SUHARDI BIN JUMIAN | |
---|---|
Fail:Risikan keganasan darurat | |
Aktif | Tempoh: [06 jun] [2022]: Tamat berhikmat |
Negara | Polis branch: BH makama rayuan kota.kinabalu sabah |
Cawangan | Polis Diraja Malaysia: BALAI POLIS BANDAR KINRARA |
Jenis | UNIT:BANTUAN ANGGOTA SAMARAN JENAYA/BANTUAN PASUKAN PAYUNG TERJUN/BANTUAN KEGANASAN DOMESTIK |
Peranan | NAMA: SUHARDI BIN JUMIAN
NOMBOR IC: 960607-12-5431 NOMBOR AHLI: 84-23-02474 UNIT AHLI: JENAYA VAT96: MALAYSIA |
Saiz | Sulit |
Sebahagian daripada | Bantuan Petugasan: kementerian malaysia
Ketenteraman Awam: kuala lumpur malaysia Pasukan Operasi: 3/unit bantuan darurat Dilantik sebagai: darah perwira daerah malaysia MULA BERHIKMAT DEMI NEGARA Tempoh pendaftar ahli: 10/04/2021 -mula dengan kursus perkhidmatan sebagai Latihan anggota unit pasukan domestik Tempoh ahli aktif:07/06/2021 -disahkan bertugas aktif petugas dalam unit sebagai bantuan branch anggota risikan PDRM Bukit aman Kuala Lumpur malaysia Tempoh ahli tidak aktif: 07/06/2022 (PENCEN), (M). = (PENCEN), (TTP). = (DIGANTUNG JAWATAN), = (DITURUNKAN JAWATAN), = (LETAK JAWATAN), = (DI LETAKKAN JAWATAN), =(✓) (KEMATIAN DALAM TUGAS), = (KEMATIAN LUAR TUGAS,). = (PERPINDAHAN RASMI SEBAGAI BRANCH ASKAR TENTERA MALAYSIA) -unit tentera askar watania, = -unit tentera askar regular, = (PETUGAS DIBERIKAN HUKUMAN) = ENCIK,(Suhardi bin jumian) Telah ditamat pada perhikmat dalam tugas dan denda sebanyak RM3000 ringgit kerana melakukan kes berat Iyaitu membantu penjenaya tersebut untuk menyelamatkan diri pada waktu tersebut agar tetap bebas dari petugas kepada rakan yang telah menjalani operasi tersebut Dan juga didapati anggota tersebut telah Menggunakan (dadah) sejenis syabuh terlarang Dalam ahli anggota risikan branch risikan(PDRM) Malaysia |
Pangkalan | Ibu Pejabat risikan: bandar Petaling jaya kuala lumpur 89390 malaysia |
Nama samaran | (PGK) Pasukan gerakan khas |
Moto | Warisan Darah Perwira |
Warna | Hitam/Mera/kuning/hijau |
Kawat | Penguasaan daerah: =445 |
Maskot | BEBAS DAN SEDANG DIAWASI |
Peringatan | 31 Ogos 57
Ulang tahun Hari Kemerdekaan dan diadakan Raja atau pun dulimaha agong dan Presiden sebagai pemimpin ketenteramanman serta keamanan rakyat merdeka |
Pertempuran | [Pasukan Gerakan Khas:
=Operasi bersepadu yang dilati sebagaimencega keganasan |
Komander | |
Komander terkini | Latihan pertahanan dalam pertempuran |
Ketua upacara | SAJEN, CPJ |
Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu markas operasi pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia yang menyelaraskan Batalion 69 Komando (VAT69) dan Unit Tindak Khas (UTK). Pasukan berberet merah hati atau maroon dan Perang Pasir ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.
VAT 69 ditubuhkan khas sebagai pasukan khusus multi spektrum manakala UTK sebagai Unit Elit Anti-Keganasan. Kedua-dua unit ini mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas, pemberontakkan militan, pencerobohan sempadan, kegiatan lanun, penculikan dan jenayah berat lain bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi kedua-dua unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1996
dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat, pasukan selam tempur dan pasukan payung terjun. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap truper dan anggota kedua-dua unit ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.
Identiti
- Beret Merun
- Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas A atau Unit Tindakan Khas.
- Beret Kelabu Pasir
- Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69.
Tugas
Peranan Pasukan Gerakan Khas meliputi:
- Pengumpulan risikan khas dalam misi pengintipan dan tugas menggempur.
- Melibatkan diri dalam operasi khas membantu Cawangan Khas PDRM dalam memerangi organisasi subversif atau kegiatan pengganas.
- Operasi menangani-keganasan didalam negara bersama dengan angkatan tentera.
- Penguatkuasaan undang-undang dalam tugas menangani pelbagai jenayah bersenjata didalam negara.
- Operasi menangani-keganasan diluar negara Malaysia, misalnya Operasi Astute di Timor Leste.
- Tugas mencari dan menyelamat didalam dan luar Malaysia, contohnya insiden tsunami di Acheh, Indonesia.
- Tugas kawalan rapat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri di seluruh Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bekas Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kanan (Malaysia), Menteri Kewangan Malaysia, Menteri Pertahanan Malaysia, Menteri Dalam Negeri Malaysia dan orang-orang kenamaan serta diplomat (keutamaan Unit Tindakhas).
- Tugas-tugas lain yang difikirkan sesuai setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara.
Sejarah
Organisasi
Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan 69 Komando dan Unit Tindak Khas dikoordinasikan dalam satu Unit markas operasi khusus dikenali sebagai Markas Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini masih beroperasi atas nama unit masing-masing iaitu Unit Tindak Khas sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada 69 Komando.
