| Operasi UFO | |
|---|---|
| Pengarah | Khairul Anuar Mat Nor |
| Penulis | Kent Tan |
| Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | MBC Pictures |
Tarikh tayangan | 5 Februari 2022 (Malaysia) |
Masa tayangan | 90 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
Operasi UFO ialah sebuah filem komedi cereka sains Malaysia 2022 arahan Khairul Anuar Mat Nor dengan idea dan skrip oleh Kent Tan. Dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Sathiya, Louisa Chong, Sharif Zero dan Jasmin Hamid, filem ini ditayangkan pada 5 Februari 2022 di Astro First.[1][2]
Sinopsis
Mengisahkan tentang sekumpulan kawan baik di rumah orang-orang tua yang percaya ada UFO misteri menjanjikan kehidupan kekal abadi.
Alien dari Planet 9 menjanjikan penduduk bumi kehidupan kekal abadi dengan membawa mereka ke planet baru. Selepas mendengar berita tersebut, Prof Din, Dato Rozita, Madam Angpau dan VJ merancang untuk melarikan diri ke Batu Pahat untuk mencari tapak pendaratan kapal angkasa UFO. Mereka melarikan diri dari Rumah Orang Tua selepas didera dan diseksa oleh penjaga mereka Cik Mawar. Apabila tiba di destinasi, mereka gagal menemui kapal UFO tersebut. Akhirnya Prof Din mendedahkan cerita sebenar.
Pelakon
Pelakon Utama
- Wan Hanafi Su sebagai Prof Din
- Fauziah Nawi sebagai Dato Rozita
- Sathiya sebagai VJ
- Louisa Chong sebagai Angpau
Pelakon pembantu
- Sharif Zero sebagai Mat Que
- Jasmin Hamid sebagai Miss Mawar
- Munir Zainal sebagai Ali
- Rudy Mulyady sebagai Abu
- Fahrin Ahmad sebagai Ikhwan
- Vicha Saywho sebagai
- Redza Rosli sebagai Alif
- Rozita Che Wan sebagai Doktor Juwita
- Hairi Safwan sebagai Iman
- Wan Shades sebagai YB
- Adeline Tsen sebagai Mak VJ
Pelakon kanak-kanak
- Laura Olivia sebagai Fifi
- Muhammad Danish Mohd Zamri sebagai Ikhwan kecil
Penerbitan
Operasi UFO ialah filem pertama terbitan MBC Pictures. Penggambaran dijalankan pada September 2020 selama 10 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Batu Pahat, Johor.[3] Proses CGI mengambil masa yang lama untuk disiapkan.[4]
Keluaran
Operasi UFO dikeluarkan pada 5 Februari 2022 di Astro First.[5]
Rujukan
- ^ Zaidi Mohamad (25 Februari 2022). "Gelagat kejar makhluk asing dalam Operasi UFO". Berita Harian. Dicapai pada 5 April 2022.
- ^ Deel Anjer (13 Februari 2022). "Filem Operasi UFO sarat komedi, tampil pelakon 5 bintang". Wilayahku. Dicapai pada 5 April 2022.
- ^ Mohd Haikal Isa (11 Februari 2022). "Filem Operasi UFO bajet terhad, kualiti habis baik". Kosmo!. Dicapai pada 5 April 2022.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (11 Februari 2022). "Makan masa guna CGI". Harian Metro. Dicapai pada 5 April 2022.
- ^ Aqmar Mustaza (12 Februari 2022). "Filem Operasi UFO sarat komedi, tampil pelakon hebat". Sinar Harian. Dicapai pada 5 April 2022.








