan serata provinsi.
Selepas ketiga-tiga ujian ini dapat lulus, pelajar dapat mara menuju peperiksaan lebih tinggi dan berkeutamaan:
- Xiāngshì (鄉試, "peperiksaan desa") diadakan setiap tiga tahun di ibu kota provinsi
- Huìshì (會試, "peperiksaan dewan") diadakan setiap tiga tahun di ibu kota kerajaan. Pelajar yang lulus dalam peperiksaan ini boleh menerima gelaran "sarjana" (jìnshì 進士) yang merupakan peringkat tertinggi Empat Darjat yang wujud dalam masyarakat China.
- Diànshì (殿試, "peperiksaan istana") diadakan setiap tiga tahun di pekarangan Kota Larangan diawasi Maharaja China sendiri.
Kelengkapan
Setiap calon diberikan kemudahan penginapan asas yakni sebuah bilik kecil atau sel dengan katil sementara, meja dan bangku, sebuah kendi air, mangkuk tandas cangkung, tempat tidur, makanan (calon masak sendiri), dakwat dan batu kisarnya, dan berus. Pengawal akan mengesahkan pengenalan calon dan memeriksanya untuk memastikan tiada teks tersembunyi seperti helaian jawapan bocor untuk tujuan meniru.[66] Setiap calon ditempatkan di dalam reruai bernombor ditentukan. Kertas disediakan oleh pemeriksa dan dicop rasmi. Calon dari zaman Ming dan Qing boleh mengambil masa sehingga tiga hari dua malam menulis karangan "berkaki lapan" lapan bahagian tersendiri. Gangguan dan komunikasi luar dilarang sama sekali sepanjang peperiksaan. Jika calon meninggal dunia, jasadnya dibalut tikar jerami dan dilempar ke luar tembok tinggi yang mengelilingi kompleks.[66]
Penjawaban mementing kuat pemetikan tepat daripada kitab-kitab penting sepatah demi sepatah kata yang betul sehingga silap tulis boleh menyebabkan kegagalan. Ketepatan jawaban yang diminta menyebabkan ada calon-calon terdesak yang sanggup membawa salinan soalan bocor tersembunyi yang kadangkala ditulis pada pakaian dalam mereka.[67] Buku Piàn jīng 騙經 zaman Ming (s. 1617) mengandungi satu bahagian penuh berkenaan "Rasuah dalam Pendidikan", kebanyakannya berkisarkan penipu yang mempergunakan usaha terdesak calon untuk merasuah pemeriksa. Institut Seni Minneapolis mempamerkan contoh helaian jawaban bocor meniru dari zaman Qing, berupa sapu tangan dengan kandungan kitab 10,000 aksara kditulis dengan tulisan tangan mikroskopik.
Untuk mengelakkan peniruan dari calon-calon lain, pejabat pemeterian akan memadam sebarang maklumat diri calon pada kertas jawapan yang digantikan dengan nombor. Kakitangan pejabat kemudian akan menyalin keseluruhan teks sebanyak tiga kali agar pemeriksa tidak dapat mengenal pasti penulis asal: semakan pertama dilakukan oleh seorang pemeriksa, kemudian diserahkan kepada pemeriksa kedua yang menyalin dan pemeriksa utama atau salah seorang pemeriksa kanan yang menyalin akhir. Keputusan pemeriksa pertama dan kedua akan disemak sekali lagi oleh pegawai penentu, yang menetapkan gred akhir. Pasukan pemeriksa dibantu oleh sejumlah besar penyelia pintu, pendaftar, penyegel, penyalin, dan penilai sastera pakar.[33]
Pu Songling, seorang penulis satira zaman Qing, menggambarkan "tujuh transformasi seorang calon":
Apabila pertama kali memasuki kawasan peperiksaan sambil memikul beban bagasi yang berat, dia kelihatan seperti seorang pengemis. Seterusnya, ketika menjalani pemeriksaan tubuh dan dimaki oleh kerani serta diherdik oleh askar, dia seperti seorang banduan. Apabila akhirnya masuk ke selnya dan menjenguk keluar bersama calon lain, dia seperti larva lebah. Bila peperiksaan tamat dan dia keluar dengan fikiran kabur dan langkah terhuyung-hayang, dia seperti burung sakit yang baru dilepaskan dari sangkar. Ketika menunggu keputusan dan tidak tahu sama ada lulus atau gagal, dia begitu resah, terkejut walaupun oleh desiran daun dan tidak mampu duduk diam seperti seekor monyet yang diikat tali. Bila keputusan diumumkan dan dia gagal, semangatnya mati seperti mayat, terbaring tanpa gerak seperti lalat yang diracun. Kemudian apabila dia bangun semula, setiap perkara membangkitkan kemarahannya, lalu dia mula memecahkan segala yang ada di sekeliling dan menyalahkan pemeriksa sebagai jahil. Bila akhirnya dia tenang, dia dapati segala-galanya di dalam bilik telah musnah. Ketika itu dia seperti burung merpati yang memecahkan telur berharga miliknya sendiri. Itulah tujuh transformasi seorang calon.[66]
— Pu Songling (1640–1715), yang tidak pernah lulus peperiksaan wilayah
Upacara

Tengah tangga dewan utama istana diraja semasa Dinasti Tang dan Song diukir dengan imej kura-kura Ao (鼇) yang dipercayai asal bumi ciptaan Nüwa. Apabila senarai calon yang lulus peperiksaan istana diumumkan, semua nama dibaca di hadapan maharaja dan sambil dicatat dalam dokumen rasmi dinasti. Para graduan diberi jubah hijau, papan gelaran sebagai simbol status, dan sepasang kasut. Cendekiawan yang meraih tempat pertama mendapat "peringkat penghulu" (狀元 zhuàngyuán) dan berdiri di atas ukiran Ao di tangga utama melambangkan kecemerlangan mereka.
