Terminal Feri Raja Tun Uda | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Maklumat umum | |
Jenis | Terminal feri |
Lokasi | George Town |
Alamat | Pengkalan Weld, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
Bandar/pekan | George Town, Pulau Pinang |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 5°24′50″N 100°20′35″E / 5.41376°N 100.343025°E |
Pemilik | Penang Port Sdn Bhd |
sunting · sunting di Wikidata![]() |

Terminal Feri Raja Tun Uda ialah sebuah terminal feri dalam bandar raya George Town di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak di Pengkalan Weld dalam kawasan pusat bandar, kemudahan dermaga ini digunakan untuk perkhidmatan feri negeri antara George Town dan Seberang Perai di Semenanjung Malaysia. Terminal feri ini disiapkan pada tahun 1960-an.[1]
Selain perkhidmatan feri, terminal ini terletak bersebelahan dengan Terminal Bas Weld Quay, sekali gus membolehkan penumpang feri menaiki Rapid Penang bas awam ke pelbagai destinasi dalam bandar.
Sejarah
Pada tahun 1901, Jeti FMSR (Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) telah disiapkan di tapak yang kini menempatkan Terminal Feri Raja Tun Uda.[1] Dengan ukuran sepanjang 644 m (2,113 ka), ia merupakan jeti terpanjang di sepanjang Pengkalan Weld ketika itu. Feri stim yang membawa penumpang kereta api dari Butterworth ke George Town (dan sebaliknya) akan berlabuh di jeti ini.
Jeti FMSR kemudiannya digantikan dengan Terminal Feri Raja Tun Uda pada tahun 1960-an. Terminal ini dinamakan sempena Raja Uda bin Raja Muhammad, yang menjadi Yang di-Pertua Negeri pertama Pulau Pinang selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Terminal feri ini secara rasmi diuruskan oleh Prasarana Malaysia melalui entiti korporatnya Rapid Ferry sehingga tahun 2021 apabila Penang Port mengambil alih pentadbirannya.[2][3][4]
Rujukan
- ^ a b Cheah, Jin Seng (2013). Penang: 500 Early Postcards. Editions Didier Millet. ISBN 9789671061718.
- ^ "MMC sasar serah operasi feri Pulau Pinang yang rugi kepada Prasarana dalam 2 bulan". The Edge Markets. 11 Mei 2017. Dicapai pada 22 September 2017.
- ^ "Prasarana ambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan nilai RM1 - Nation | The Star Online". The Star. Dicapai pada 22 September 2017.
- ^ "Penang Port ambil alih operasi feri daripada anak syarikat Prasarana pada 1 Jan". The Vibes. Dicapai pada 28 Disember 2023.