Forces françaises de l'intérieur | |
---|---|
Aktif | 1944–1945 |
Negara | Perancis |
Kesetiaan | Tentera Darat Perancis |
Jenis | Paramiliter Irregular military |
Saiz | 400,000 selewat Oktober 1944 |
Pangkalan | Perancis - semasa rejim Vichy dan pembebasan Paris |
Kelengkapan | Perancis, Britain, Amerika Syarikat |
Pertempuran | Perang Dunis Kedua |
Komander | |
Komander terkenal | Marie-Pierre Kœnig |
Pasukan Dalaman Perancis (Perancis: Forces Françaises de l'Intérieur , disingkatkan kepada FFI) terbentuk berikutan pengurusan semula para pemberontak dalam negara tersebut oleh Charles de Gaulle pada tahun-tahun terakhir Perang Dunia Kedua sebaik pihak pemberontak dapat tahu kemaraan pihak Berikat untuk menumpaskan pengaruh rejim Vichy di serata Perancis. Pasukan ini bergerak secara infantri dan saling berganding tenaga dengan Tentera Perancis Bebas.
Ia terdiri antaranya daripada Tentera Rahsia (AS; termasuk Gaullis, Pembebas Selatan, Franc-Tireur), Organisasi Tentera Pertahanan (Organisation de résistance de l'armée , ORA; Giraudis), "penembak tepat dan partisan" (Francs-tireurs et partisans, FTP; pihak Komunis ) dan sebagainya.