Sebaik sahaja seorang cendekiawan menaiki kereta kuda mewah ditarik empat ekor kuda, dengan pembawa bendera di hadapan dan pengiring berkuda di belakang, orang ramai akan berkumpul di kedua-dua sisi jalan untuk menyaksikan dan mengeluh. Lelaki biasa dan wanita dungu akan meluru ke depan dengan teruja dan merendah diri dengan meniarap di debu yang diterbangkan oleh kereta dan kuda. Itulah kegembiraan seorang cendekiawan apabila cita-citanya tercapai.[26]
— Ouyang Xiu (1007–1072) menggambarkan suasana apabila calon berjaya pulang ke kampung halaman
Keistimewaan lulusan
Lulusan ijazah shengyuan dikecualikan daripada seberapa cukai umum: lepasan peperiksaan kota raya dibenarkan menebus hukuman buang negeri sekiranya melakukan jenayah, dan boleh mengurangkan jumlah sebatan rotan dengan bayaran tertentu. Selain gelaran jinshi, para lulusan peperiksaan istana juga dikecualikan daripada semua jenis cukai dan kerja buruh paksa.[33]
Kesinambungan
Korea

Korea mula terlibat secara langsung dengan sistem peperiksaan diraja Cina pada abad ke-9 zaman Goryeo apabila seramai 88 orang Silla berjaya memperoleh ijazah selepas lulus peperiksaan di kerajaan Tang;[68] sistem Gwageo diasaskan pada tahun 958 Masihi semasa pemerintahan Raja Gwangjong atas nasihat seorang sarjana Akademi Hanlin bernama Shuang Ji dari negeri Zhou.[69] Korea negara paling kuat melaksanakan sistem peperiksaan seumpamanya melebihi kadar penyertaan dalam China sendiri, terbuka kepada mana-mana lelaki bebas (bukan Nobi) boleh menduduki peperiksaan, namun secara praktikal darjat bangsawan yangban akhirnya memonopoli sistem ini. Sistem peperiksaan ini berterusan sehingga tahun 1894 apabila dimansuhkan melalui Pembaharuan Gabo.[70]
Di Republik China, sejak 1910
Sun Yat-sen yang memimpin pemerintahan republik baru ditubuhkan menggulingkan dinasti Qing meneruskan aturan penilaian ini dengan mewujudkan Yuan Peperiksaan. yuan atau "dewan" ini didasarkan gagasan Tiga Prinsip Rakyatnya yang menggabungkan unsur pemerintahan lama Cina dengan teori republik Barat. Ia tetap diteruskan pemerintahan parti Kuomintang yang berundur ke pulau Taiwan pada tahun 1947 berikutan kekalahan dalam perang saudara menentang Parti Komunis China.
Di Republik Rakyat China sejak 1949
Pembaharuan ekonomi yang diperkenalkan pada zaman pentadbiran Deng Xiaopeng pada tahun 1970-an mengekalkan sistem pemeriksaan untuk pemilihan dan penaikan pangkat penjawat awam.[71]
Pengaruh di dunia lain
Peperiksaan ini mula diketahui orang Barat melalui banyak mubaligh dan peneroka yang menjelajah ke Tanah China. Berikutan kejayaan awal Syarikat Hindia Timur Inggeris, kerajaan Britain menggunakan sistem peperiksaan yang serupa untuk menyaring penjawat awam pada tahun 1855. Berdasarkan model penyesuaian sebelumnya, Amerika Syarikat mewujudkan program peperiksaan sendiri untuk jawatan tertentu dalam kerajaan setelah tahun 1883.
