Pada Zaman Dahulu | |
---|---|
Genre | Animasi |
Pencipta | Mohd Haris Amran Vivienne Foo Rui Hua Fitri Anas Muhiddin |
Pengarah | Mohd Shafiq Mohd Isa |
Pelakon suara | Hj. Alias Nuraini Nazihah Alyssa Esfahan Amin Rusli Loke Keng Sun Hasan Albasri Mohd Kamil Muiz Rahimi Fitri Anas |
Penggubah lagu tema | Mohamed Azfaren Mohamed Aznam |
Lagu pembukaan | Pada Zaman Dahulu |
Lagu penutup | Pada Zaman Dahulu (instrument only) |
Penggubah | Mohamed Azfaren Mohamed Aznam |
Negara asal | Malaysia Amerika Syarikat Kanada |
Bahasa | Malaysia Inggeris |
Bilangan musim | 5 (2016) |
Bilangan episod | 108 (2015) (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Hj Burhanuddin Md Radzi |
Penyunting | Hjh Ainon Ariff |
Tempoh siaran | 24 minit sebahagian (3 bahagian seepisod) |
Syarikat penerbitan | Les' Copaque Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV AlHijrah (2011-2015) Astro Ceria Astro Prima |
Format gambar | HD 1080p |
Format audio | HD |
Julung kali ditayangkan di | Malaysia |
Siaran asal | 3 Disember 2011 | – kini
Rancangan berkaitan | Upin & Ipin Puteri |
Pautan luar | |
Tapak sesawang penerbitan Les' Copaque Production |
Pada Zaman Dahulu ialah Siri animasi CGI berbentuk kisah dongeng yang juga merupakan judul siri televisyen kedua keluaran Les' Copaque Production.[1] Siri ini mula disiarkan di kaca televisyen menerusi saluran TV AlHijrah
Am
Dua adik-beradik dari bandar, Aris dan Ara, dihantar ke kampung oleh ibu bapa mereka yang hendak pergi ke luar negara, untuk tinggal bersama Aki dan Wan (gelaran bagi datuk nenek mereka). Aki sebagai tukang cerita menghiburkan cucu-cucunya dengan mengisahkan cerita-cerita dongeng tentang Sang Kancil dan rakan-rakan rimbanya.[2]
Watak
- Aki (Hj. Alias): Datuk kepada Aris dan Ara yang bijaksana dan penyayang, dan tukang cerita dalam siri ini.
- Ara (Alyssa): Si adik yang segan-silu, comel dan ceria. Gemar mendengar cerita Aki dan suka boneka kancil. Ara yang sengaja kenakan abangnya, Aris. Ara menjelirkan lidah depan Aris. Aris pergi ke Singapura kerana tak mahu sayang adiknya apabila mengejeknya.
- Aris (Esfahan): Abang kepada Ara yang lebih gemar duduk dalam rumah dan bermain permainan elektronik, tetapi bertanggungjawab dalam menjaga adiknya. Aris merajuk dengan Ara dan Aki kerana mempermainkannya. Aris telah pindah Singapura.
- Wan (Nor Hayati Sudin): Isteri kepada Aki dan nenek kepada Ara dan Aris. Walaupun wajahnya agak jarang muncul, tetapi suaranya sering kedengaran di akhir episod dengan babak pemandangan luar rumah Aki pada waktu malam.
- Sang Kancil (NurHannah/Nuraini Nazihah): Watak utama kebanyakan cerita Aki. Cerdik, licik, dan tangkas, ia sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dari pemangsa dan menjadi hakim di hutan untuk menyelesaikan masalah di hutan. Telinga Kancil bergerak kerana sudah dapat idea yang bagus.
- Harimau (Amin Rusli, Shamer dan Megat): 'Raja Rimba' yang bengis, berhati durjana dan digeruni ramai. Mana-mana mangsa sahaja yang menjadi makanan kegemarannya.
- Kerbau (Hasan Albasri): Haiwan yang mengidam-idamkan gelaran Raja Rimba, tetapi kurang tajam pemikirannya dan takut terhadap pemburu.
