Operasi Solstice | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perbatasan Timur Perang Dunia Kedua | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Georgy Zhukov | |||||||
Kekuatan | |||||||
7 divisyen panzer dan panzergrenadier[1] | Barisan Pertama Belarus[1] |
Operasi Solstice (Jerman: Unternehmen Sonnenwende), juga dikenali sebagai Unternehmen Husarenritt atau pertempuran kereta kebal Stargard,[2] merupakan salah satu operasi penyerangan berperisai terakhir oleh Jerman di Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua.
Ia pada asalnya dirancang sebagai satu ofensif besar-besaran, tetapi dilaksanakan sebagai satu serangan terhad disebabkan oleh perancangan tergesa-gesa oleh pihak Jerman serta maklumat operasi yang sebahagiannya telah dibocorkan kepada perisikan tentera Soviet. Operasi ini bertujuan untuk menyelamatkan bandar Küstrin, dan Sonnenwende dilancarkan pada 15 Februari 1945 dari Stargard, Pomerania. Menjelang 18 Februari, Barisan Pertama Belarus Soviet yang diketuai oleh Georgy Zhukov telah menumpaskan serangan tersebut, memaksa Jerman membatalkan penyerangan berkenaan. Walaupun operasi ini gagal, ia telah memaksa Markas Tertinggi Soviet (Stavka) menangguhkan serangan yang dirancang ke atas Berlin dari Februari ke April, sebaliknya menumpukan pasukan ke arah Penyerangan Pomerania Timur, yang dilancarkan pada 24 Februari dan hanya tamat pada 4 April.
Nota kaki
- ^ a b Liedtke 2008, m/s. 584.
- ^ Beevor 2002, m/s. 91.
Rujukan
- Beevor, Antony (2002). Berlin: The Downfall 1945. Penguin Books. ISBN 0-670-88695-5.
- Duffy, Christopher (1991). Red Storm on the Reich: The Soviet March on Germany, 1945. Routledge. ISBN 0-415-22829-8.
- Erickson, John (1999). The Road to Berlin. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-07813-7.
- Jentz, Thomas (1996). Panzertruppen. 2. Altglen: Schiffer Publishing Ltd. ISBN 0-7643-0080-6.
- Krivosheev, Grigoriy (1997). Soviet casualties and combat losses. London: Greenhill Books. ISBN 1-85367-280-7.
- Lakowski, Richard (2008). Das Deutsche Reich und der Zweite Weltkrieg. 10/1. Stuttgart: Deutsche Verlags-Anstalt. ISBN 978-3-421-06237-6.
- Liedtke, Gregory (2008). "Furor Teutonicus: German Offensives and Counter- Attacks on the Eastern Front, August 1943 to March 1945". Journal of Slavic Military Studies. 21 (3): 563–587. doi:10.1080/13518040802313852. S2CID 144339802.
- Overmans, Rüdiger (2004). Deutsche militärische Verluste im Zweiten Weltkrieg. Munich: R. Oldenbourg Verlag. ISBN 3-486-20028-3.
- Schramm, Percy (1982). Kriegstagesbuch des Oberkommandos der Wehrmacht 1944-1945. II. Munich: Bernard and Graefe Verlag. ISBN 3-88199-073-9.
- Stoves, Rolf (1994). Die Gepanzerten und motorisierten deutschen Grossverbände 1935-1945. Wölfersheim: Podzun-Pallas Verlag. ISBN 3-7909-0279-9.
- Le Tissier, Tony (1996). Zhukov at the Oder: the decisive battle for Berlin. Greenwood Publishing Group. ISBN 0-275-95230-4.
- Ustinov, Dmitry (1982). Geschichte des zweiten Weltkrieges 1939-1945. 10. Berlin: Militärverlag der Deutschen Demokratischen Republik.