Agensi


Kementerian Upacara
Kementerian Upacara, di bawah Jabatan Urusan Negara, bertanggungjawab menyelia dan melaksanakan peperiksaan kekaisaran.[72]
Akademi Hanlin
Akademi Hanlin ditubuhkan ketika pemerintahan Maharaja Xuanzong dari Tang (r. 712–755). Ia terletak dalam kawasan istana dan dihuni pegawai yang menulis dokumen rasmi seperti titah. Pegawai-pegawai ini, kebiasaannya dipilih daripada tiga lulusan tertinggi peperiksaan istana, dikenali sebagai ahli akademik (xueshi) selepas tahun 738 apabila bangunan khas siap dibina untuk dijadikan tempat kediaman mereka. Gelaran "ahli akademik" bukan hanya untuk staf tetap Hanlin, tetapi juga bagi mereka yang diberi tugasan khas. Pada peringkat kemudian, bilangan ahli akademik tetap dihadkan kepada enam orang yang diberi tanggungjawab menulis dokumen dan menasihati maharaja. Akademi Hanlin menghasilkan teks berkaitan pelantikan serta pemecatan menteri kanan, pengumuman pengampunan, perintah tentera, dan membantu maharaja meneliti dokumen.[73]
Bilangan ahli akademik Hanlin dikurangkan kepada dua orang pada zaman Dinasti Song. Semasa Dinasti Yuan, sebuah Akademi Hanlin khusus untuk orang Mongol diwujudkan bagi tujuan penterjemahan dokumen. Perhatian lebih diberikan kepada penyuntingan penerbitan kekaisaran termasuk sejarah dinasti.[73]
Pada era Dinasti Qing, jumlah jawatan dalam Akademi Hanlin bertambah dengan banyak dan seorang pegawai Manchu diwajibkan sentiasa mengisi salah satu jawatan. Namun begitu, kedudukan di Akademi ini akhirnya menjadi lebih bersifat kehormatan semata-mata, berfungsi sebagai batu loncatan untuk mereka yang bercita-cita naik pangkat dalam pentadbiran. Pegawai bawahan di Hanlin lazimnya memegang jawatan lain pada masa yang sama.[74]
Taixue
Taixue (Universiti Negara) ialah pusat pendidikan tertinggi dalam sistem kekaisaran Cina. Pada zaman pemerintahan Maharaja Wu dari Han (r. 141–87 SM), Konfusianisme dijadikan doktrin negara. Sarjana Kongzi Dong Zhongshu mengusulkan penubuhan Universiti Negara (Taixue) di ibu kota Chang'an, supaya cendekiawan boleh mengajar kitab Klasik. Mengajar di Taixue dianggap kedudukan berprestij kerana maharaja sering memilih guru di situ untuk dilantik ke jawatan tinggi. Awalnya hanya ada 50 pelajar, tetapi menjelang akhir alaf jumlahnya mencecah sekitar 3,000 orang. Ketika pemerintahan Wang Mang (r. 9–23 M), dua institusi pendidikan lain iaitu Biyong dan Mingtang dibina di selatan kota, masing-masing mampu menampung 10,000 pelajar. Guru dan pelajar di sana turut mempunyai pengaruh politik, misalnya dengan mengkritik gabenor dan sida-sida, yang akhirnya membawa kepada penangkapan lebih 1,000 orang oleh golongan sida-sida.[75]
Selepas keruntuhan Dinasti Han, Taixue tinggal hanya 19 orang guru dan 1,000 pelajar, tetapi kembali meningkat kepada 7,000 pelajar di bawah Dinasti Jin (266–420). Apabila sistem sembilan peringkat diperkenalkan, sebuah "Direktorat Pendidikan" (Guozijian) diwujudkan untuk golongan berpangkat lima ke atas, menjadikannya pusat pembelajaran bagi bangsawan, manakala Taixue ditumpukan untuk rakyat biasa. Dalam tempoh dua abad berikutnya, Guozijian menjadi institusi pendidikan utama dalam Dinasti Selatan. Enam Belas Kerajaan dan Dinasti Utara turut menubuhkan sekolah sendiri tetapi hanya untuk anak pegawai tinggi. Dinasti Wei Utara menubuhkan Sekolah Empat Pintu.[75]
Semasa Dinasti Sui, Sekolah Undang-Undang, Sekolah Aritmetik, dan Sekolah Kaligrafi diletakkan di bawah pentadbiran Guozijian. Sekolah-sekolah ini menerima kerabat pegawai berpangkat lapan ke bawah, manakala Taixue, Guozijian, dan Sekolah Empat Pintu berkhidmat untuk pangkat lebih tinggi. Menjelang awal Dinasti Tang (618–907), terdapat 300 pelajar di Guozijian, 500 di Taixue, 1,300 di Sekolah Empat Pintu, 50 di Sekolah Undang-Undang, dan hanya 30 di Sekolah Kaligrafi serta Aritmetik. Maharaja Gaozong dari Tang (r. 649–683) menubuhkan Guozijian kedua di Luoyang. Umur purata kemasukan ialah 14 hingga 19 tahun, manakala 18 hingga 25 untuk Sekolah Undang-Undang. Nama pelajar dari institusi ini yang memohon peperiksaan negara dihantar ke Kementerian Upacara, yang juga bertanggungjawab menempatkan mereka dalam jawatan kerajaan.[76]
