Pembunuhan Iryna Zarutska | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Lokasi | East/West Boulevard ![]() ![]() ![]() |
Koordinat | 35°12′43″N 80°51′33″W / 35.211944°N 80.859167°W |
Tarikh | 22 Ogos 2025 ![]() |
Jenis serangan | Pembunuhan, tikaman ![]() |
Senjata | Folding knife ![]() |
Pelaku | DeCarlos Brown Jr. ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pembunuhan Iryna Zarutska berlaku pada 22 Ogos 2025, di stesen East/West Boulevard di Lynx Blue Line,[1] di Charlotte, North Carolina, Amerika Syarikat. Iryna Zarutska, seorang pengungsi dari Ukraine maut ditikam oleh seorang lelaki keturunan Afrika. Pembunuhan itu mendapat perhatian antarabangsa untuk status Zarutska sebagai pengungsi yang mencari keselamatan di Amerika Syarikat.
Andrew Tate, seorang kickboxer Romania-Inggris dalam podcast bersama Mario Nawfal, ahli teknologi Lubnan mengatakan bahawa Iryna Zarutska dibunuh kerana motivasi kebencian ras.[2][3] Terrie Donovan, seorang ahli politik dari Parti Republikan dan perwakilan dari Charlotte, Carolina Utara merasa amat menyesali berlakunya peristiwa itu. Dia mengatakan bahawa kes yang berlaku ialah "kes kebencian" dan kemunduran Charlotte dalam menjaga keamanan penduduk yang bermastautin di dalamnya.[4]
Latar belakang
Iryna Zarutska (Bahasa Ukraine: Ірина Заруцька)[5] ialah seorang gadis berkebangsaan Ukraine.[6] lahir di Kyiv, Ukraina pada tahun 2002.[7] Ia tiba bersama keluarganya di Amerika Serikat pada 2022, melarikan diri dari perang. Menurut web GoFundMe yang diasas oleh keluarganya, Iryna memutuskan untuk bertempat di Charlotte, Carolina Utara.[8][9][10]
Pelakunya, seorang pria keturunan Afrika berusia 34 tahun bernama Carlos de Brown Jr.[11] Ketika itu dia menaiki kereta api tanpa membayar tiket masuk dan dalam keadaan menghisap dadah semasa penikaman berlaku.[12] Sebelumnya, Carlos ialah seorang banduan. Pria kulit hitam itu sudah sering ditangkap kerana perampokan di kedai-kedai Carolina Utara dan menyebarkan dadah.[13]
Pembunuhan
Pada 22 Ogos 2025, Zarutska sedang berada di stesen South End, Charlotte. Rakaman daripada kamera penjagaan memperlihatkan gadis itu naik ke dalam kereta api. Pelaku berada di belakangnya. Sekitar empat menit selepas, pelaku tiba-tiba mengeluarkan pisau lipat dari hoodie-nya dan menikam Zarutska tiga kali. Salah satu tikamannya mengenai leher, membuat gadis itu tidak boleh diselamatkan.[14][15] Pelaku itu kemudian berteriak, "Aku dapatkan gadis kulit putih itu. Aku dapatkan gadis kulit putih itu."[16][17]
Dua menit kemudian, pelaku turun. Polisi yang sudah menunggu kedatangannya langsung menangkapnya. Pelaku melakukan pembunuhan tingkat pertama.[18]
Reaksi
Peristiwa pembunuhan Zarutska oleh Carlos bukan hanya ramai dibicarakan di Amerika Syarikat, tetapi mendapatkan reaksi yang meluas dari berbagai negara. Teman lelakinya, Stanislav Nikulytsiya berkongsi foto yang menjadi tular di internet.[19] Kematian Zarutska juga menjadi tema perdebatan panas di antara ahli politik yang akan menyertai pilihan raya daerah Charlotte dan Kaunti Mecklenburg pada bulan Oktober dan November 2025. Puan Bandar Charlotte, Vy Liles mengatakan bahawa pembunuhan Zarutska ialah hal yang tragik dan gila.[20] Ahli politik itu mendapat kritik tajam dari internet dan lawan politiknya kerana seperti tidak mempedulikan akar dari masalah.[21]
Gabenor Carolina Utara, Josh Stein berjanji akan menambah jumlah polis dan kesediaan perlengkapan di seluruh wilayah pentadbirannya untuk melawan angka jenayah yang terus meningkat.[22] Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata bahawa Carlos, si pelaku pembunuhan memang pantas diberi hukuman mati.[23] Presiden itu juga menyebut bahawa selain daripada Charlotte, dia akan mengerahkan Pengawal Kebangsaan AS (National Guard) ke bandar Memphis dan Chicago.[24]
Rujukan
- ^ Blanes, Simone. "Assassinato chocante de refugiada ucraniana em trem revolta EUA". Veja (dalam bahasa Portugis). Dicapai pada 7 September 2025.
