Operasi Zuhal Kecil | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Pertempuran Stalingrad di Perbatasan Timur | |||||||
![]() Kemaraan Soviet semasa Little Saturn. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Operasi Zuhal Kecil (Rusia: операция «Малый Сатурн», rumi: Operatsiya "Malyy Saturn") merupakan satu penyerangan oleh Tentera Merah di Perbatasan Timur semasa Perang Dunia Kedua, yang membawa kepada pertempuran di kawasan sungai Don dan Chir dalam wilayah Kesatuan Soviet yang diduduki Jerman, dari 16 hingga 30 Disember 1942.
Kejayaan Operasi Uranus, yang dilancarkan pada 19 November 1942, telah mengepung 250,000 anggota daripada Tentera Darat Ke-6 Jerman pimpinan Jeneral Friedrich Paulus, serta sebahagian daripada Tentera Darat Ke-4 Panzer pimpinan Jeneral Hermann Hoth di Stalingrad. Bagi mengeksploitasi kemenangan ini, staf am Soviet merancang satu serangan berskala besar dengan Rostov-on-Don sebagai matlamat utama, yang diberi kod nama "Zuhal". Namun, Joseph Stalin kemudiannya mengurangkan skop operasi ini kepada serangan yang lebih kecil dikenali sebagai "Zuhal Kecil". Penyerangan ini berjaya memecahkan pertahanan tentera Paksi dan memberikan tekanan hebat terhadap pasukan Jerman yang terlalu tersebar di Ukraine Timur. Sebuah lagi serangan balas Soviet di selatan Sungai Don turut berjaya menghalang kemaraan Jerman yang bertujuan membebaskan tentera yang terkepung di Stalingrad.
Dalam operasi susulan pada Januari dan Februari 1943, tentera Soviet akhirnya berjaya menawan Rostov, sebagaimana yang dirancang dalam operasi asal "Zuhal". Walaupun mencapai kemenangan-kemenangan tersebut, pihak Soviet pula bergerak terlalu jauh, yang membuka ruang kepada penyerangan balas Jerman dalam Pertempuran Kharkov Ketiga dan Pertempuran Kursk.
Lihat juga
Rujukan
Sumber
- Beevor, Antony (1998). Stalingrad: The Fateful Siege: 1942−1943. Harmondsworth, United Kingdom: Penguin Putnam Inc. ISBN 0-670-87095-1.
- Bell, Kelly (Fall 2006). "Struggle for Stalin's Skies". WWII History: Russian Front. Herndon, Virginia: Sovereign Media (Special Issue). 1539-5456.
- Clark, Alan (1965). Barbarossa: The Russian-German Conflict, 1941-1945. New York City, New York: William Morrow. ISBN 0-688-04268-6.
- Cooper, Matthew (1978). The German Army 1933-1945. Lanham, Maryland: Scarborough House. ISBN 0-8128-8519-8.
- Erickson, John (1983). The Road to Berlin: Stalin's War with Germany. Yale University Press. ISBN 0-300-07813-7.
- Erickson, John (1975). The Road to Stalingrad: Stalin's War With Germany. Yale University Press. ISBN 0-300-07812-9.
- Glantz, David M. (January 1996). "Soviet Military Strategy During the Second Period of War (November 1942–December 1943): A Reappraisal". The Journal of Military History. Society for Military History. 60 (1): 115–150. doi:10.2307/2944451. JSTOR 2944451.
- Glantz, David M.; Jonathan House (1995). When Titans Clashed: How the Red Army Stopped Hitler. Lawrence, Kansas: Kansas University Press. ISBN 0-7006-0717-X.
- Heiber, Helmut; David M. Glantz (2003). Hitler and his Generals: Military Conferences 1942 - 1945. New York City, New York: Enigma Books. ISBN 1-929631-09-X.
- McCarthy, Peter; Mike Syryon (2002). Panzerkieg: The Rise and Fall of Hitler's Tank Divisions. New York City, New York: Carroll & Graf. ISBN 0-7867-1009-8.
- McTaggart, Pat (Fall 2006). "Soviet Circle of Iron". WWII History: Russian Front. Herndon, Virginia: Sovereign Media (Special Issue). 1539-5456.
- Raus, Erhard (2002). Panzers on the Eastern Front: General Erhard Raus and his Panzer Divisions in Russia 1941–1945. Mechanicsburg, PA: Military Book Club. ISBN 0-7394-2644-3.
- Trigg, Jonathan (2017) [2013]. Death on the Don: The destruction of Germany’s Allies on the Eastern Front, 1941-44 (ed. 2). Stroud, Gloucestershire, UK. m/s. 184–196.
- von Manstein, Erich (1982). Lost Victories. St. Paul, MN: Zenith Press. ISBN 0-7603-2054-3.