Di zaman Dinasti Song, Maharaja Renzong dari Song mendirikan Taixue baharu di Kaifeng dengan 200 pelajar. Maharaja Shenzong dari Song (r. 1067–1085) menaikkan jumlah pelajar kepada 2,400. Pada 1079 beliau memperkenalkan "undang-undang tiga kolej" (sanshefa 三舍法) yang membahagikan Taixue kepada tiga kolej: Kolej Luar, Kolej Dalam, dan Kolej Utama. Tujuannya ialah memberikan pendidikan lebih seimbang serta mengurangkan penekanan berlebihan terhadap Konfusianisme. Setiap kolej menekankan satu daripada kitab Kongzi, selain aritmetik dan perubatan. Pelajar Kolej Luar yang lulus peperiksaan umum dan institusi dibenarkan masuk ke Kolej Dalam. Di Kolej Dalam terdapat dua peperiksaan dalam tempoh dua tahun. Mereka yang mencapai gred tertinggi dalam kedua-duanya terus dilantik ke jawatan setara lulusan peperiksaan kota raya. Calon yang cemerlang dalam satu ujian tetapi sederhana dalam yang lain masih berpeluang dipertimbangkan. Jika keputusan baik hanya dalam satu ujian tetapi kurang dalam satu lagi, ia tetap dianggap setara dengan lulusan peperiksaan wilayah.[77]
Sejak mahkamah memerintahkan pembinaan sekolah di seluruh negeri pada era Qingli, prefektur dan daerah mempunyai kampus, ladang serta asrama masing-masing. Direktorat Pendidikan di ibu kota turut berpecah bagi menubuhkan Universiti Kekaisaran. Biasanya beberapa ratus pelajar hadir di Universiti Kekaisaran, manakala sekolah prefektur hampir mencecah seratus pelajar. Kemakmuran sekolah-sekolah ini mengingatkan kita pada zaman Han dan Tang. Walau bagaimanapun, negara kita tidak memiliki mekanisme pemilihan melalui sekolah. Saya berharap pegawai prefektur yang sudah berkhidmat lebih setahun dapat mencalonkan pelajar berbakat besar dan berakhlak untuk masuk ke Universiti Kekaisaran. Jika mereka tidak cukup layak, pencalonan tidak harus dibuat. Selepas mendaftar, kerajaan wajar menyediakan elaun harian dan bulanan sambil memantau kelakuan serta kebolehan mereka. Setiap tahun, penyelia direktorat dan pensyarah menamakan sepuluh calon. Selepas disemak mahkamah, mereka yang terpilih dianugerahkan ijazah sarjana maju menggunakan kuota ijazah. Anak pegawai tinggi serta pelajar sedia ada pula hendaklah diterima dengan cara lain.[78]
— Sun Jue, seorang pelajar menulis pada 1068
Pada 1104, peperiksaan prefektur dihapuskan demi sistem tiga kolej, yang mewajibkan setiap prefektur menghantar kuota pelajar tahunan ke Taixue. Ada pegawai mengkritik sistem baharu ini kerana menguntungkan orang kaya dan muda, serta kurang adil kerana kerabat pegawai boleh mendaftar tanpa diuji. Pada 1121, sistem tiga kolej di peringkat tempatan dimansuhkan tetapi dikekalkan di peringkat nasional.[77] Untuk satu tempoh, sistem peperiksaan negara turut ditinggalkan dan pelajar Taixue dilantik terus ke jawatan kerajaan. Selepas kejatuhan Dinasti Song, Taixue sendiri lenyap dan menjadi sinonim dengan Guozijian.[76]
Guozijian
Guozijian (Direktorat Pendidikan) ditubuhkan di bawah Maharaja Wu dari Jin (r. 265–289) untuk mendidik golongan bangsawan. Pada zaman Dinasti Song, Guozijian menjadi institusi pentadbiran utama untuk semua sekolah negara di seluruh empayar. Tugasnya termasuk menyelenggara bangunan, membina kemudahan baharu, serta mengurus kenaikan pelajar. Guozijian memiliki perpustakaan dan bengkel percetakan bagi menghasilkan blok cetakan contoh untuk edaran. Institusi ini akhirnya dimansuhkan pada 1907.[79]
Organisasi


Peperiksaan kekaisaran mula dibentuk secara rasmi dengan struktur bertingkat semasa Dinasti Song, tetapi bilangan peringkat, gelaran rasmi, ijazah yang diberikan dan nama-namanya berubah mengikut zaman serta kerajaan. Kadangkala peperiksaan pada peringkat yang sama diberi nama berbeza oleh dinasti berlainan. Sebagai contoh, peperiksaan istana digelar dianshi atau yushi ketika zaman Song, tetapi dipanggil tingshi sewaktu Ming. Sementara itu, peperiksaan kota raya diberi nama shengshi pada zaman Song, tetapi dikenali sebagai huishi pada zaman Jin, Yuan dan Ming. Ada juga keadaan di mana peperiksaan berlainan tahap menggunakan nama yang sama. Sebagai contoh, fushi di Liao merujuk peperiksaan daerah, sedangkan di Jin ia bermaksud peperiksaan wilayah. Biasanya peperiksaan tahap paling rendah diadakan setiap tahun, sedangkan tahap lebih tinggi berlangsung tiga tahun sekali.[80]
Song | Liao | Jin | Yuan | Ming | Qing |
---|---|---|---|---|---|
Istana | Istana | Kota raya | Istana | Istana | Istana |
Kota raya | Kota raya | Wilayah | Kota raya | Kota raya | Kota raya |
Daerah | Daerah | Daerah | Wilayah | Wilayah | Wilayah |
Pekan | Murid pelatih |
- Peperiksaan peringkat asas (dikenali bersama sebagai tóngshēngshì (童生试) atau ringkasnya tóngshì (童试); bermaksud "ujian anak"): dijalankan setiap tahun di peringkat tempatan, boleh disertai oleh remaja yang sudah mendapat pendidikan. Ujian ini terbahagi kepada tiga bahagian: xiànshì (縣試, bermaksud "ujian daerah"), fǔshì (府試, bermaksud "ujian prefektur") dan yuànshì (院試, bermaksud "ujian maktab").
