Pemerintah Panglima Tertinggi (Supreme Commander–in–Chief atau Supreme Commander)[1] ialah gelaran bagi seseorang yang memegang kuasa pemerintahan paling tinggi ke atas angkatan tentera sesebuah negara (atau gabungan negara), kebiasaannya semasa zaman perang dan kadangkala juga pada waktu aman.
Pemerintah Panglima Tertinggi juga diberi kuasa luar biasa berhubung semua institusi awam dan individu dalam wilayah sesebuah negara dan kancah operasi ketenteraan[2] (theater of war). Secara umumnya, ketua negara adalah Supreme Commander–in–Chief. Istilah Inggeris yang bersamaan pertama kali digunakan oleh Raja England, Scotland dan Ireland, Charles I (1625–1649). Di beberapa negara Komanwel British, jawatan ini digantikan oleh Gabenor Jeneral.
Empayar Jepun
Melalui "Perintah Draf No. 142" berdasarkan Perlembagaan Empayar Jepun (Perlembagaan Meiji) (Bahagian 1 Perkara 1) bertarikh 30 September 1889, Maharaja Jepun secara rasmi dianugerahkan pangkat Pemerintah Panglima Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut Imperial Jepun (Dai-gensui-riku-kai-gun-taishō) dan diberikan kuasa penuh sebagai pemerintah tertinggi Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun.
Iran
Menurut Perkara 110 Perlembagaan Iran, Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara ialah Pemimpin Agung Iran (Rahbar), yang mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan ketenteraan dan politik–tentera.
Beliau mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perang, membuat perdamaian dan pengerahan umum. Beliau juga melantik, memecat dan menerima perletakkan jawatan pegawai tertinggi tentera.
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi adalah dibawah bidang kuasa beliau.
Ukraine
Menurut Perkara 106 Perlembagaan Ukraine, Presiden Ukraine adalah Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Ukraine; melantik dan memecat pegawai tertinggi Angkatan Tentera Ukraine dan formasi ketenteraan lain; memimpin dalam bidang keselamatan dan pertahanan negara.[3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ Templat:GSEn
- ^ Constitution of Ukraine, Section 5