Intisari agensi | |
---|---|
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
Ibu pejabat | Terminal 2, 60 Airport Boulevard, Singapore 819643 |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pengangkutan Singapura |
Laman sesawang | www |
ID agensi | T08GB0008A |
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (Bahasa Inggeris: Civil Aviation Authority of Singapore, singkatan: CAAS; Bahasa Cina: 新加坡民航局) merupakan pihak berkuasa penerbangan kebangsaan dan badan berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Republik Singapura. Ibu pejabat CASS terletak di tingkat empat Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.[1]
Gambaran keseluruhan
Ditubuhkan pada 1984, CAAS mengawal atur lalu lintas penerbangan awam dalam bidang kuasa ruang udara Republik. Ia juga membantu bagi membolehkan pertumbuhan industri hab udara dan penerbangan di Singapura, menggalakkan amalan industri yang selamat dan juga terlibat dalam perjanjian perkhidmatan udara awam dengan pengendali perkhidmatan udara.
Rujukan
- ^ "Contact Us". Penguasa Penerbangan Awam Singapura. Dicapai pada 12 Februari 2011.