- Peperiksaan wilayah (dikenali sebagai xiāngshì 鄉試, "ujian kampung"; dan fǔshì 府試, "ujian prefektur"): berlangsung setiap tiga tahun di ibu negeri wilayah.
- Peperiksaan kota raya (disebut huìshì 會試 "ujian kota raya"; shěngshì 省試 "ujian jabatan"; dan lǐbùshì (禮部試 "ujian kementerian upacara"): dianjurkan setiap tiga tahun di ibu negara.
- Peperiksaan istana (digelar diànshì (殿試 "ujian dewan"; yùshì 御試 "ujian istana"; dan tíngshì 廷試 "ujian balairong"): diadakan tiga tahun sekali dalam istana dan selalunya diawasi langsung oleh baginda maharaja sendiri .[81]
Jenis ijazah
Menjelang zaman Ming, struktur peperiksaan dan ijazah dianggap sebagai "tangga kejayaan", dengan puncaknya ialah lulus sebagai jinshi, yang boleh disamakan dengan gelar PhD moden. Ada penyesuaian dibuat terhadap jinshi dan ijazah lain untuk calon yang memperoleh kedudukan tertinggi, seumpama sistem kepujian Latin di universiti moden. Proses penilaian ini merangkumi sehingga peringkat daerah, kemudian ke wilayah dan kota raya. Peperiksaan paling tinggi ialah di istana, dengan calon berjaya digelar jinshi. Kadangkala maharaja mengarahkan peperiksaan khas untuk tujuan tertentu.
- Tongsheng (童生, bermaksud "pelajar muda"), iaitu calon yang lulus peperiksaan daerah/prefektur pada tahap asas.
- Shengyuan (生員, bermaksud "ahli pelajar"), juga dikenali sebagai xiucai (秀才, bermaksud "bakat cemerlang"), iaitu sarjana yang berjaya melepasi ujian akademi pada tahap asas. Xiucai diberikan hak istimewa rasmi seperti pengecualian daripada kerja paksa, kebenaran memasuki pejabat kerajaan tempatan serta kekebalan terbatas daripada hukuman fizikal. Mereka dibahagikan kepada tiga darjat bergantung pada pencapaian:
- Linsheng (廩生, bermaksud "pelajar gudang"), iaitu tempat pertama dalam kalangan shengyuan, pencapaian terbaik dalam ujian akademi dan diberi bekalan serta gaji daripada kerajaan. Calon paling menonjol dalam kumpulan ini diterima ke Akademi Kekaisaran sebagai gongsheng (貢生, bermaksud "pelajar terpilih"), kemudian boleh menduduki peperiksaan wilayah atau terus ke peringkat kota raya.
- Zengsheng (增生, bermaksud "pelajar tambahan"), darjat kedua dalam shengyuan, pencapaian sederhana, masih mendapat hak undang-undang seperti linsheng tetapi tanpa ganjaran material.
- Fusheng (附生, bermaksud "pelajar tambahan luar kuota"), darjat ketiga, dianggap lulus tetapi kualiti lebih rendah, memerlukan banyak penambahbaikan.
- Juren (舉人, bermaksud "yang dicalonkan"), iaitu sarjana yang lulus peperiksaan wilayah tiga tahun sekali.
- Jieyuan (解元, bermaksud "terbaik dalam kalangan sarjana hadir"), gelaran untuk juren yang menduduki tempat pertama dalam peperiksaan wilayah.
- Gongshi (貢士, bermaksud "sarjana terpilih"), iaitu calon yang lulus peperiksaan kota raya tiga tahun sekali.
- Huiyuan (會元, bermaksud "teratas dalam ujian pertemuan"), gelaran untuk gongshi yang memperoleh tempat pertama dalam peperiksaan kota raya.