- Ketua Buaya (Muiz Rahimi): Seekor lagi haiwan pemangsa yang digeruni ramai penghuni hutan, dan suka dipuji-puji berlebihan. Mengetuai sekawan buaya yang tinggal di sungai.
- Gajah (Fitri Anas): Walaupun berbadan besar, tetapi sungguh penakut. Peramah dan tidak suka akan pergaduhan.
- Tupai (Loke Keng Sun): Pakar seni bela diri yang sentiasa muncul dari entah mana untuk memuji atau menegur haiwan-haiwan lain, dia selau menyebutkan peribahasa atau pantun di cerita.
- Arnab (Gems): Kawan baik Sang Kancil yang comel tetapi cepat terangsang.
- Gergasi: Makhluk berupa manusia raksasa yang gemar mengganas dan memburu haiwan di hutan, cukup besar dan kuat hingga Sang Harimau pun tidak terdaya melawannya.
- Ular: Penghuni rimba yang kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, iaitu jahat apabila lapar.
- Monyet (Haris): Penghuni rimba yang suka memakan pisang dan buah lainnya
- Kura-kura: Kawan Sang Kancil yang lambat jalannya, namun dia penyabar dan suka menolong
- Sang Singa: Dia adalah 'Raja Rimba' pengganti Harimau, dia sangat kacak, cepat dan sangat kuat.
- Raja Semut: Pemimpin koloni semut yang tinggal di dekat sungai, dia sangat memperhatikan rakyat dan kewajibannya
- Belalang: Haiwan yang suka benyanyi, berhibur, dan menari untuk para haiwan dia selalu memainkan biola.
- Gagak: Burung yang dulu berwana putih sekarang berwana hitam kerana Bangau melempar pewarna gelap, hatinya sangat baik dan terus berusaha.
- Tikus: Haiwan yang kecil dan comel adalah kawan Sang Kancil. Ada dua gigi yang besar dan berkilat untuk menggigit yang berlapis.
Ringkasan Siri
Musim | Episod | Tarikh siaran di TV AlHijrah & Astro Ceria | DVD | ||
---|---|---|---|---|---|
Episod pertama | Episod terakhir | Vol. | |||
1 | 12 | 3 Disember 2011 | 24 Disember 2011 | 1 - 2 | |
2 | 24 | 28 Julai 2012 | 29 Disember 2012 | 3 - 6 | |
3 | 36 | 25 Mei 2013 | 5 Januari 2014 | 7 - 12 | |
4 | TBA | TBA | TBA |
Episod
Setiap kisah dipecahkan pada tiga bahagian. Tayangan pertama biasanya berupa ketiga-tiga bahagian disiarkan dalam satu slot setengah jam, manakala ulang tayang terdiri daripada satu bahagian disiarkan dalam slot 10 minit.
