Indo-Cuba atau Komuniti India-Cuba adalah warganegara Cuba berketurunan India. Komuniti mula bertapak di cuba sejak awal abad ke-0 apabila pekerja ladang India yang merupakan buruh kontrak dari Jamaica dan kawasan lain di Karibia datan ke cuba untuk bekerja di ladang tebu. Kebanyakan mereka menetap di wilayah Guantánamo dan telah sepenuhnya berasimilasi dengan budaya tempatan, walaupun ada yang masih mengekalkan nama-nama India mereka.[1]
Terdapat juga sebuah komuniti kecil warganegara India di Cuba, termasuk biarawati Kristian, pelajar perubatan, serta individu berketurunan India yang berkahwin dengan warganegara Cuba. Komuniti ini kebanyakannya menetap di Havana. Selain itu, terdapat juga beberapa ahli perniagaan berketurunan India di negara tersebut.
Rujukan
- ^ "Cuba-India relations" (PDF). Ministry of External Affairs. January 2016. Dicapai pada 28 January 2017.