- Jinshi (進士, bermaksud "sarjana maju"), iaitu calon yang berjaya lulus peperiksaan istana tiga tahun sekali.
- Jinshi jidi (進士及第, bermaksud "sarjana maju unggul"), darjat pertama peperiksaan istana, biasanya hanya tiga calon teratas yang diiktiraf.
- Jinshi chushen (進士出身, bermaksud "sarjana maju susulan"), tempat kedua peperiksaan istana, kedudukannya selepas tanhua.
- Tong jinshi chushen (同進士出身, bermaksud "sarjana maju bersama"), tempat ketiga dalam peperiksaan istana.
Budaya
Bahasa


Semua peperiksaan kekaisaran Cina dijalankan dalam Cina Klasik, juga dipanggil Cina Sastera, menggunakan gaya tulisan biasa (kaishu) yang kini paling lazim dilihat di China moden. Penguasaan dalam Cina Klasik turut menjadi syarat penting dalam sistem peperiksaan negara lain seperti Jepun, Korea, dan Vietnam, di mana calon perlu memahami Klasik Kongzi, mampu menghasilkan karangan dan puisi dalam Cina Klasik, serta menulis menggunakan tulisan biasa. Disebabkan sistem ini, Cina Klasik menjadi piawaian asas pendidikan di rantau berkenaan.[82] Sifat logografik bahasa ini menjadikan teks Cina Klasik boleh difahami pembaca tanpa perlu menguasai pertuturan bahasa Cina. Sesiapa yang celik huruf dapat membaca teks tersebut walaupun membacanya dengan sebutan Jepun, Korea, atau Vietnam yang tidak serasi antara satu sama lain.[83] Tradisi teks yang dikongsi bersama ini serta penguasaan kanun Kongzi memungkinkan negara-negara tersebut berhubung melalui "bicara berus" walaupun tiada bahasa lisan yang sama.[84]
Puisi
Antara persoalan besar mengenai peperiksaan kekaisaran ialah peranan puisi. Perdebatan panjang wujud tentang sama ada kemahiran menggubah puisi wajar dijadikan ukuran dalam peperiksaan.[85] Pada zaman Dinasti Tang, satu bahagian puisi dimasukkan, mewajibkan calon menulis sebuah puisi shi dalam bentuk syair terkawal lima aksara dengan 12 baris, serta sebuah karangan fu sepanjang 300 hingga 400 aksara.[15] Keperluan menggubah puisi ini kekal bertahan selama beberapa dekad, walaupun pernah diperdebatkan, malah sempat dihapuskan seketika untuk sesi 833–834 atas arahan Li Deyu.[86]
Semasa Dinasti Song, sekitar akhir 1060-an, Wang Anshi menyingkirkan bahagian puisi tradisional (syair terkawal dan fu), dengan alasan ia tidak relevan dengan tugas birokrasi. Namun, Su Shi (Dongpo) berhujah bahawa tokoh besar zaman silam tetap dipilih walaupun ada syarat puisi, bahawa belajar serta berlatih puisi membantu ketelitian penulisan, dan bahawa penilaian puisi lebih objektif berbanding esei kerana terdapat aturan jelas dan terperinci untuk gubahan puisi.[87]
Bermula dengan Dinasti Yuan, syarat puisi dihapuskan daripada peperiksaan kerana dianggap remeh, dan pemansuhan itu disempurnakan sebaik bermulanya Dinasti Ming.[88] Ia hanya dihidupkan semula pada tahun 1756 oleh Dinasti Qing.[89]
Agama

Peperiksaan kekaisaran memberi pengaruh bukan sahaja kepada agama tradisional Cina tetapi juga kepada kesusasteraan sezaman.[90] Sistem ini pada zahirnya menggambarkan prinsip Kongzi dalam bentuk paling rasional, bertujuan membentuk masyarakat yang diperintah oleh individu berasaskan merit melalui ukuran objektif terhadap ilmu dan kebijaksanaan calon. Namun dalam praktik, peperiksaan juga disertai unsur kepercayaan agama dan takhayul yang meluaskan skopnya melebihi idealisme Kongzi.[91][92] Kepercayaan tradisional mengenai takdir, bahawa kuasa kosmik menentukan urusan manusia, khususnya bahawa kejayaan atau kegagalan individu bergantung pada kehendak Langit serta campur tangan pelbagai dewa, turut mempengaruhi tafsiran keputusan ujian.[93]
Zhong Kui, atau Chung-kuei, merupakan dewa yang dikaitkan dengan sistem peperiksaan. Ceritanya, beliau seorang sarjana yang menduduki ujian dan walaupun menunjukkan prestasi cemerlang, dinafikan hadiah tempat pertama kerana sistem yang korup. Akibat kecewa, beliau membunuh diri, lalu menjadi roh mengikut kepercayaan. Ramai orang kemudian menyembah Zhong Kui sebagai pelindung daripada roh jahat di jalan dan laluan.[94] Terdapat juga karya bernama Kechang Yiwen Lu atau Kisah Aneh dari Dewan Peperiksaan, iaitu kumpulan cerita popular dalam kalangan sarjana Kongzi zaman Qing. Cerita-cerita ini sering mengetengahkan tema bahawa kebajikan membawa kejayaan dalam dewan peperiksaan, biasanya dengan bantuan dewa yang diilhamkan Langit menurut prinsip karma, manakala perbuatan jahat berakhir dengan kegagalan akibat gangguan roh mangsa.[95]
Ada juga individu yang ditolak daripada menyertai kerana pantang larang nama (pantang larang nama). Sebagai contoh, penyair zaman Tang Li He dilarang kerana nama bapanya berbunyi hampir sama dengan perkataan jin dalam jinshi. Jika beliau digelar jinshi, ia dianggap melanggar adab yang menegah anak dipanggil dengan nama bapanya.[96]
Rujukan
- ^ Yang, 265–266 and Kracke, 251
- ^
Wang, Rui (2013). The Chinese Imperial Examination System: An Annotated Bibliography. Lanham, MD: Rowman & Littlefield. m/s. 18. ISBN 978-0-810-88702-2. Dicapai pada 5 Januari 2022.