- ^ "Andrew Tate - Mario Nawfal". X (formerly Twitter). Dicapai pada 2025-09-15.
- ^ Blake, Chris (2025-09-12). "Andrew Tate Pledges Support for Memorial Art". Presence News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-15.
- ^ "Terrie Donovan". www.dailymotion.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-16.
- ^ "У США вбили 23-річну українку Ірину Заруцьку: що відомо". BBC News Україна (dalam bahasa Ukraine). 26 August 2025.
- ^ "Obituary gives more details about light rail stabbing victim". WFAE (dalam bahasa Inggeris). 2025-08-28. Dicapai pada 2025-09-07.
- ^ "Iryna Zarutska's Obituary, Visitation & Funeral Information". James Funeral Home. Dicapai pada September 8, 2025.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaLeePierre
- ^ Warrick, Michael (2025-08-25). "Woman killed in Charlotte light rail stabbing recently fled from Ukraine, loved ones say". WBTV (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-06.
- ^ Keane, Isabel (2025-08-27). "Woman who fled Ukraine to escape war stabbed to death in North Carolina train station". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-06.
- ^ "Decarlos Brown Jr. reveals reason for alleged of Iryna Zarutska". Newsweek (dalam bahasa Inggeris). 2025-09-10. Dicapai pada 2025-09-16.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafarejump
- ^ Ablon, Matthew; Puente, Nathaniel (August 24, 2025). "Suspect arrested after deadly stabbing in South End". WCNC Charlotte. North Carolina: WCNC-TV. Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2025. Dicapai pada September 8, 2025.
- ^ "Ukrainian refugee, 23, stabbed to death on US train in 'random attack'". The Indian Express. 2025-09-07. Dicapai pada 2025-09-07.
- ^ Bruno, Joe (2025-09-06). "CATS releases video of deadly random stabbing on light rail". WSOC TV (dalam bahasa Inggeris). North Carolina: WSOC-TV. Diarkibkan daripada yang asal pada September 8, 2025. Dicapai pada 2025-09-08.
- ^ Rice, Matthew (September 9, 2025). "Social Media Erupts in Fury After New Videos Show Black Man Viciously Stabbing Ukrainian Refugee, Then Proclaiming, 'I Got That White Girl'". New York Sun.
- ^ Plummer, Kate (September 9, 2025). "Iryna Zarutska Stabbing Video Reveals Aftermath of Attack". Newsweek.
- ^ https://www.facebook.com/UNNews (2025-09-15). "The family of the man who killed Ukrainian Iryna Zarutska in the US has a rich criminal history - media". Ukrainian National News (UNN) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-15.
- ^ "Murdered Ukrainian refugee Iryna Zarutska seen heart-wrenching video" (dalam bahasa Inggeris). 2025-09-15. Dicapai pada 2025-09-16.
- ^ "'Appalled': NC Gov. Stein releases statement on deadly CATS stabbing video". wcnc.com (dalam bahasa Inggeris). 2025-09-06. Dicapai pada 2025-09-16.
- ^ Sands, Alexandria (2025-09-10). "Election results: Mayor Lyles sweeps despite light rail stabbing criticism". Axios (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-16.
- ^ "Fatal stabbing of Ukrainian refugee in North Carolina ignites crime debate". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2025-09-08. Dicapai pada 2025-09-16.
- ^ ""She came to the United States seeking peace": Donald Trump calls for death penalty for Irina Zarutska's killer". Mundo Deportivo USA (dalam bahasa Inggeris). 2025-09-10. Dicapai pada 2025-09-16.
- ^ Parker, Mario; Dezenski, Lauren (2025-09-16). "Trump sends troops to Memphis and says Chicago is 'probably next'". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-16.