Unit Tindak Khas berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan 69 Komando berpengakan di Ulu Kinta, Perak diletakkan dibawah tanggungjawab Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ia dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).
Berikutan meningkatnya beberapa siri insiden keganasan di pasca serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, unit ini dipertingkatkan kepada penugasan anti keganasan bagi mengelakkan negara yang berdaulat ini dipengaruhi oleh sebarang agenda pengganas walau seinci sekalipun. Bagi memastikan sebarang operasi (khasnya operasi anti-pengganas) berjaya, keanggotaan 69 Komando yang mana satu platun berkekuatan enam hingga 10 anggota dan diketuai oleh pegawai berpangkat sekurang-kurangnya Inspektor hingga Superintendant terdiri daripada ahli raifal atau anggota CQB, pakar bahan letupan, komunikasi dan paramedik. Selain itu, unit ini turut bekerjasama dengan pasukan khusus dan pasukam elit Angkatan Tentera Malaysia seperti 10 PARA, Grup Gerak Khas, PASKAL dan PASKAU bagi menjaga keselamatan dan keamanan Malaysia.
Operasi, Perintah dan Kawalan
Komander PGK bertanggungjawab dalam sebarang operasi yang dijalankan. Kerjasama dan bantuan boleh diperolehi dari Ketua Polis Negeri di mana sebarang operasi tersebut dijalankan. Komander PGK juga bertanggungjawab terhadap pendekatan yang diambil dalam melaksanakan tugas.
Peranan
UTK yang beroperasi seperti unit SWAT Amerika Syarikat ini menjalani operasi dengan tanpa pakaian seragam unit khas. Unit ini biasanya menjalankan operasi khas dan sulit menghapuskan sebarang kegiatan jenayah berprofil tinggi di malaysia.
Manakala 69 Komando yang asalnya merupakan batalion elit bagi Pasukan Polis Hutan (PPH) (kini Pasukan Gerakan Am) menjalankan operasi dihutan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk membanteras segala ancaman pengganas komunis pada tahun 1969 hingga berakhirnya tempoh insurgensi pada tahun 1989 (20 tahun). Dilatih khusus oleh Special Air Service United Kingdom, perwira 69 Komando kini menjalani latihan pelbagai tempur dan misi pengintipan khas. 69 Komando atau VAT 69 juga diletakkan dibawah Pasukan Mencegah Keganasan bersama pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia yang lain dan tertakluk dibawah arahan no 18 Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai responder keempat Jika Diarahkan.
Pasukan penembak tepat dan pakar bahan letupan unit ini pernah mendapat latihan khas dari beberapa pasukan elit negara asing termasuklah Special Air Service (Australia, New Zealand dan United Kingdom), Pasukan Peronda Sempadan Polis Diraja Thailand dan beberapa unit-unit elit Amerika Syarikat seperti US Navy SEALs, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Special Weapon and Tactics (SWAT) serta pasukan elit yang lain. Sebagai cendera hati,beberapa anggota 69 Komando di beri beret kelabu Pasir yang di pakai oleh jurulatih 22 SAS sebagai kenangan iaitu beret kebanggaan yang dianugerahkan oleh pasukan ke 22 SAS.
Pada 14 November 2006, adalah menjadi sejarah pertama buat Pasukan Gerakan Khas apabila beret kebanggaan unit (Merah Hati) ini dianugerahkan sebagai Beret Diraja sempena dengan warna panji PGK setelah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail di Perbarisan Diraja yang bertempat di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sempena persaraan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong.
Latihan Bersama
PGK turut menjalani latihan silang bersama dengan unit-unit elit luar negara seperti SAS United Kingdom, BRIMOB Indonesia, STAR Singapura, SAS Australia, SAS New Zealand, GIGN Perancis, GSG-9 Jerman, Pasukan Penyelamat Tebusan FBI, US Green Beret dan US Special Operations Command Pacific (USSOCPAC).
Unit ini mendapat latihan khas meliputi kursus;
- Teknik tempur jarak dekat (CQB atau CQC)
- Mencari dan menyelamat (SAR)
- Penerjunan bebas (HALO/HAHO)
- Mematikan alat letupan (EOD)
- Mengalih atau mematikan bahan HAZMAT
- Operasi di kawasan pembinaan - OBUA
- Tempur bukan konvensional
- Kawalan rapat (Motoked)
- Kepakaran menembak pantas dan tepat (sharpshooter)
- Perisikan khas
- Tempur dan menyelamat didalam bangunan, pelantar minyak, kapal dagang serta didalam bandar - FIBUA
- Pengintipan
- Turun menggunakan tali (Repelling, Despatcher, Spie-rigger)
- Rondaan jarak jauh
- Penembak tepat (Sniper)
- Demolition (Pakar Letupan)
- Penggunaan unit K9
- Karate do
- Seni silat polis (Silat Warisan Gayung Halilintar, khasnya bagi 69 Komando ),
- Mematikan jerangkap samar
- Penyelam tempur (SCUBA)
- Penyusupan lintas udara
- Latihan payung terjun dan pelbagai lagi.
Pada 10 hb Disember 2003, Ketua Polis Negara Tan Sri (B) Mohd Bakri bin Omar telah melancarkan program latihan bersama USSOCPAC dengan unit ini serta pasukan separa tentera PDRM - Pasukan Gerakan Am PGA di Sekolah Latihan Pasukan Gerakan Am (SLPGA), Ulu Kinta, Perak. Di akhir latihan, dipercayai 42 daripada 194 yang layak dalam pemilihan pasukan ini. Bagi pemilihan dalam latihan asas 69 Komando pada bulan Mei hingga September 2006, hanya 44 daripada 91 anggota berjaya dipilih.
