Terdapat dua pasukan Polis utama Jerman Nazi di bawah Reichsführer-SS, Heinrich Himmler sejak tahun 1936:
- Ordnungspolizei (Orpo; polis tetap) yang terdiri daripada polis beruniform tetap
- Gemeindepolizei (GemPo; polis perbandaran)
- Schutzpolizei (SchuPo; polis negeri)
- Sicherheitspolizei (SiPo; polis keselamatan) yang terdiri daripada sub-jabatan, iaitu Geheime Staatspolizei (Gestapo; polis rahsia negara) dan Kriminalpolizei (Kripo; polis jenayah)
Pada September 1939, SiPo dan Sicherheitsdienst (SD) telah digabungkan ke dalam Reichssicherheitshauptamt (RSHA; Jabatan Keselamatan Utama Reich) di mana mereka dijadikan jabatan yang berasingan.
Kepimpinan dan kawalan
Kepimpinan polis Jerman secara rasmi terletak di tangan Menteri Dalam Negeri, Wilhelm Frick sejak Januari 1933, yang bersama-sama dengan Hermann Göring melaksanakan kuasa eksekutif ke atas organ polis Jerman; ini merupakan sebahagian penting daripada usaha Adolf Hitler untuk memperkukuh cengkamannya terhadap pentadbiran negara.[1]
Pada 17 Jun 1936, Hitler melantik Himmler sebagai ketua polis Jerman, yang menghasilkan "penyatuan keseluruhan aparatus polis... dan penyatuan pentadbiran pasukan polis seluruh Reich."[2] Tindakan ini secara efektifnya menggabungkan polis ke dalam SS dan mengeluarkannya daripada kawalan Frick.[3] Sebagai pegawai polis paling kanan di Jerman, Himmler mempunyai dua matlamat: yang pertama ialah matlamat rasmi penyeragaman dan Gleichschaltung: merombak pasukan polis Jerman mengikut cita rasa Parti Nazi; yang kedua, matlamat tidak rasmi menjadikan polis Jerman sebagai sayap tambahan kepada Schutzstaffel (SS), sekaligus mengukuhkan asas kuasanya dan meningkatkan kedudukannya dikalangan pembesar Hitler.[4]
Menjelang Ogos 1936, Gestapo telah diseragamkan di seluruh Reich, di mana semua polis politik—yang sebelum ini berjumlah tujuh belas agensi berbeza—telah digabungkan.[3] Kawalan ke atas Ordnungspolizei (Orpo) dilaksanakan melalui Hauptamt Ordnungspolizei, yang ditubuhkan pada tahun 1936, dibawah kepimpinan Kurt Daluege[5] (1936–1943), diikuti oleh Alfred Wünnenberg (1943–1945).[6] Kawalan ke atas Gestapo dan Kripo pula sejak tahun 1936 dilaksanakan melalui Hauptamt Sicherheitspolizei, dan mulai tahun 1939 melalui Reichssicherheitshauptamt (RSHA).[7] Organisasi ini bersama dengan Sicherheitsdienst (SD), menjadi jabatan RSHA—pada awalnya dibawah Reinhard Heydrich (1936–1942) dan kemudian Ernst Kaltenbrunner (1943–1945) sehingga tamat Perang Dunia II.[8]
Rujukan
Petikan
- ^ Westermann 2005, m/s. 34–35.
- ^ Westermann 2005, m/s. 55.
- ^ a b Dams & Stolle 2014, m/s. 15.
- ^ Westermann 2005, m/s. 55–57.
- ^ Dams & Stolle 2014, m/s. 16–17.
- ^ Blood 2006, m/s. 111.
- ^ Browder 1996, m/s. 4.
- ^ Zentner & Bedürftig 1991, m/s. 782–783.
Bibliografi
- Blood, Philip W. (2006). Hitler's Bandit Hunters: The SS and the Nazi Occupation of Europe. Potomac Books. ISBN 978-1-59797-021-1.
- Browder, George C (1996). Hitler's Enforcers: The Gestapo and the SS Security Service in the Nazi Revolution. Oxford and New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19820-297-4.
- Dams, Carsten; Stolle, Michael (2014). The Gestapo: Power and Terror in the Third Reich. Oxford and New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19966-921-9.
- Westermann, Edward B. (2005). Hitler's Police Battalions: Enforcing Racial War in the East. Lawrence, KS: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1724-1.
- Zentner, Christian; Bedürftig, Friedemann (1991). The Encyclopedia of the Third Reich. New York: MacMillan Publishing. ISBN 0-02-897500-6.