Pembunuhan beramai-ramai Al-Fashir (Bahasa Arab: مجزرة الفاشر, dirumikan: Majzarat al-Fāshir) ialah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku berterusan sejak 26 Oktober 2025. Ia dianggarkan 2,500+ penduduk Al-Fashir, Sudan menjadi mangsa keganasan Pasukan Sokongan Cepat pimpinan Dagalo. Al-Fashir juga diketahui sebagai bandar terakhir Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) di Darfur.
| Pembunuhan beramai-ramai Al-Fashir | |
|---|---|
| Sebahagian daripada Perang saudara Sudan (2023–kini) | |
Darfur Utara di Sudan | |
| Lokasi | Darfur Utara, Sudan |
| Tarikh | 26 Oktober 2025 – kini |
| Sasaran | Orang Zaghawa, penduduk Al-Fashir |
Jenis serangan | Pembunuhan massal |
| Kematian |
|
| Pelaku | |
| Motif |
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Latar belakang
Sejak tahun 2023, perang saudara antara Burhan (SAF) dan Dagalo (RSF) telah menggegarkan wilayah Sudan.[1] Selepas beberapa tunjuk perasaan berdarah di Khartoum pada bulan-bulan sebelumnya, pertempuran besar pertama berlaku pada April 2023.[2] Pada Oktober 2025, Al-Fashir masih menjadi kubu SAF yang kuat di Sudan timur. Menurut jangkaan, selama September dan Oktober 2025 lebih dari 260.000 penduduk sipil masih terjebak di dalam bandar akibat pengepungan.[3] Dalam periode ini, pelbagai laporan membuat nota tentang memburuknya keadaan makanan dan kesihatan.[4] Selepas serangan RSF, SAF mundur yang mengakibatkan jatuhnya Al-Fashir pada 27 Oktober 2025. Pada 28 Oktober, Abdel Fattah al-Burhan sebagai Presiden Sudan dengan terpaksa menerima kekalahannya.[5][6][7]
Abu Lulu diketahui sebagai komander RSF tertinggi semasa penyerangan ke atas Al-Fashir pada Oktober 2025.[8]
Pembunuhan beramai-ramai
Selepas RSF berkuasa, banyak sumber dari LSM antarabangsa, PBBB, dan kumpulan pemantau melaporkan berlakunya gelombang pembunuhan yang menyasarkan warga awam yang tidak bersenjata, terutama dari etnik Zaghawa.[9] Sekitar 3,500 orang telah dibunuh hanya dalam 1 hari. Antara kebanyakannya adalah wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU).[10] Para saksi dan tenaga medik melaporkan bahawa dron dan artileri digunakan dalam serangan yang secara sengaja menyasarkan penduduk awam.[11] Orang-orang yang melarikan diri dilaporkan diculik dan diminta tebusan untuk boleh dibebaskan.[12]
Laporan dari Al-Fashir menggambarkan adanya orang-orang yang dibakar hidup-hidup dan pembunuhan di luar proses hukum.[13][14] Beberapa pusat penampungan pelarian, termasuk Pusat Pelarian Dar al-Arqam di Universiti Islam Omdurman, ikut diserang. Laporan lebih lanjut menyebutkan bahawa dalam satu insiden, lebih dari 60 orang tewas, termasuk 22 perempuan dan 17 anak-anak.[10] Kebanyakan orang tidak dapat melarikan diri kerana seluruh bandar dikepung RSF. Kelompok bantuan menyatakan tiada keamanan bagi penduduk awam. Cahaya satelit menunjukkan kewujudan kubur besar-besaran, limpahan darah, dan kemusnahan besar di Al-Fashir selepas amukan Abu Lulu.[15][10][5] SAF mensyaki bahawa RSF telah menghancurkan masjid-masjid dan membunuh banyak aktivis kemanusiaan yang menghantarkan bantuan.[16]
Reuters melaporkan bahawa para lelaki dipisahkan dari wanita dan dibunuh jika mereka menolak bergabung dengan RSF.[17] Médecins Sans Frontières melaporkan bahawa dalam kalangan pelarian yang tiba di Kem Tawila pada minggu sebelum kejatuhan bandar tersebut, 5% kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan dan 26% mengalami kebuluran. Pada 26 dan 27 Oktober, dianggarkan sekitar 25,000 orang melarikan diri dari Al-Fashir, namun hanya kira-kira 2,000 orang berjaya tiba di Tawila.[18]
Pembunuhan beramai-ramai di Hospital Ibu dan Anak Al-Saud
Sebanyak 460–500 doktor, pesakit, dan pendamping pesakit dilaporkan menjadi mangsa di Hospital Ibu dan Anak Al-Saud.[19][20][21] Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah menerima laporan pembunuhan tersebut dan menuduh RSF menawan 4 doktor, seorang ahli farmasi, dan seorang jururawat sebagai tebusan, serta menginginkan tebusan lebih dari 150,000 Dollar untuk pembebasan mereka.[22]
Reaksi
Video pembunuhan di Al-Fashir tular di internet, menimbulkan beberapa gelombang tunjuk perasaan di pelbagai negara sebagai bentuk solidariti.[23] pada awalnya RSF menafikan video itu, mengatakan bahawa apa yang tampak hanya propaganda bias dari SAF. Pada 31 Oktober 2025, Jeneral Mohammed Hamdan Dagalo, sebagai panglima tertinggi RSF secara rasmi meminta maaf berkenaan dengan kematian penduduk sipil di Al-Fashir. Dia berjanji untuk melindungi rakyat Sudan lebih baik lagi dan berkata bahawa Sudan akan secepatnya bersatu.
