| Umum | |
|---|---|
| Pengarang | Mohd Elfie Nieshaem Juferi |
Tajuk asal | Paulus: Perosak Risalah al-Masīḥ — Sejarah Bagaimana Ajaran Kristian Dicipta Sepenuhnya |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Genre | Perbandingan agama, Sejarah agama Kristian, Biografi Paulus |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Langgam Fikir |
Tarikh penerbitan | Ogos 2025 |
Jenis media | Cetakan (kulit lembut) |
| Halaman | xxvi + 195 |
| Kawalan kewibawaan | |
| ISBN | ISBN 9786299613503 |
| OCLC | 1531949453 |
| 230 | |
Paulus: Perosak Risalah al-Masīḥ ialah sebuah buku perbandingan agama karya Mohd Elfie Nieshaem Juferi yang diterbitkan oleh Langgam Fikir pada tahun 2025.
Struktur dan tema
Buku ini menghuraikan peranan Paulus dari Tarsus dalam pembentukan ajaran agama Kristian awal, seperti yang ditafsirkan daripada sumber Perjanjian Baru dan pandangan sarjana moden. Ia mengemukakan analisis daripada sudut pandang Islam, yang menilai perbezaan antara ajaran yang dikaitkan dengan Paulus dan ajaran asal Nabi Isa menurut tradisi Islam. Ia disusun dalam sepuluh bab yang membahaskan asal-usul teologi Triniti, konsep penebusan dosa, dan pemansuhan hukum Taurat seperti yang dikaitkan dengan Paulus.
Penulis telah menggunakan pendekatan perbandingan berdasarkan sumber Perjanjian Baru dan kajian sarjana Barat seperti Bart D. Ehrman, E. P. Sanders, N. T. Wright dan Hyam Maccoby, di samping menilai semula tokoh tersebut melalui kaedah hujah dalaman. Buku ini bertujuan memperkukuh kefahaman Muslim terhadap asal-usul teologi agama Kristian serta menjelaskan bagaimana pemikiran Paulus dianggap menyimpang daripada ajaran tauhid yang dibawa oleh para rasul terdahulu.
Sinopsis
Adakah benar ajaran-ajaran agama Kristian pada hari ini berasal daripada Nabi Isa a.s., atau sebenarnya hasil manipulasi teologi oleh seorang Yahudi bernama Paulus dari Tarsus?
Buku ini mendedahkan bagaimana ajaran asal Nabi Isa a.s. telah diseleweng dan digantikan dengan doktrin-doktrin asing demi memudahkan penerimaan masyarakat Rom dan Yunani terhadap "agama baharu" yang kini dikenali sebagai Agama Kristian.
Disusun secara sistematik dan berlandaskan rujukan daripada Alkitab (Bible) sendiri, karya ini menelusuri sejarah peribadi Paulus, pertelingkahannya dengan para hawari, serta pengaruh ajarannya terhadap pembentukan Perjanjian Baru dan dogma Triniti. Ia juga menyorot perbezaan ketara antara ajaran tauhid Nabi Isa a.s. dan akidah rekaan yang dibawa oleh Paulus.
Pautan luar
- Paulus: Perosak Risalah al-Masīḥ di Goodreads
- Paulus: Perosak Risalah al-Masīḥ di Google Play Books
- Paulus: Perosak Risalah al-Masīḥ di WorldCat








