Jumlah penduduk | |
---|---|
220,000[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
St André, St Denis, St Louis | |
Bahasa | |
Perancis, English, Réunion Creole, Tamil, Telugu | |
Agama | |
Majoriti Hinduism Minoriti Pentecostalism, Katolik, Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Tamil, Desi, Perancis |
Orang India Réunion atau Indo-Réunion ialah orang berketurunan India di Réunion yang merupakan warganegara Perancis. Mereka membentuk dua kumpulan etnik di pulau itu, iaitu Malbar (Tamil) dan Zarabe (Muslim).[2] Tidak diketahui dengan tepat berapa ramai orang dari setiap etnik yang tinggal di Réunion,,[3] kerana bancian Perancis tidak mengajukan soalan mengenai asal usul etnik, yang turut terpakai di Réunion kerana ia adalah sebahagian daripada Perancis mengikut perlembagaan 1958. Tahap percampuran kaum di pulau ini juga menyukarkan anggaran etnik. Menurut anggaran, orang India membentuk lebih daripada 25% daripada populasi.Orang India Réunion adalah komuniti kesembilan belas terbesar di dunia bagi Diaspora India.
Pada asalnya dibawa masuk sebagai buruh kontrak, seperti di Mauritius, kebanyakan mereka berasal dari Tamil Nadu.Terdapat juga pendatang kemudiannya, kebanyakannya peniaga dan usahawan Hindu.
Budaya
Bahasa
Walaupun kebanyakan masyarakat India di Réunion bertutur dalam bahasa Perancis dan Kreol Réunion, terdapat beberapa perkataan Tamil dan Hindi yang masih digunakan dalam perbualan harian dan upacara keagamaan.Orang Tamil di Réunion baru-baru ini telah menunjukkan keinginan untuk mempelajari budaya nenek moyang mereka dan mula mempelajari bahasa serta agama mereka, terutamanya dari Tamil Nadu dan Pondicherry.Bahasa Tamil ditawarkan sebagai bahasa pilihan di beberapa sekolah.
Masakan

Pengaruh masakan India sangat ketara di Réunion. Antara hidangan terkenal yang berasal dari India ialah:
- Cari – sejenis kari dengan pengaruh India yang menjadi makanan utama masyarakat Réunion.
- Rougail saucisse – hidangan sosej yang dipengaruhi oleh rempah-rempah India.
- Biryani – diperkenalkan oleh masyarakat Zarabe dan masih menjadi hidangan popular.
- Samoussa – sejenis ladu goreng dengan pelbagai jenis inti yang berasal dari Timur Tengah. Keju, ayam, ikan, dan kentang adalah pilihan yang popular, tetapi terdapat juga variasi seperti piza, atau samoussa manis dengan coklat dan pisang atau nanas.
- achard de legumes -Berasal daripada achaar India, ia sering dibuat dengan kubis, lobak merah, dan kacang hijau atau hati palma serta dibumbui dengan bawang putih, cili, jintan, kunyit, halia, dan cuka. Selain itu, terdapat juga rougail (campuran tomato cincang, bawang, cili, dan halia) atau variasi lain seperti tomato segar, terung, atau mangga hijau yang dibumbui dengan kuat
Rujukan
- ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-21. Dicapai pada 2008-01-29.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "NRI" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 August 2010. Dicapai pada 16 April 2010.
- ^ Oppenheimer, David B. (20 August 2008). "SSRN-Why France Needs to Collect Data on Racial Identity – In a French Way by David Oppenheimer". Hastings International and Comparative Law Review. 31 (2). SSRN 1236362 – melalui Papers.ssrn.com.