Kolonel RSF di Al-Fashir yang bernama Abu Lulu, membuat satu video bahawa dia bangga telah membunuh 2,000 penduduk. Di video lain, dia tampak menembaki penduduk dengan senjatanya. Dagalo memerintahkan penangkapan Lulu dan anak buahnya. Penangkapan itu tidak disambut hangat oleh penduduk Sudan yang secara am lebih percaya pada perkataan Presiden Sudan.[24]
Rujukan
- ^ Murray, Yvonne (2023). "Dismay as world is 'silent' on atrocities in Sudan". RTE (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Press, The Associated (2025-08-11). "Sudan's Rapid Support Forces kill 40 people in North Darfur displacement camp attack". CTVNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "'Harrowing Beyond Description': Dozens Killed While at Prayer in Sudan" (dalam bahasa Inggeris). 2025-09-19. Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ Salih, Zeinab Mohammed; Michaelson, Ruth (2023-05-01). "Medics in Sudan warn of crisis as health system near collapse". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ a b "RSF's takeover of Sudan's el-Fasher a 'terrible escalation' that raises new concerns". AP News (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-28. Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "Sudan: 'Devastating tragedy' for children in El Fasher after 500 days of siege | UN News". news.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2025-08-27. Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "El-Fasher: Rebel group claims capture of key city in Sudan". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-26. Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "Komandan RSF Abu Lulu Ditangkap, Akui Bangga Bunuh 900 Warga El-Fasher". Ambisius News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-31.
- ^ Princewill, Nimi (2025-10-28). "Bloodbath feared as rebels trap thousands in Sudan city. How did we get here and what might come next?". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ a b c "Sudan paramilitary group accused of killing 2,000 civilians in El-Fasher". ABC News (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-28. Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "Risk of large-scale atrocities in Sudan's El Fasher grows 'by the day' | UN News". news.un.org (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-27. Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "Sudan war: RSF militia killed 460 people at el-Fasher hospital, says WHO". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-29. Dicapai pada 2025-10-30.
- ^ Anderson, Stefan (2025-07-07). "Mass Killings, Sexual Violence And Famine Grip North Darfur As Rebels Prepare El Fasher Assault". Health Policy Watch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ Mureithi, Carlos (2025-10-28). "Mass killings reported in Sudanese city seized by paramilitary group". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "Blood splatter from RSF massacres in Sudan visible from space". Middle East Eye. 28 October 2025. Dicapai pada 30 October 2025.
- ^ "Paramilitary chief vows united Sudan as his forces are accused of mass killings". Herald Sun.
- ^ "Photos: Fears of mass atrocities after Sudan's el-Fasher falls to RSF". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "Photos: Fears of mass atrocities after Sudan's el-Fasher falls to RSF". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "Sudan's paramilitary killed hundreds at a hospital in Darfur, residents and aid workers say". AP News.
- ^ "Hundreds reportedly killed at Sudanese hospital as evidence of RSF atrocities mounts". The Guardian.
- ^ "RSF fighters film execution in el-Fasher hospital massacre". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-29.
- ^ "Sudan war: RSF militia killed 460 people at el-Fasher hospital, says WHO". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-29. Dicapai pada 2025-10-30.
- ^ Al-Wadeiah, Lama (2025-10-29). "Calgary's first rally for Sudan brings protest to city hall". Calgary Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-01.
- ^ Shami, Kamal (2025-10-30). "The fall of El-Fasher marks major escalation in Sudan's brutal civil war". 5Pillars. Dicapai pada 2025-11-01.









