Rusa senggirik | |
---|---|
![]() | |
O. gazella di Taman Negara Etosha | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Bovidae |
Subkeluarga: | Hippotraginae |
Genus: | Oryx de Blainville, 1816 |
Spesies jenis | |
Antilope oryx Pallas, 1777
| |
Spesies | |
Oryx beisa Rüppell, 1835 |
Rusa senggirik ialah sejenis haiwan daratan yang terdiri daripada empat spesies antelop besar dalam genus Oryx.[1] Haiwan-haiwan ini bertanduk tegak atau condong ke belakang dengan permukaan bercincin.[2] Genusnya mempunyai empat spesies, hampir semua spesies ditemukan di Afrika kecuali spesies Oryx leucoryx yang ditemukan di Semenanjung Arab. Kesemua spesies cenderung tinggal di kawasan berhampiran gurun dan mampu hidup tanpa air untuk tempoh masa yang panjang.
Sejumlah kecil populasi beberapa spesies Oryx, seperti O. dammah dipelihara dalam kurungan di ladang pemuliharaan haiwan liar wujud di Texas dan New Mexico, Amerika Syarikat.
Etimologi
Nama rusa senggirik (Jawi: روسا سڠݢيريق) diberikan daripada bentuk badannya yang dilihat menyerupai rusa, serta tanduk-tanduknya yang panjang dan berpintal-pintal seperti mata alat gerudi[3] atau "senggirik".[4]
Ciri-ciri
Ketinggian badan spesies-spesies rusa senggirik dari kaki ke bahu adalah antara 9.2–10 meter,[5] sedikit lebih rendah daripada ukuran ketinggian beberapa spesies dalam keluarga rusa (Cervidae) di Amerika Utara iaitu antara 2.0–2.7 meter (6.6–8.9 ka).[6]
Tanduk rusa senggirik mempunyai teras yang berpintal.[7] Pangkalnya padat supaya haba boleh dialir keluar untuk menyejukkan kepala.[8]
Taksonomi
Nama genus Oryx dijejak daripada perkataan bahasa Yunani ὄρυξ óryx yang bermaksud "beliung" kerana tanduknya panjang dan tajam seperti mata beliung.[9]
Pengelasan
- Keluarga Bovidae
- Subkeluarga Hippotraginae
- Genus Oryx
- Rusa senggirik syamsir, O. dammah
- Rusa senggirik Afrika Selatan, O. gazella
- Rusa senggirik Afrika Timur, O. beisa (awalnya O. gazella)
- Rusa senggirik beisa biasa, O. b. beisa
- Rusa senggirik telinga jambul, O. b. callotis
- Rusa senggirik Arab, O. leucoryx
- Genus Oryx
- Subkeluarga Hippotraginae
Spesies
Oryx leucoryx merupakan spesies terkecil dalam genus ini. Ia pernah pupus di habitat liarnya pada tahun 1972. Ia diperkenalkan semula pada 1982 di Oman tetapi pemburuan haram mendatangkan kesan negatif. Spesies ini berjaya dipulihara dan berubah status kepada spesies terjejas pada tahun 2011.[10]
O. dammah dari Afrika Utara kini kemungkinannya pupus secara liar. Bagaimanapun, terdapat laporan yang tidak disahkan tentang populasi yang masih hidup di tengah Niger dan Chad, dan populasi yang kini hidup di taman simpan semula jadi berpagar di Tunisia kini ditingkatkan bagi dibebaskan secara liar di negara tersebut[1].
O. beisa yang terdapat di Afrika Timur, dan Oryx gazella yang berkait rapat terdapat di keseluruhan timur dan selatan Afrika. Kedua-duanya dianggap spesies terancam. Antara 1969 dan 1977, New Mexico Department of Game and Fish membebaskan 93 ekor gemsbok di Tapak Peluru Berpandu White Sands di New Mexico dan populasi itu kini dianggarkan sekitar 1,700 ekor [2]. Pengkelasan antara kedua haiwan ini berbeza antara pakar. Satu sistem meletakkan gemsbok sebagai spesies O. gazella, dan rusa senggirik Afrika Timur sebagai O. beisa dengan dua subspesies tersendiri, rusa senggirik Timur Afrika "sebenar" (Oryx beisa beisa) dan rusa senggirik telinga berjambul (O. beisa calliotis). Satu lagi sistem meletakkan spesies O. gazella, dengan tiga subspesies: O. gazella gazella, O. gazella beisa, dan O. gazella calliotis.

Ekologi
![]() |
Ia hidup berkelompok sehingga 600 ekor. Bayi yang baru lahir mampu berlari di kawasannya sejurus selepas dilahirkan. Kedua-dua jantina memiliki tanduk kekal. Tanduknya runcing, dan lurus kecuali pada rusa senggirik syamsir, di mana ia condong ke belakang seperti syamsir. Tanduknya mampu membunuh dan diketahui pernah membunuh singa—dan rusa senggirik kadangkala dikenali sebagai antelop sabre. Tanduknya menjadikannya tropi berharga, yang mendorong kepada hampir pupusnya dua spesies utara.
Dalam budaya
Rusa senggirik memiliki profil tanduk sekata, terutamanya jika dilihat pada pandangan sisi, kelihatan seperti memiliki tanduk tunggal, yang mendorong kepada jangkaan bahawa ia mungkin merupakan sumber mitos unikorn.
Mata rusa senggirik dianggap cantik oleh orang Arab di Tanah Arab dan biasanya digunakan bagi menggambarkan keindahan mata wanita.
Rujukan
- ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 718. ISBN 978-0-8018-8221-0.
- ^ Kingdon, Jonathan; Hoffmann, Michael, penyunting (2014). Mammals of Africa. VI: Hippopotamuses, Pigs, Deer, Giraffe and Bovids. London, UK: Bloomsbury Publishing. m/s. 544. ISBN 978-1-4081-8995-5.
- ^ Wilkinson 1932, jilid II, m/s. 356.
- ^ Wilkinson 1932, jilid II, m/s. 435.
- ^ Stuart, Chris; Stuart, Tilde (2016). Mammals of North Africa and the Middle East. London, England, UK: Bloomsbury Natural History. m/s. 12-14. ISBN 978-1-4729-3239-6.
- ^ Kurta, A. (1995). Mammals of the Great Lakes Region (ed. pertama). Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat: University of Michigan Press. m/s. 260–261. ISBN 978-0-472-06497-7.
- ^ Bubenik, George A.; Reeder, D.M., penyunting (1990). Horns, Pronghorns, and Antlers: Evolution, Morphology, Physiology, and Social Significance. New York, Amerika Syarikat: Springer-Verlag. m/s. 32. ISBN 978-1-4613-8968-2.
- ^ Picard, Karine; Thomas, Donald W.; Festa-Bianchet, Marco; Belleville, François; Laneville, André (1999). "Differences in the thermal conductance of tropical and temperate bovid horns". Écoscience. 6 (2): 154–155. doi:10.2307/42901121.
- ^ Palmer, T.S. (1904). "Index Generum Mammalium: a List of the Genera and Families of Mammals" (PDF). North American Fauna. 23: 485. doi:10.3996/nafa.23.0001.
- ^ IUCN SSC Antelope Specialist Group (2016). "Oryx dammah". Senarai Merah IUCN. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. m/s. e.T15568A50191470. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T15568A50191470.en. Dicapai pada 19 Februari 2025. Alasan spesies ini disenaraikan pupus di habitat liarnya ditemukan dalam pemasukan dalam pangkalan data.
Sumber-sumber
- Wilkinson, Richard James (1932). A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
Pautan luar