Tokoh Terkenal VAT 69
- Wira 69 Komando ASP Zulkifli bin Mamat (Pahlawan VAT69 ketika krisis Lahad Datu)
- Wira 69 Komando Sarjan Sabarudin bin Daud (Pahlawan VAT69 ketika krisis Lahad Datu)
- Wira 69 Komando DSP G/9045 Mohd Noor bin Razak (bersara)
- Wira 69 Komando ASP G/10958 Abdul Razak bin Mohd Yusoff
- Wira 69 Komando ASP I/3427 Mohd Zabri bin Abdul Hamid (meninggal dunia pada 3 September 1975, - Nahas Jerangkap Samar)
- Wira 69 Komando S.I. Wan Taha bin Wan Muhammad (Bersara)
- Wira 69 Komando S.I. Ismail bin Daud @ Mail Rantai (Bersara)
- Wira 69 Komando S.M Apot ak Saad (Bersara)
- Wira 69 Komando S.M. Abdul Ghani bin Mahmood (Bersara)
- Wira 69 Komando Sarjan Sheikh Ismail Sheikh Mohd (Bersara)
- Wira 69 Komando Koperal Ismail bin Ibrahim (meninggal dunia pada 27 Mac, 2000 - Nahas Payung Terjun)
- Wira 69 Komando Koperal 110992 Idrus bin Johar (meninggal dunia pada 18 Ogos, 2004 - Nahas Payung Terjun)
- ASP G/12236 Abd. Rahim Saffiee
- Sarjan Abdul Rahim bin Megat
- Koperal Md. Nazri bin Kassim
- Koperal Jamaluddin bin Md. Isa
- Koperal Zawawi bin Hassan
- Koperal/W 138143 Merli Zaifa binti Abdul Sani
- Wira 69 Komando Sarjan Hazamuzakar Mohd Hatim (mendarat di Kutub Utara pada 21 April 1998 menggunakan payung terjun)[1] Diarkibkan 2014-12-19 di Wayback Machine
- Wira 69 Komando Korperal Ramlee Alias (mendarat di Kutub Utara pada 21 April 1998 menggunakan payung terjun)[2] Diarkibkan 2014-12-19 di Wayback Machine
Pangkat
Berikut adalah senarai pangkat dan jawatan yang dipakai oleh unit ini sepertimana unit PDRM yang lain.
- Komander = Assisten Commissioner of Police (ACP) kepada Senior Assistant Commissioner (SAC).
- Ketua Batalion = Superintendent (Supt) kepada Senior Assistant Commissioner (SAC).
- Ketua Kompeni = Assistant Superitendent Police (ASP) kepada Deputy Superintendent of Police (DSP)
- Ketua Platun = Inspektor
- Ketua Patrol = Corporal kepada Sergeant
Kelengkapan
Sebagaimana pasukan khas yang lain, Pasukan Gerakan Khas semestinya dilengkapi dengan persenjataan khusus dan peralatan khas bagi penugasan khas menangani keganasan dan kegiatan jenayah berat. Disini ialah senarai senjata api dan peralatan yang digunakan oleh unit ini.
Senjata Api
Data Kelengkapan Senjata Api | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pistol | Senapang Patah | Submesingan | Raifal Tempur/Karbin | Penembak Tepat | Mesingan | P. Grened | |
Glock 17 | Benelli M3 Super 90 | HK MP5A5 | Colt M4A1 SOPMOD Block I | Acc-Int. PM | FN Minimi | HK AG-364 | |
Glock 18 | Franchi SPAS-12 | HK MP5-N | HK 416 Commando1 | Acc-Int. AWM | M60E2 | M79 | |
Glock 19 | Remington M870 | HK MP5K-A4 | HK G36C | HK PSG-1A1 | M203 | ||
HK Mark 23 Mod 02 | Remington M1100 | HK MP5SD3 | Steyr AUG A2 | Remington M700 | |||
HK USP Compact | HK MP7A11 | ||||||
HK USP Tactical 9 | HK UMP 9 | ||||||
Sig Sauer P2022 | |||||||
STI Grandmaster |
1Diawal tahun 2007, dipercayai PDRM akan dibekalkan sistem persenjataan terbaru oleh Syarikat Persenjataan Heckler & Koch yang terdiri daripada senjata HK MP7 PDW, HK 416 Commando, HK 417 Sniper dan HK XM8 Commando kepada unit Pasukan Gerakan Khas dan unit-unit lain setelah menjalani uji nilai pada bulan Disember 2006 bagi meningkatkan keperluan sistem persenjataan yang ada didalam PDRM.
2Difahamkan, pistol separa automatik Heckler & Koch Mark 23 berkaliber .45 ACP turut dibekalkan kepada 69 Komando PDRM ini bagi menggantikan pistol Colt M1911 yang telah usang, tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang menggunakannya. Ini kerana, majoriti dikalangan pegawai dan anggota elit ini lebih gemar menggunakan pistol berkaliber 9 mm namun Mark 23 ini masih mendapat tempat terutamanya jika digunakan dalam pertempuran jarak dekat memandangkan ia begitu efektif dan mampu memberikan kuasa tembakan yang amat jitu (stopping power) sungguhpun menggunakan kaliber yang berkuasa tinggi.
3Turut difahamkan, HK UMP 9 yang menggunakan peluru 9 mm ini turut digunakan oleh pasukan respon krisis yang ada di dalam unit aturgerakcepat Pasukan Gerakan Khas serta cawangan-cawangan PDRM dalam menangani sebarang krisis yang melibatkan keganasan dan jenayah. Submesingan Heckler & Koch MP5 adalah sistem persenjataan ringan yang paling cukup sinonim dengan persenjataan pasukan khas seluruh dunia termasuk PGK sendiri.
