Papparaidu Veraman | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti & Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme)[note 1] | |
Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Hee Loy Sian (Hal Ehwal Orang Asli) Portfolio ditubuhkan (Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Minoriti & Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme) |
Kawasan pilihan raya | Banting |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Banting | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Lau Weng San (PH–DAP) |
Majoriti | 22,102 (2023) |
Penolong Setiausaha Organisasi Parti Tindakan Demokratik Negeri Selangor | |
Menyandang jawatan 14 November 2021 | |
Setiausaha Agung | Lim Guan Eng (2021–2022) Anthony Loke Siew Fook (sejak 2022) |
Pengerusi Negeri | Gobind Singh Deo (2021–2024) Ng Sze Han (sejak 2024) |
Setiausaha Pengelola Negeri | Lau Weng San (2021–2024) Tiew Way Keng (sejak 2024) |
Didahului oleh | Lau Weng San |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Papparaidu a/l Veraman 31 Mac 1975 ![]() ![]() |
Kerakyatan | ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Pertalian | Ganabatirau Veraman (abang sulung) Buvaneswary Balasubramaniam (kakak ipar)
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Papparaidu a/l Veraman (lahir 31 Mac 1975) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Banting sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan PH. Beliau juga berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Pengelola Negeri DAP Selangor sejak November 2021. Beliau kini merupakan satu-satunya Ahli EXCO Selangor daripada kaum India Malaysia dan adik kepada Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Klang, Ganabatirau Veraman.
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (sejak 2023)
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, gabungan pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan kembali membentuk kerajaan. Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari daripada PH telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor. Papparaidu telah dilantik sebagai Ahli EXCO Selangor dan diberikan portfolio Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asal dan Minoriti serta Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS) oleh Menteri Besar Amirudin masing-masing pada 21 dan 23 Ogos 2023.[1][2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Papparaidu membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Banting. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) Banting untuk penggal pertama selepas menewaskan Saravanan Mutto Krishnan daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas Ang Wei Yang dengan majoriti sebanyak 22,102 undi.[3]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N52 Banting | Papparaidu Veraman (DAP) | 27,223 | 80.58% | Saravanan Mutto Krishnan (GERAKAN) | 5,121 | 15.16% | 33,783 | 22,102 | 75.12% | ||
Ang Wei Yang (BEBAS) | 1,439 | 4.26% |
Nota
- ^ Diandaikan portfolio pada 23 Ogos 2023.
Rujukan
- ^ "10 sworn in as Selangor state excos, including one from Umno". Malaysiakini. 21 Ogos 2023. Dicapai pada 15 September 2023.
- ^ "Selangor MB announces 10 exco portfolios, takes on five". New Straits Times. 23 Ogos 2023.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 15 September 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.