Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud
Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud (lahir pada 30 Oktober 1984) merupakan Pemidato Syarahan Agama Islam dan Moderator Forum yang sering muncul di TV, Radio, Platform Media Sosial dan lapangan masyarakat di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Beliau sangat sinonim sebagai Moderator Forum Perdana Ehwal Islam di TV1, sebuah rancangan bual bicara Islam No1 di Malaysia dan sebagai Pentadabbur di Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.[1]
Beliau juga seorang penulis yang mempunyai beberapa buku-buku berkaitan agama, motivasi dan travelog serta ahli kumpulan nasyid Ustaz 3 Beradik.[2]
Pengucapan Awam
Kebolehan mengendalikan program-program utama negara dan forum-forum berprestij tinggi antaranya Moderator, Forum Perdana Di-Raja dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mengendalikan Forum Perdana Di-Raja diperingkat negeri-negeri dengan keberangkatan Duli-Duli Tuanku. Menyampaikan Syarahan Agama sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah, Sambutan Memperingati Peristiwa Hijratul Rasul SAW dan Peristiwah Israk Mikraj Peringkat Negeri Kelantan dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah. [3]
Pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, beliau akan menyampaikan Ibrah Al Quran Khas di hadapan Duli-Duli Tuanku.[4]
Pada tahun 2017, mendapat Johan Pidato Piala Perkhidmatan Awam Malaysia selain aktif mendapat hakim Pertandingan Debat Universiti Awam seperti Debat Diraja, Debat Alam Sekitar, Debat Kemerdekaan dan sebagainya.[5]
Latar Belakang Dan Pendidikan
Beliau berasal dari Kampung Padang Embun, Tendong, Pasir Mas, Kelantan namun dibesarkan dibeberapa buah negeri. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. Kemudian bersekolah menengah di SMK Kulim, Kedah dan SMKA Tun Perak, Jasin, Melaka.[6]
Diperingkat pengajian tinggi, beliau memperoleh Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin. Ijazah Sarjana Muda (Dakwah) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Ijazah Sarjana (Pembangunan Insan) di Universiti Putra Malaysia (UPM).[7]
Kerjaya
Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kini sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah JAKIM, YBhg Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee.
Selain itu, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sejak tahun 2019 hingga 2027.
Nasyid
Beliau juga sinonim dengan Kumpulan Nasyid Ustaz 3 Beradik bersama dengan adik beradik beliau, Ustaz Zarifi dan Ustaz Ihsan. Kumpulan ini mula ditubuhkan sekitar tahun 2018 dengan single pertama berjudul TERAKHIR (Lagu : Fadzli Fareast dan Lirik : Hazalinda Harun). Lagu-lagu yang telah dihasilkan ialah Si Bujur Sireh, Masihkah Tuan Ingat, Jemari Lima, Andai Ramadhan Terakhir Kali, Putusnya Butir Tasbih, Al Quran Pembimbing Ummah dan Srikandi Asiah.
Lirik lagu Jemari Lima, Andai Ramadhan Terakhir Kali dan Srikandi Asiah adalah hasil karya beliau.
Penulisan Buku
Kolumni bagi Majalah SOLUSI terbitan Telaga Biru bagi Kolum Dakwah. Kolumnis Majalah Cahaya terbitan JAKIM. Berikut adalah buku-buku tulisan beliau :
1. Menjejaki FirmanMu dilangit Amerika
2. Seteguh Gunung Fuji Berdiri
3. Rumah Berkat Membawa Rahmat
4. 7 Golonga Mendapat Naungan Arasy
5. Himpunan Doa Allahumma
6. Himpunan Doa Rabbana