Jepun ialah negara pertama yang mengadaptasi sistem [peperiksaan] China, dan sistem Jepun ini bertahan kira-kira 200 tahun, dari abad ke-7 hingga ke-8.
- ^ Creel, Herrlee G. (March 1974). "Shen Pu-Hai: A Secular Philosopher of Administration". Journal of Chinese Philosophy. 1 (2): 119–136. doi:10.1111/j.1540-6253.1974.tb00644.x.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafu
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaknowledge3
- ^ Hucker 1987, m/s. 27.
- ^ Yu 2009, m/s. 55.
- ^ Keay, John (2009). China – A History. Harper Collins. m/s. 228. ISBN 978-0-00-722178-3.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafu2
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaknowledge4
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaKracke, 253
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaknowledge5
- ^ Paludan 1998, m/s. 100.
- ^ a b c Kracke, 254
- ^ a b c Yu 2009, m/s. 58.
- ^ Fairbank 1992, m/s. 82.
- ^ Yao 2003, m/s. 83–84.
- ^ Lagerwey 2019, m/s. 121.
- ^ "Chinese civil service". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 19 June 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafu3
- ^ Kracke, 257 (Jadual 2, menunjukkan 26 ijazah dianugerahkan pada 1184 kepada individu dari Utara, dan 1 pada 1256)
- ^ Chaffee 2015, m/s. 302.
- ^ a b c Kuhn 2009, m/s. 123.
- ^ a b c d Kuhn 2009, m/s. 122.
- ^ Kuhn 2009, m/s. 124.
- ^ a b Kuhn 2009, m/s. 125.
- ^ Gernet, Jacques (1962). Daily Life in China on the Eve of the Mongol Invasion, 1250–1276. Diterjemah oleh H. M. Wright (Stanford: Stanford University Press. ISBN 0-8047-0720-0, hlm. 65).
- ^ Elman, Benjamin A. A Cultural History of Civil Examinations in Late Imperial China, 2000:14.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaknowledge6
- ^ Q. Edward Wang; Georg G. Iggers (2002). Turning Points in Historiography: A Cross-cultural Perspective (ed. illustrated reprint). Boydell & Brewer. m/s. 104. ISBN 1580460976.
- ^ a b c Yao 2003, m/s. 85.
- ^ de Bary 1960, m/s. 393–394.
- ^ a b c "The Chinese Imperial Examination System (WWW.chinaknowledge.de)".
- ^ Miyazaki 1976, m/s. 119.
- ^ Ch'ü 1967, m/s. 246.
- ^ Ch'ü 1967, m/s. 249.
- ^ Ch'ü 1967, m/s. 247.
- ^ Ch'ü 1967, m/s. 248.
- ^ Ch'ü 1967, 386 nota 70.
- ^ Crossley 1997, m/s. 22.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaknowledge7
- ^ Rossabi 1988, m/s. 30.
- ^ Wendy, Frey. History Alive!: The Medieval World and beyond. Palo Alto, California: Teacher's Curriculum Institute, 2005.
- ^ Rossabi 1988, m/s. 71.
- ^ Rossabi 1988, m/s. 116, 161.
- ^ a b c Kracke, 263
- ^ Kracke, pp. 263, 391, n. 17
- ^ Langlois, Jack (1988). "The Hung-wu Reign, 1368–1398". Dalam Frederick W. Mote; Denis Twitchett (penyunting). The Cambridge History of China: Volume 7, The Ming Dynasty, 1368–1644. Cambridge University Press. m/s. 122. ISBN 978-0-521-24332-2.
- ^ Selby, Stephen (2000). Chinese Archery. Hong Kong University Press. m/s. 267. ISBN 978-962-209-501-4.
- ^ Benjamin A. Elman (2013). Civil Examinations and Meritocracy in Late. Harvard University Press. m/s. 24–25. ISBN 978-0674726048.
