Dharuma • Dwarkanath Kotnis | |
| Kawasan ramai penduduk | |
|---|---|
| Beijing · Hong Kong · Makau | |
| Bahasa | |
| Bahasa Inggeris Bahasa India Bahasa Kantonis Bahasa Mandarin | |
| Agama | |
| Hinduisme Buddha Islam Kristian |
Orang India di China adalah mereka yang berhijrah dari India ke Republik Rakyat China. Pada zaman moden, terdapat komuniti besar orang India yang telah lama menetap di Hong Kong, dengan keturunan yang telah berakar selama beberapa generasi, serta populasi yang semakin berkembang terdiri daripada pelajar, peniaga, dan pekerja di tanah besar China.[1] Majoriti orang India di China adalah orang India Timur, terutamanya dari Benggala Barat dan Bihar, serta sebahagian besar dari India Utara.
Budaya India memberikan pengaruh yang besar terhadap budaya dan sejarah China terutamanya melalui Agama Buddha.
Sejarah
Zaman Pertengahan
Daripada dokumen yang diperoleh dalam catatan sejarawan, tokoh seperti Zhang Qian, yang hidup pada tahun 113 SM, dan Sima Qian, yang hidup antara tahun 145 SM hingga 90 SM, telah dirujuk.Terdapat juga rujukan kepada "Shendu" dalam sumber sejarah. Catatan tersebut meramalkan bahawa "Shendu" ini mungkin merujuk kepada Lembah Indus, yang kini terletak di wilayah Sindh, Pakistan.
Perkataan "Sindhu" dan "Shendu" berasal daripada istilah Sanskrit "Sindhu." Pada abad pertama, ketika Dinasti Han menakluki wilayah Yunnan, laporan rasmi China menyatakan kewujudan komuniti "Shendu" India di kawasan tersebut. Selepas penyebaran agama Buddha dari India ke China sejak abad pertama, ramai sarjana dan sami India mengembara ke China. Antaranya ialah Batuo (aktif sekitar 464–495 Masihi), pengasas Vihara Shaolin, dan Dharuma, pengasas ajaran Chan (Zen) dalam Buddhisme.
Aurel Stein menemui lima surat yang ditulis dalam bahasa Sogdian, dikenali sebagai "Ancient Letters", di sebuah menara kawalan terbiar berhampiran Dunhuang pada tahun 1907. Salah satu surat dalam koleksi itu ditulis oleh seorang Sogdian bernama Nanai-vandak, yang ditujukan kepada orang Sogdian di kampung halamannya di Samarkand.
Dalam surat itu, Nanai-vandak memaklumkan tentang pemberontakan besar-besaran yang dilakukan oleh puak Xiongnu Hun terhadap pemerintah Dinasti Jin Barat yang berbangsa Han Cina. Dia melaporkan bahawa setiap seorang daripada diaspora Sogdian dan India di ibu kota Jin Barat, Luoyang, meninggal dunia akibat kebuluran semasa pemberontakan tersebut. Pemberontak Xiongnu, yang dahulunya merupakan rakyat kepada Dinasti Han, telah mengepung Luoyang. Maharaja Han Cina melarikan diri, dan istananya dibakar ketika kota itu jatuh ke tangan Xiongnu.[2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12]
Semasa Dinasti Yuan, terdapat sebuah komuniti besar masyarakat Tamil India di bandar Quanzhou dan daerah Jinjiang. Mereka membina lebih daripada selusin kuil atau tempat pemujaan Hindu, termasuk dua kuil besar di bandar Quanzhou.Pada tahun 1271, seorang pedagang Itali yang melawat kawasan itu mencatatkan bahawa orang India "mudah dikenali." Beliau menulis bahawa "lelaki dan wanita India yang kaya ini kebanyakannya hidup dengan sayur-sayuran, susu, dan nasi."[13]Akibat Pemberontakan Ispah, kebanyakan masyarakat Tamil India di Quanzhou dan Jinjiang telah dibunuh.
Zaman penjajah
Orang India (serta penduduk dari wilayah lain dalam empayar kolonial Portugis) merupakan sebahagian daripada kru kapal-kapal Portugis yang berdagang di pantai China sejak abad ke-16.Pada abad yang sama, orang India dari bekas tanah jajahan Portugis di India, terutamanya dari Goa, berhijrah dan menetap di Macau dalam jumlah yang kecil.