Musim pertama
No. di siri |
No. di musim |
Tajuk | Tayangan pertama | Masa | DVD | |
---|---|---|---|---|---|---|
1–3 | 1–3 | "Sang Kancil dan Kerbau" | 3 Disember 2011 | 7:30 pm | Vol. 1 | |
Aris dan Ara mula tinggal bersama Aki dan Wan di kampung. Setelah melihat gelagat Aris yang suka temberang pada Ara, cerita sulung Aki kepada mereka ialah tentang Sang Kerbau yang terpedaya oleh Buaya untuk mengangkat dahan pokok yang tersepit lehernya supaya Buaya boleh memakannya, hingga terpaksa meminta tolong dari Sang Kancil. | ||||||
4–6 | 4–6 | "Sang Kancil Mengira Buaya" | 10 Disember 2011 | 7:30 pm | Vol. 1 | |
Aris dan Ara mengikut Aki memancing. Dalam lama-lama menunggu ikan memakan umpan, adik-beradik itu ternampak sepohon pokok rambutan yang cukup berbuah. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang memperdaya kawanan buaya dengan menjemput mereka ke kenduri Raja Sulaiman, semata-mata untuk menyeberangi sungai kerana hendak memakan rambutan gugur di seberang. | ||||||
7–9 | 7–9 | "Sang Kancil dan Perigi Buta" | 17 Disember 2011 | 8:30 pm | Vol. 2 | |
Saat abangnya leka bertidur siang, Ara mengejar seekor kucing ke luar rumah hingga nyaris terjatuh ke dalam perigi buta, tetapi sempat diselamatkan oleh Aki. Oleh itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang dikejar oleh Harimau hingga terjatuh ke dalam lubang, lalu terpaksa meminta tolong dari haiwan-haiwan lain. Harimau mengambil kesempatan ke atas Sang Kancil yang malang, tetapi tanpa disangka-sangka Sang Gajah menyelamatkan Sang Kancil. | ||||||
10–12 | 10–12 | "Sang Kancil Dan Gergasi" | 24 Disember 2011 | 8:30 pm | Vol. 2 | |
Setelah enggan menemani Aki ke sawah, Aris mengusik haiwan-haiwan di sekitar rumah hingga dirinya digigit oleh kerengga. Untuk itu, Aki menceritakan kisah Sang Kancil yang cuba melawan seorang gergasi yang ganas dan suka memakan haiwan rimba dengan akalnya sendiri. Selepas habis cerita, kembalinya ibu bapa Aris dan Ara untuk mengambil mereka pulang dari kampung. |
Musim kedua
No. di siri |
No. di musim |
Tajuk | Tayangan pertama | Masa | DVD | |
---|---|---|---|---|---|---|
13–15 | 1–3 | "Sang Kancil dan Tali Pinggang Hikmat" | 18 Februari 2012 | 7.30 pentang | Vol. 3 | |
Aris dan Ara kembali ke kampung dan bersua semula dengan Aki. Dalam perjalanan pulang ke rumah Aki, mereka bertembung dengan seekor ular sawa. Dengan itu, Aki menceritakan tentang Sang Kancil yang diperdaya Ular, kebetulan pula meminta bantuan Harimau untuk melepaskan dirinya dari belitan Ular. | ||||||
16–18 | 4–6 | "Sang Kancil dan Pemburu" | 25 Februari 2012 | 7.30 pm | Vol. 3 | |
19–21 | 7–9 | "Sang Kancil Berlumba dengan Siput" | 3 Mac 2012 | 7.30 pentang | Vol. 4 | |
22–24 | 10–12 | "Sang Kancil dan Harimau" | 17 Mac 2012 | 6:00-7.30 pm | Vol. 4 | |
25–27 | 13–15 | "Sang Kancil dan Gong Raja Sulaiman" | 19 Mei 2012 | 5:30 pm | Vol. 5 | |
28–30 | 16–18 | "Sang Kancil Menjadi Hakim" | 2 Jun 2012 | 5:30 pm | Vol. 5 | |
31–33 | 19–21 | "Kura-Kura dan Monyet" | 1 September 2012 | 5:30 pm | Vol. 6 | |
34–36 | 22–24 | "Penghuni Hutan Menentang Gergasi" | 8 September 2012 | 5:30 pm | Vol. 6 | |
Aris, Ara dan Aki terserempak dengan kincir air yang rosak dan dibaiki beramai-ramai. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang mengetuai sahabat-sahabat rimbanya untuk menentang ancaman keluarga Gergasi. |