Peralatan Sokongan
Data Kelengkapan Sokongan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Grened Kuasa Tinggi | Grened Cahaya | Gas Pemedih Mata | Perisai Taktikal | Sistem Pandang Malam | Penanda Laser |
T - Baton | Gari Flexi | Topeng Gas | Taser | Penyembur Lada | Pejera Teleskopik |
Kamera Optik | Lampu Suluh | Battering Ram | Ves Kalis Peluru | Bahan Letupan C4 | Kamera Jarak Jauh |
Tangga Gempur | Peluru Tambahan | Topi Balistik SPECTRA | Pejera Titik Merah ML2 | Aimpoint CompM2 | Aimpoint CompM4 |
A/Pertolongan Cemas | Gari | Skop Inframerah | Peluru Kekacang2 | Alat Pemusnah Bom | AN/PEQ-6 |
2Peluru kekacang atau bean bag shells merupakan peluru senapang patah yang biasanya digunakan oleh polis khasnya di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyuraikan rusuhan yang tidak mampu dikawal dengan gas pemedih mata. Ia tidak sama dengan kaliber Buckshoot, bebola kekacang peluru yang diperbuat daripada plastik dan getah ini hanya boleh mendatangkan kecederaan minima dan ia tidak membunuh. Bagi kegunaan 69 Komando, peluru ini digunakan untuk mencederakan penjenayah sekiranya diarahkan oleh pihak atasan untuk menangkap penjenayah itu hidup-hidup.
Kenderaan Tempur
Berdasarkan laporan, unit ini menggunakan kereta perisai Commando V-150D dan GKN Sankey AT105 yang dilengkapi dengan senjata mesingan M60 oleh Pasukan Gerakan Am sebagai kenderaan tempur didarat khususnya dikawasan bandar dan hutan serta mengubahsuai kenderaan peronda polis (MPV), trak, van dan bas sebagai kenderaan taktikal. Bagi peperangan maritim pula, unit ini dibekalkan dengan bot tempur, jet ski dan Marine Subskimmer (bot selam mini) untuk tugas-tugas operasi amfibi dan kawasan perairan.
Sementara bagi penugasan operasi melalui udara, Pasukan Gerakan Khas menggunakan pesawat pengangkutan udara dari jenis C-130 Hercules yang dipinjamkan khas daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pesawat milik Unit Udara PDRM sendiri yang terdiri daripada Cessna 206G, Cessna 208 Caravan 1 dan Pilatus Porter PC-6 bagi kegunaan unit payung terjun, penyusupan lintas udara dan penerjunan bebas (HALO/HAHO) serta helikopter jenis E-Squirrel AS-355 F2/AS-355N bagi tugas pengintipan, penurunan melalui tali dan teknik hover jump iaitu penerjunan dari pesawat ke permukaan air.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kesemua penggunaan meliputi kelengkapan, persenjataan, peralatan sokongan, latihan dan logistik serta kenderaan pengangkutan yang dibekalkan kepada Pasukan Gerakan Khas PDRM ini boleh dikatakan setanding dengan kelengkapan unit-unit anti pengganas Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Malaysia. Dianggarkan, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan beberapa juta Dollar Amerika (US Dollar) kepada PDRM untuk membeli semua kelengkapan tersebut secara berperingkat-peringkat bagi mempertingkatkan mobiliti pasukan elit ini sejajar dengan Rancangan Malaysia yang kesembilan.
Pasukan Yang mendapat latihan 69 Komando
Untuk memantapkan lagi keselamatan negara dari ancaman keganasan dan jenayah, 69 Komando turut melatih 2 tim penggempur yang dipercayai telah dilatih sendiri oleh unit khas asing, walaupun ia kurang popular tetapi mempunyai kemampuan untuk mengekang sebarang ancaman besar yang menggugat kestabilan negara. Unit yang diperkatakan tersebut adalah Unit Gempur Marin dan Unit Tiger Platun
Unit Gempur Marin
Unit Tiger Platun
Unit Tiger Platun pula merupakan satu unit khas di dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) berprofil sederhana yang biasanya berkhidmat dibawah KDN/KA., tetapi kebanyakkannya tertumpu kepada tugas PGA. Berpusat di Bridged Utara,Tengah,Tenggara Sabah dan Sarawak, unit ini ditugaskan untuk mengekang sebarang kegiatan jenayah diPulau-pulau,persisiran pantai dan sempadan, khasnya aktiviti penyeludupan. Boleh dikatakan, unit ini bertindak sebagai unit penggempur hadapan sebelum bantuan daripada Pasukan Batalion tiba di lokasi serangan. Unit ini pernah terlibat dalam beberapa siri operasi dan berjaya menumpaskan penyeludupan disempadan.
Senarai Komander PGK
Organisasi Pasukan Gerakan Khas ini dipimpin oleh seorang komander berpangkat Senior Asistent Commissioner II (SAC II). Dibawah adalah senarai pegawai kanan yang memegang jawatan tertinggi dalam pasukan elit ini.