Sejarah kehadiran orang India di Hong Kong dapat ditelusuri sejak zaman penjajahan British. Ketika bendera Kesatuan (Union Flag) United Kingdom dikibarkan pada 26 Januari 1841, sekitar 2,700 tentera India turut serta dalam peristiwa tersebut.
Orang India memainkan peranan penting dalam pembangunan awal Hong Kong. Antara sumbangan mereka yang paling ketara ialah penubuhan 'Universiti Hong Kong' (HKU) dan Hong Kong and Shanghai Banking Corporation (HSBC). Selain itu, mereka turut membantu dalam mempromosikan serta meningkatkan imej perdagangan India di Hong Kong dan selatan China.
Tokoh Terkenal
Zaman Purba
- Amoghavajra – Salah seorang sami Buddha paling berpengaruh dalam sejarah politik China.
- Bodhidharma – Pengasas Viara Shaolin dan Buddhisme Zen (Chan) di China.
- Bodhiruci – Sami Buddha dan guru esoterik dari India.
- Batuo – Abbot pertama Biara Shaolin.
- Kumārajīva – Sami Buddha Kuchean yang terkenal sebagai penterjemah teks Buddha.
- Huili – Sami Buddha India dan pengasas Kuil Lingyin.
- Gautama Siddha – Penterjemah, ahli astronomi, ahli astrologi, dan penyusun teks di China.
Rujukan
- ^ a b "Major Figures on Residents from Hong Kong, Macao and Taiwan and Foreigners Covered by 2010 Population Census". National Bureau of Statistics of China. April 29, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada மே 14, 2011. Dicapai pada May 3, 2011. Check date values in:
|archive-date=(bantuan) Ralat petik: Tag<ref>tidak sah, nama "2010 Census" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "The Sogdian Ancient Letters 1, 2, 3, and 5". Silk Road Seattle – University of Washington. Diterjemahkan oleh Sims-Williams, Nicholas.
- ^ Norman, Jeremy. "Aurel Stein Discovers the Sogdian "Ancient Letters" 313 CE to 314 CE". History of Information.
- ^ Sogdian Ancient Letter No. 3. Reproduced from Susan Whitfield (ed.), The Silk Road: Trade, Travel, War and Faith (2004) p. 248.
- ^ "Ancient Letters". The Sogdians – Influencers on the Silk Roads. Freer Gallery of Art and Arthur M. Sackler Gallery, Smithsonian Institution.
- ^ Keramidas, Kimon. "Sogdian Ancient Letter III: Letter to Nanaidhat". NYU. Telling the Sogdian Story: A Freer/Sackler Digital Exhibition Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2023. Dicapai pada 19 April 2023.
- ^ "Sogdian letters". ringmar.net. History of International Relations.
- ^ Vaissière, Étienne de la (2005). "Chapter Two About the Ancient Letters". Sogdian Traders: A History. Handbook of Oriental Studies. Section 8 Uralic & Central Asian Studies. 10. Brill. m/s. 43–70. doi:10.1163/9789047406990_005. ISBN 978-90-47-40699-0.
- ^ Vaissière, Étienne de la (1 January 2005). Sogdian Traders. Brill. m/s. 43–70. Dicapai pada 19 May 2023 – melalui brill.com.
- ^ Livšic, Vladimir A. (2009). "Sogdian "Ancient Letters" (II, IV, V)". Dalam Orlov, Andrei; Lourie, Basil (penyunting). Symbola Caelestis: Le symbolisme liturgique et paraliturgique dans le monde chrétien. Piscataway: Gorgias Press. m/s. 344–352. ISBN 9781463222543.
- ^ Sims-Williams, N. (December 15, 1985). "Ancient Letters". Encyclopædia Iranica. II. Encyclopædia Iranica. m/s. 7–9.
- ^ Keramidas, Kimon. "Sogdian Ancient Letter II". NYU. Telling the Sogdian Story: A Freer/Sackler Digital Exhibition Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2023. Dicapai pada 19 April 2023.
- ^ Krishnan, Ananth (19 July 2013). "Behind China's Hindu temples, a forgotten history". The Hindu.