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaknowledge8
- ^ Elman 2009, m/s. 408–409.
- ^ Crossley 1997, m/s. 83–84.
- ^ Ho 1962, m/s. 189.
- ^ Elman 2002, m/s. 163–169.
- ^ Naquin, Susan; Rawski, Evelyn Sakakida (1987). Chinese society in the eighteenth century (dalam bahasa Inggeris). New Haven, Connecticut: Yale University Press. m/s. 57. ISBN 978-0-300-03848-4.
- ^ Miyazaki 1976, m/s. 122–123.
- ^ Thomas H. Reilly. The Taiping Heavenly Kingdom: Rebellion and the Blasphemy of Empire (Seattle: University of Washington Press, 2004). ISBN 0295984309 pp. 74–79
- ^ Mao, Jiaqi (Grace Chor Yi Wong tr.) (1998), "Fu Shanxiang", dalam Ho Clara Wing-chug (penyunting), Biographical Dictionary of Chinese Women, Armonk, New York: Sharpe, m/s. 43–45, ISBN 0765600439
- ^ Feuerwerker, Albert (1958). China's Early Industrialization: Sheng Hsuan-huai (1844–1916) and Mandarin enterprise. Harvard East Asian #1. Harvard University Press; reprint: Atheneum, 1970. m/s. 289–291, 315.
- ^ Liu, Kwang-Ching; Chu, Samuel C. (2016). Li Hung-Chang and China's Early Modernization. Routledge. m/s. 25–26. ISBN 978-1315484679.
- ^ Bastid-Bruguire, Marianne (1980). "Currents of Social Change". Dalam John King Fairbank; Kwang-Ching Liu; Denis Crispin Twitchett (penyunting). The Cambridge History of China. 11, Part 2 Late Ch'ing, 1800–1911. Cambridge University Press. ISBN 0-521-22029-7., p. 564
- ^ Peiwei Fan, "Educational Reforms, 1903–1904." Chinese Studies in History 28.3–4 (1995): 85–100.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaknowledge9
- ^ Miyazaki 1976, m/s. 126.
- ^ a b c Miyazaki 1976.
- ^ Andrew H. Plaks, "Cribbing Garment" Perpustakaan Gest
- ^ Denecke 2017, m/s. 520.
- ^ Liu 2007, m/s. 498–499.
- ^ Ko 2017.
- ^ "China's Civil Service Reform: An Update" (PDF). East Asian Institute at National University of Singapore. Dicapai pada 24 October 2017.
- ^ "Liubu 六部 (WWW.chinaknowledge.de)".
- ^ a b "Hanlinyuan 翰林院 (WWW.chinaknowledge.de)".
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamahanlinyuan2
- ^ a b "Taixue 太學 (WWW.chinaknowledge.de)".
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamataixue2
- ^ a b "Sanshefa 三舍法 (WWW.chinaknowledge.de)".
- ^ Chu 2020, m/s. 75–76.
- ^ "Guozijian 國子監 (WWW.chinaknowledge.de)".
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaknowledge2
- ^ Memory of the World: The Treasures That Record our History from 1700 BC to the Present Day (ed. 1st). Paris: Penerbitan UNESCO. 2012. m/s. 244–245. ISBN 978-92-3-104237-9.
- ^ Li 2020, m/s. 66.
- ^ Denecke 2017, m/s. 514.
- ^ Denecke 2017, m/s. 513.
- ^ Murck 2000, m/s. 51.
- ^ Yu 2009, halaman 58–59, yang menyatakan kekeliruan fakta tentang anggapan bahawa syarat puisi dihapuskan antara 781–834
- ^ Murck 2000, m/s. 52.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamapolicy
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaElmanhongwu
- ^ Yang 1967, m/s. 265–272.
- ^ Yang 1967, m/s. 265–266.
- ^ Kracke, 251
- ^ Yang 1967, m/s. 265–268.
- ^ Christie 1968, p. 60 (gambar, 58).
- ^ Yang 1967, m/s. 266–267.
- ^ Hinton, 286
- Ch'ü, T'ung-tsu (1967) [1957], "Chinese Class Structure and its Ideology", dalam Fairbank, John K. (penyunting), Chinese Thoughts & Institutions, Chicago and London: University of Chicago Press
- Denecke, Wiebke (2017), Shared Literary Heritage in the East Asian Sinographic Sphere
- Ko Kwang Hyun (2017), "A Brief History of Imperial Examination and Its Influences", Society, 54 (3): 272–278, doi:10.1007/s12115-017-0134-9, S2CID 149230149
- Kuhn, Dieter (2009), The Age of Confucian Rule
- Liu, Haifeng (2007), Influence of China's imperial examinations on Japan, Korea and Vietnam
- Miyazaki, Ichisada (1976), China's Examination Hell: The Civil Service Examinations of Imperial China, diterjemahkan oleh Conrad Schirokauer (ed. cetak semula 1981), Yale University Press, ISBN 9780300026399