Nama | Tahun | Jawatan |
---|---|---|
Superintendant. G/640 M. Shanmugam | 1975 - 1976 | 69 Komando |
Superintendant. G/3158 Ramli bin Abd Kadir | 1976 - 1978 | menggantikan Supt. Shanmugam |
Assistant Commissioner of Police G/2827 Syed Mohd Munfaz Wafa bin Syed Subli Wafa | 1978 - 1983 | - |
Assistant Commissioner of Police G/3740 A Navaratnam | 1983 - 1986 | -Pegawai Pemerintah 69 Komando yang Pertama |
Deputy Superintendant of Police G/5439 Meor Chek Hussein bin Mahayuddin | 1986 - 1987 | Pemangku komander UTK |
Assistant Commissioner of Police G/3421 Mohd Yusof bin Harun | 1987 - 1990 | - |
Assistant Commissioner of Police G/3432 Haji Idris bin Haji Wahid | 1990 - 1993 | - |
Senior Assistant Commissioner I G/5439 Dato' Meor Chek Hussien bin Mahayuddin | 1993 - 2000 | 1997 Komander Pertama Pasukan Gerakan Khas |
Senior Assistant Commissioner II G/5096 Dato' Mohd Anuar bin Md Zain | 2000 - 2002 | Komander Kedua PGK yang kemudiannya di tugaskan memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam |
Senior Asssistant Commissioner II Roslan bin Mohd. Yassin | 2002 - 2004 | yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam dan bertukar ke Pahang sebagai Ketua Polis Negeri Pahang(Komander Ketiga PGK) |
Senior Asssistant Commissioner II Mohd Rani bin Abd Rashid | 2004 - 2006 | yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam |
Senior Assistant Commissioner II Muhammad Sabtu bin Osman | 2006 - 2008 | yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam (Komander ke empat PGK) |
Senior Assistant Commissioner I Dato' Muhammad Fuad Abu Zarin | 2008 – 2015 | Menggantikan SAC II Muhammad Sabtu Osman |
Senior Assistant Commissioner Dato' Azizan Abd. Aziz | 2015 – Sekarang | Menggantikan SAC I Dato' Muhammad Fuad Abu Zarin |
Kawasan yang dipertanggungjawabkan
Pusat operasi Pasukan Gerakan Khas ini berpusat di Bukit Aman dan terbahagi kepada 2 kawasan yang dipertanggungjawabkan oleh 2 detasemen PGK ini. Sila lihat data kawasan yang diberi.
Unit Tindakan Khas(UTK) | 69 Komando PGK |
---|---|
Johor | Perak |
Melaka | Pahang |
Negeri Sembilan | Perlis |
Selangor | Pulau Pinang |
Bandaraya Persekutuan Kuala Lumpur | Kedah |
Kelantan | |
Terengganu |
Operasi
Penangkapan Mas Selamat Kastari
Pada Febuari 2008, seorang pemimpin utama Jemaah Islamiah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari telah melarikan diri dari Pusat Tahanan Jalan Whitley, sebuah pusat tahanan yang paling ketat di Asia Tenggara. Beberapa bulan kemudian, beliau didapati bersembunyi di sebuah rumah kampung di Kampung Tawakal, Skudai, 40km dari bandaraya Johor Bahru.
Dengan intipan dan perancangan serbuan taktikal yang begitu rapi, pada 1 April 2009 jam 06:00 pagi, sepasukan unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas diaturgerak untuk membantu anggota Cawangan Khas PDRM memberkas semula pemimpin militan di rumah kampung tersebut. Anggota UTK bertindak mengepung setiap penjuru rumah tersebut ketika Mas Selamat sedang tidur.
Menurut saksi kejadian, Mohd Saat Marjo, 57, yang merupakan jiran bersebelahan rumah tersebut menceritakan anggota bertopeng yang lengkap bersenjata automatik bersama dengan anggota Cawangan Khas yang berpakaian preman bertindak menyerbu rumah tersebut melalui dua buah pintu yang dipecahkan sebaik sahaja beliau enggan keluar menyerah diri walaupun diseru oleh pihak polis. Serbuan dan kepungan anggota UTK dan Cawangan Khas yang begitu teratur sekali menyebabkan Mas Selamat gagal untuk melepaskan diri sehingga beliau berjaya ditangkap. Beliau digari dan muka beliau diserkup dengan kain warna biru gelap sebelum dibawa keluar.[1] Anggota biasa JI, Abdul Matin Anol Rahmat dan Johar Hassan turut ditangkap.[2] Polis turut merampas beberapa dokumen dan maklumat perancangan sulit JI serta menghantar Unit Pemusnah Bom untuk memastikan rumah tersebut bebas dari sebarang bahan letupan. Walau bagaimanapun, penglibatan UTK dalam operasi tersebut tidak didedahkan kepada umum atas tahap kerahsiaan yang tinggi, tetapi penangkapan itu lebih terarah kepada unit Cawangan Khas.
Operasi MV Paulijing
Pada tahun 22 Ogos 2005, sebuah kapal curi milik seorang warga Hong Kong telah memasuki perairan Selat Melaka, setelah diselidik, Kapal tersebut sebenarnya telah dilaporkan hilang pada tahun 2003 di perairan Batam,Indonesia. Pada mulanya, kapal tersebut dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin. Pasukan Gerakan Marin menerima maklumat pada kira-kira pukul 9.00 pagi bahawa kapal yang dipercayai MV Natris dan telah ditukar namanya kepada MV Paulijing memasuki perairan Selat Melaka dan sedang dalam perjalanan dari Khandra, India ke Pelabuhan Ho Chi Minh, Vietnam.
Bertindak di atas maklumat itu, Pasukan Gerakan Marin telah menghantar kapal peronda Polis Marin yang telah menghampiri kapal tersebut pada kira-kira pukul 10 pagi , menghubungi kapten kapal itu memaklumkan supaya berhenti.walau bagaimanapun, kapten MV Paulijing tidak mengendahkannya dan meneruskan perjalanannya ke arah selatan.
