
Pemprofilan DNA ialah proses yang menggunakan ciri-ciri yang terdapat pada asid deoksiribonukleik individu. Analisis pemprofilan DNA adalah untuk mengenal pasti spesies, bukannya individu yang dikenali sebagai pengekodan palang DNA. Pemprofilan DNA ialah teknik forensik yang digunakan dalam penyiasatan jenayah yang dapat dilakukan dengan perbandingan antara profil suspek yang disyaki sebagai jenayah dengan bukti jalur DNA yang tertunjuk. Hal ini bertujuan untuk menilai kebarangkalian individu yang disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah itu.[1][2]
Pemprofilan DNA juga digunakan dalam ujian paterniti DNA dalam mewujudkan kelayakan imigresen dan dalam penyelidikan genealogi dan perubatan.[3][4] Pemprofilan DNA juga telah digunakan dalam kajian populasi haiwan dan tumbuhan dalam bidang zoologi, botani, dan pertanian.[5] Profil DNA ditemui oleh ahli genetik British, Sir Alec Jeffreys pada tahun 1984 semasa beliau bekerja di Universiti Leicester. Beliau membangunkan teknik cap jari genetik apabila menyedari bahawa beberapa kawasan yang terdapat pada DNA mempunyai urutan pengulangan yang sangat berbeza-beza dan adalah unik bagi setiap individu.
Rujukan
- ^ "Eureka moment that led to the discovery of DNA fingerprinting". The Guardian. 24 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2021. Dicapai pada 11 December 2016.
- ^ Murphy E (13 October 2017). "Forensic DNA Typing". Annual Review of Criminology. 1: 497–515. doi:10.1146/annurev-criminol-032317-092127.
- ^ Petersen, K., J.. Handbook of Surveillance Technologies. 3rd ed. Boca Raton, FL. CRC Press, 2012. p815
- ^ "DNA pioneer's 'eureka' momen". BBC. 9 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2017. Dicapai pada 14 October 2011.
- ^ Chambers GK, Curtis C, Millar CD, Huynen L, Lambert DM (February 2014). "DNA fingerprinting in zoology: past, present, future". Investigative Genetics. 5 (1). doi:10.1186/2041-2223-5-3. PMC 3909909. PMID 24490906. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan)