Musim ketiga
No. di siri |
No. di musim |
Tajuk | Tayangan pertama | Masa | DVD | |
---|---|---|---|---|---|---|
37–39 | 1–3 | "Sang Kancil & Singa " | 5 Oktober 2013 | 4:00 pm | Vol. 7 | |
40–42 | 4–6 | "Ayam & Helang " | 12 Oktober 2013 | 4:00 pm | Vol. 7 | |
43–45 | 7–9 | "Pekasam Mata Harimau" | 19 Oktober 2013 | 4:00 pm | Vol. 8 | |
46–48 | 10–12 | "Semut, Merpati & Gajah " | 26 Oktober 2013 | 4:00 pm | Vol. 8 | |
49–51 | 13–15 | "Musang dan Ayam" | 2 November 2013 | 4:00 pm | Vol. 9 | |
52–54 | 16–18 | "Belalang & Semut " | 1 Oktober 2014 | 2:30pm | Vol. 9 | |
55–57 | 19–21 | "Kisah Bangau" | 5 Oktober 2014 | 2:30 pm | Vol. 10 | |
58–60 | 22–24 | "Anjing & Bayang-bayang " | 6 Oktober 2014 | 2:30pm | Vol. 10 | |
61–63 | 25–27 | "Kambing & Buaya " | 7 Oktober 2014 | 2:30pm | Vol. 11 | |
64–66 | 28–30 | "Cawi & Harimau " | 8 Oktober 2014 | 2.30 pm | Vol. 11 | |
67–69 | 31–33 | "Kura-kura & Itik " | 9 Oktober 2014 | 2:30pm | Vol. 12 | |
Aris dan Ara sedang main kejar-kejar di ruang tamu rumah. Aki memberi nasihat agar jangan bermain di dalam rumah tetapi tidak diendahkan. Tiba-tiba Ara terlanggar pasu di atas meja hingga jatuh dan pecah. Aki sangat sedih kerana pasu itu ialah kesayangannya. Aris dan Ara rasa bersalah dan cuba membantu dengan menghulurkan gam. Bagi Aki, nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Aris dan Ara pula tidak faham dengan peribahasa Aki, lalu Aki menceritakan satu kisah tauladan, Kura-kura dan Itik. Kisahnya bermula dengan Itik yang menjemput semua kawan-kawan datang ke kenduri di rumahnya termasuklah Kura-kura. Kura-kura setuju untuk pergi tapi malangnya, oleh kerana dialah binatang yang paling perlahan berjalan, Kura-kura tiba di rumah Itik setelah kenduri berakhir. Kura-kura kecewa dan terus pulang ke rumah. Kancil simpati terhadap kura-kura dan pergi menemuinya. Kura-kura meluahkan perasaannya serta menyatakan jikalau dia boleh terbang, mesti dia tidak akan lambat. Kancil pun membawa Kura-kura berjumpa Itik dan memberi idea bagaimana Itik boleh membantu Kura-kura untuk terbang. Maka berjayalah Kura-kura untuk terbang seperti yang diimpikannya, tetapi, Kura-kura lalai pada pesan Kancil hingga mengakibatkan dia ditimpa kemalangan iaitu cengkerangnya retak. Tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan kerana nasi sudah menjadi bubur dan Kura-kura perlu terima hakikat tersebut. | ||||||
70–72 | 34–36 | "Singa & Tikus " | 12 Oktober 2014 | 2.30pm | Vol. 12 | |
Aki bercerita tentang Tikus yang comel. Tikus kacau Singa tidur. Singa tarik ekor Tikus. Singa makan Tikus kecil. Tapi, Tikus jerit dengan kuat. Tikus nampak monyok apabila Singa ketawakannya. Singa lepaskan Tikus untuk memberi pertolongan. |
Musim keempat
Musim kelima
No. keseluruhan | No. dalam musim | Tajuk | Diarahkan oleh | Ditulis oleh | Tarikh keluaran asal | Kod Prod. |
---|---|---|---|---|---|---|
TBA | TBA | "Katak Bawah Tempurung" | TBA | TBA | 11 September 2019 | TBA |
TBA | TBA | "Ayam dan Semut" | TBA | TBA | 12 September 2019 | TBA |
TBA | TBA | "Kenapa Bangau Kurus?" | TBA | TBA | 13 September 2019 | TBA |
Rujukan
- ^ Pengembaraan zaman dahulu.[pautan mati kekal]
- ^ "Pada Zaman Dahulu taruhan terbaru LCPSB". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-06. Dicapai pada 2014-01-12.