Pada masa yang sama, lima pegawai dan 32 anggota 69 Komando (PGK) diterbangkan ke Johor pada kira-kira pukul 5 petang. Dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai unit tersebut dibawa ke Kukup dengan helikopter dan di sana mereka diberikan taklimat oleh Deputi Supritendan Polis, Mohd Yazib Bin Abd Aziz
Pada 11 malam , Pasukan Gerakan Marin dan 69 Komando (PGK) ke Pulau Pisang dan bersedia untuk bertindak pada masa yang sesuai sehingga pada kira-kira pukul 3.20 pagi anggota 69 Komando (PGK) dan Unit Khas Marin berjaya menaiki dan menawan kapal tersebut.
Setelah diperiksa kapal itu didapati membawa kacang soya dan sejenis bahan yang dipercayai cuka. Kapal itu turut membawa 19 orang anak kapal dan seorang kapten warga China yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun. Kapal itu kemudian dibawa ke perairan Tanjung Piai untuk pemeriksaan selanjutnya dan laporan polis. Operasi ini telah dilaporkan dalam rancangan 999 di TV3 pada tahun 2005 yang lalu.[3][4]
Insiden Genting Sempah
Ops Subuh
Tiga hari kemudian selepas insiden kecurian senjata pada 20 Julai tahun 2000, satu operasi dinamakan Ops Subuh dilancarkan dengan menghantar 43 anggota pasukan tentera dan polis. Diketuai oleh pegawai 69 Komando (PGK), ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff bersama pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said dihantar ke Bukit Jenalek, Sauk, negeri Perak untuk bertemu dengan ketua militan Al-Ma'unah, Mohamad Amin bin Mohamad Razali. Kumpulan tersebut berjaya melarikan 95 laras raifal Colt M16, 2 laras Steyr AUG, 4 laras mesingan berat (GPMG), 5 laras senjata pelancar bom tangan M203, 26 bayonet dan peluru di dua pos kawalan markas tentera di Kuala Rui, Perak serta menjadikan 2 orang pegawai polis, seorang anggota komando Grup Gerak Khas dan seorang penduduk kampung sebagai tebusan. Kumpulan militan tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan bersenjata dan mencabuli Perlembagaan Malaysia serta ingin menggantikan sistem pemerintahan demokrasi dengan sistem pemerintahan Islam.
Mohamad Amin bersama rakan-rakan seperjuangannya diseru untuk meletakkan senjata dan menyerah diri kepada pihak tentera. Akan tetapi, sebelum percubaan meletakkan senjata dilaksanakan, Amin dipercayai mengacukan senjata M16/203 ke arah Zaini namun Zaini bertindak menepis senjata tersebut menyebabkan tembakan tercetus dari senjata Amin dan bermulanya insiden tembak-menembak di antara kumpulan Al-Ma'unah dengan unit elit pasukan keselamatan. Tragedi tersebut menyaksikan kematian 2 daripada 4 orang tebusan di mana seorang anggota Cawangan Khas PDRM, Koperal Detektif Sanghadevan, Matthew anak Medan dari anggota Grup Gerak Khas diseksa hingga mati dan mayat kedua-dua orang tebusan ini dikebumikan bersama, manakala 2 lagi tebusan iaitu seorang anggota PDRM, Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan orang awam, Jaafar bin Puteh terselamat. Abdul Halim Ali @ Ahmad, seorang ahli militan Al-Ma'unah terbunuh dalam kejadian tembak menembak tersebut dan 29 ahli kumpulan yang lain berjaya diberkas. Mohamad Amin, Zahit bin Muslim dan Jamaludin bin Darus serta Jemari bin Jusoh dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala 16 yang lain dipenjarakan seumur hidup. Sementara 10 lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Megat Mohamed Hanafi bin Ilias, Muhamad Nukhshah Bandi bin Che Mansor, Riduan bin Berahim, Azlan bin Abdul Ghani, Shahidi bin Ali dan Khairul Anuar bin Mohamed Ariffin dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah kerana melakukan pengkhianatan terhadap Yang DiPertuan Agung pada perbicaraan Isnin bagi mengemukakan rayuan diringankan hukuman. Leftenan Jeneral (B) Zaini bin Mohamad Said dan ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas keberanian mereka dalam insiden tersebut.[5]
Ops Api Sawit 2
Pada 12 September 2002, Ahmad Mohd Arshad atau dikenali Mat Komando, 37, ketua kumpulan Geng 13 dan seorang penjenayah No.1 Malaysia yang dikehendaki polis dalam 52 insiden rompakan bersenjata berjumlah RM2.5 juta dipercayai bersembunyi di Felcra Kampung Hujung Ketun di pedalaman Kedah.
Berbekalkan risikan dan maklumat daripada penduduk kampung, 10 anggota 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) dibantu oleh Pasukan Gerakan Am dihantar untuk memberkas penjenayah terbabit yang bersembunyi di dalam sebuah pondok di kampung tersebut.
Menyedari kehadiran polis setelah diberi amaran "Polis! Jangan lari!!!", Mat Komando bertindak memulakan tembakan dan dalam insiden tembak-menembak tersebut pada subuh 12 September 2002, menandakan episod berakhirnya riwayat ketua kumpulan Geng 13 apabila beliau telah ditembak mati dibahagian kepala dan rusuk kirinya. Polis turut merampas sepucuk pistol Colt M1911 berserta 3 butir peluru dan revolver .22 dan 2 butir peluru serta wang tunai RM70 milik penjenayah. Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Norian Mai berkata, kematiannya itu telah membawa kepada kejayaan pihak polis berikutan tumpasnya 4 lagi rakannya setelah keempat-empat mereka terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan polis dengan 9 lagi berjaya diberkas. [6]
Ops Api Laras
Pada 27 Disember, 2002, Unit Tindak Khas Bukit Aman terlibat dalam operasi memburu Geng M16, kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki yang pernah melakukan rompakan ke atas Bank of Tokyo pada tahun 1985 dan 16 rompakan ke atas rangkaian kedai emas dan pajak gadai yang melibatkan kerugian sebanyak RM21.28 juta. Difahamkan, kumpulan tersebut dipercayai kesemuanya berbangsa Cina dan salah seorang daripada mereka adalah perancang utamanya, Elvis Keh Jiang Long atau Ah Po, seorang bekas tentera Singapura dan beliaulah yang bertanggungjawab melatih ahli kumpulan itu tentang penggunaan pelbagai jenis senjata api dan taktik bagi menjayakan rancangan untuk merompak. Ini boleh dibuktikan yang mana kumpulan tersebut melakukan setiap rompakan dengan taktik ala-tentera. Dalam kejadian tembak-menembak di satu kawasan selekoh berhampiran Taman Rekreasi Hutan Galla, Mantin, Negeri Sembilan, 2 penjenayah M16 iaitu ketua kumpulannya, Sunny Chai atau nama sebenarnya Sum Wing Chang dan orang kanannya Hew Yau berjaya ditembak mati, manakala seorang lagi ahlinya, Chang Kew Yin berjaya melepaskan diri. Berikutan insiden tersebut, seorang anggota polis cedera serta berjaya merampas sepucuk pistol Colt berserta 16 butir peluru, sepucuk revolver Smith & Wesson, selaras senapang patah, selaras M16 yang rosak serta dua butir peluru dan 3 topeng ski dalam kereta Proton Waja milik penjenayah. Pada 28 Disember jam 2 petang, Chang akhirnya tumpas setelah beliau ditembak mati oleh polis di Jalan Keris, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru dan merampas sepucuk pistol Norinco buatan China berserta tiga butir peluru. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner (B) Dato' Salleh Mat Som berkata, hingga kini polis masih lagi memburu beberapa lagi ahli serpihan kumpulan tersebut termasuk menghantar anggotanya ke Singapura dan Thailand untuk menumpaskan Ah Po serta meminta bantuan polis Australia untuk mengesan Hew Soon Loong @ Hong Kong Chai, yang dipercayai melarikan diri ke negara itu.[7]
Geng Steyr tumpas
Pada 18 Januari 2000, Unit Tindak Khas terlibat dalam operasi menumpaskan Geng Steyr yang di dalangi oleh seorang bekas komando bernama Mohd Hizan Jaafar bersama 5 lagi rakannya selepas merompak sebuah bank di Sri Serdang, Selangor. Dalam operasi ini, dua ahli kumpulan termasuk Mohd Hizan dan Abu Hasan ditembak mati di Kampung Melayu Majidee dan dua lagi berjaya ditembak mati di Plaza Tol Kempas, Johor Bahru serta merampas 4 laras raifal tempur Steyr AUG, sepucuk pistol Smith & Wesson .22, selaras senapang patah jenis Remington, 85 butir peluru hidup berkaliber 5.56 mm, tiga butir peluru hidup .22, beberapa kelongsong peluru dan wang berjumlah RM291,000. Polis turut melakukan operasi memburu dua lagi ahlinya yang masih bebas.[8]
Reformasi
Pada malam 20 September, 1998, setelah menerima arahan daripada Perdana Menteri kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, sepasukan Unit Tindak Khas PDRM yang lengkap bersenjata diketuai oleh Inspektor Mazlan bertindak menyerbu dan menangkap bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim di kediamannya setelah 18 hari beliau dipecat dari Kabinet dan memulakan reformasi anti-Mahathir bersama 100, 000 orang di Kuala Lumpur.[9]
Lain-Lain Operasi
- Pada tahun 1998, Unit Tindak Khas digandingkan bersama 69 Komando dan Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia dalam tugas khas di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 mulai dari 11 hingga 21 September 1998. Antara tugas khas bagi kedua-dua pasukan elit ini ialah keselamatan khas dan bersedia bagi operasi menyelamat tebusan dan mematikan bahan letupan (sekiranya berlaku ancaman dan kekacauan dari pihak yang tidak bertanggungjawab). Hasilnya, tugas keselamatan pada hari bersejarah tersebut berjaya dilaksanakan tanpa sebarang ancaman.
- 69 Komando telah dihantar menjalankan operasi menyelamat tebusan dari militan Abu Sayaff di Pulau Sipadan dan Ligitan, Sabah dan dibantu oleh PGA, Angkatan Tentera Malaysia serta pasukan keselamatan Filipina.
- PGK turut menjalankan penugasan kawalan rapat melindungi pemimpin-pemimpin negara Islam sedunia sempena mesyuarat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya pada 16 hingga 17 hb Oktober 2003.
- Unit 69 Komando PGK telah dihantar bertugas di Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Timur (sekarang Timor Leste) untuk membantu unit elit ATM yang bersama dalam misi ini terdiri daripada 10 PARA dan Grup Gerak Khas serta unit pengaman luar seperti Australia dan New Zealand dalam Operasi Astute. Berdasarkan laporan dari majalah Perajurit keluaran November 2006, raifal tempur Colt 16A1 telah dijadikan sebagai senjata utama bagi 69 Komando dalam penugasan khas ini memandangkan masalah bekalan logistik daripada PDRM yang tidak dapat dielakkan, senjata karbin Colt M4A1 tidak dapat dibekalkan kepada unit tersebut. Difahamkan penggunaan SMG HK MP5 tidak sesuai dalam penugasan ini, khasnya dihutan dan kawasan perkampungan memandangkan pemberontak dan gerila Timor Leste lebih cenderung melakukan serangan gerila dan mereka lebih banyak menggunakan senjata berkuasa tinggi seperti raifal Colt M16 dan mesingan berat M60E1.
- Pada 16 Disember 2004, atas permintaan Polis Republik Indonesia (POLRI) kepada PDRM, 69 Komando (PGK). telah ditugaskan ke Acheh dalam misi mencari dan menyelamat pasukan khas Brimob POLRI yang mana 700 pegawai dan anggotanya hilang semasa bencana tsunami yang melanda kepulauan Indonesia tersebut.
Filem/Drama
- Drama
- Pada tahun 1997, sebuah drama berepisod bertajuk Gerak Khas diterbitkan.
- Pada tahun 2005, sebuah drama dokumentari arahan Senator Dato' Jins Shamsuddin bertajuk VAT 69 -Warisan Darah Perwira yang disiarkan di ASTRO RIA, memaparkan dokumentari tentang taktik dan professional anggota VAT 69 Pasukan Gerakan Khas PDRM.
- Drama Kerambit arahan Zul Huzaimy, mengisahkan tentang tugas dan peranan masa kini Skuad Perisikan Khas VAT 69 dalam menegakkan undang-undang dan membanteras jenayah daripada akar umbinya lakonan Eman Manan. Bersiaran setiap hari Selasa - Khamis jam 9.00 malam.
- Teledrama
- Wira Padang Pasir mengisahkan tentang seorang anggota Sniper VAT 69 Pasukan Gerakan Khas lakonan Yank Kassim diserap untuk yang bertugas sebagai pengiring keselamatan PGK di kedutaan Malaysia di Mesir berhadapan dengan konflik apabila sekumpulan pengganas menculik anak perempuannya bagi menuntut pembebasan rakan-rakan mereka yang ditawan kerajaan Malaysia.
- Filem
- Pada tahun 1991, filem Bayangan Maut dibintangi Dato' Yusof Haslam dan Noorkumalasari ditayangkan di pawagam. Di dalam filem ini, memaparkan anggota beraksi dengan berpakaian awam dan menggunakan raifal M16.
- Anggota yang beraksi pada babak terakhir filem Maria Mariana (1996), terlibat dalam babak operasi menyelamatkan Mariana, adik kepada Pegawai Maria dan menumpaskan penjenayah.
- Dalam filem Gerak Khas The Movie 2 (2002) arahan Dato' Yusof Haslam, Unit Tindak Khas menjalankan operasi mengekang kegiatan sindiket dadah di Pulau Pinang dan militan dihutan.
- Babak terakhir filem Gerak Khas the Movie 3 (GK3) (2004), anggota Unit Tindak Khas berlakon dengan pakaian awam dengan senjata MP5A2, berserta dengan pelakon Gerak Khas dengan senjata pistol membanteras sindiket jenayah di Pulau Langkawi, Kedah.
- Dalam filem Entrapment (1999), lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones, anggota Pasukan Gerakan Khas memegang watak tambahan sebagai pasukan "SWAT" dalam adegan kejar-mengejar di kawasan Menara Berkembar Petronas. Helikopter dalam babak terakhir filem tersebut bukannya daripada Unit Udara PDRM sebaliknya daripada "TUDM".
Kontroversi
Pada Oktober 2006, seorang pegawai dan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM ditahan kerana disyaki bersubahat dengan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dimana beliau dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bom C4 pada Oktober 2006 di Shah Alam, Malaysia. Dua pegawai yang terlibat dalam pembunuhan ini adalah Chief Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar bin Umar, manakala seorang lagi anggota, Konstabel Wanita Fatimah binti Abdul Wahap yang bertugas di bahagian persenjataan UTK dibebaskan setelah mendapati tidak terlibat dalam pembunuhan ini. Razak, Azilah dan Sirul dibicarakan atas pembunuhan ini. Sehingga ke hari ini, perbicaraan ke atas ketiga-tiga yang disyaki ini masih belum selesai.
Rujukan
- ^ "Fugitive militant finds rustic retreat away from prying eyes". thestar.com.my. The Star (Malaysia). 11 Mei 2009. Dicapai pada 2009-05-11. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Cuma hubungi dua kenalan". thestar.com.my. Utusan Malaysia. 10 Mei 2009. Dicapai pada 2009-05-11. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Marine Police Detain Ship Believed Hijacked Three Years Ago". bernama.com.my. Bernama. August 23, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-31. Dicapai pada 2011-09-05. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Malaysia seizes `stolen' ship in nighttime raid". taipeitimes.com. Taipei Times. August 25, 2005. Dicapai pada 2011-09-05. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ 3 termasuk Amin dihukum mati -- 16 lagi anggota Al-Ma'unah dipenjara sepanjang hayat Utusan Malaysia 28 Disember 2000
- ^ Mat Komando ditembak mati Utusan Malaysia 12 September 2002
- ^ Dua disyaki anggota Geng M-16 ditembak mati Utusan Malaysia 27 Disember 2002
- ^ 4 ahli Geng Steyr ditembak mati Diarkibkan 2008-05-13 di Wayback Machine Utusan Malaysia 19 Januari 2000
- ^ Anwar Ibrahim ditangkap -- Selepas penyokongnya mencetuskan kekacauan di ibu kota Diarkibkan 2008-05-13 di Wayback Machine Utusan Malaysia 20 September 1998
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pasukan Gerakan Khas. |
- Laman web Polis DiRaja Malaysia Diarkibkan 2021-04-21 di Wayback Machine
- Program Latihan PGK Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine
- Sumber Operasi Khusus Pasukan Gerakan Khas Diarkibkan 2008-06-19 di Wayback Machine