Pertempuran Kedua Smolensk | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||
![]() Peta operasi Smolensk | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() |
![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Günther von Kluge |
Andrei Yeremenko Vasily Sokolovsky | ||||||
Kekuatan | |||||||
850,000 orang 8,800 meriam 500 kereta kebal 700 pesawat[1] |
1,252,600 orang[2] 20,640 meriam 1,430 kereta kebal 1,100 pesawat[1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Data perubatan Jerman sahaja:[3] Jumlah: 70,593 terbunuh, hilang atau cedera
|
Sumber Soviet: 451,466 jumlah keseluruhan (~350,000 dalam tempur) (termasuk 107,645 terbunuh, hilang atau ditawan 343,821 cedera dan sakit[2]) |
Operasi kedua Smolensk (nama kod: "Suvorov";[5]; 7 Ogos – 2 Oktober 1943) merupakan satu operasi strategik ofensif oleh Tentera Merah Soviet sebagai sebahagian daripada Kempen Musim Panas–Musim Luruh 1943. Dilancarkan hampir serentak dengan Penyerangan Hilir Sungai Dnieper (13 Ogos – 22 September), ofensif ini berlangsung selama dua bulan dan diketuai oleh Jeneral Andrei Yeremenko, Panglima Barisan Kalinin dan Vasily Sokolovsky, Panglima Barisan Barat. Tujuannya adalah untuk menghapuskan kehadiran Jerman di wilayah Smolensk dan Bryansk. Smolensk telah diduduki oleh Jerman sejak Pertempuran Smolensk Pertama pada tahun 1941.
Walaupun pertahanan Jerman kuat, Tentera Merah berjaya melakukan beberapa penembusan dan membebaskan beberapa bandar utama termasuk Smolensk dan Roslavl. Hasil daripada operasi ini, perancangan pembebasan Belarus dapat dimulakan. Namun, kemaraan keseluruhan adalah perlahan dan dicapai dalam tiga fasa utama: 7–20 Ogos, 21 Ogos – 6 September, dan 7 September – 2 Oktober.[6]
Selain daripada kepentingan taktikal dan strategik, operasi ini juga memberi kesan besar kepada Pertempuran Dnieper. Dianggarkan sehingga 55 divisyen Jerman digunakan untuk menghadapi operasi Smolensk – divisyen yang sepatutnya diperlukan untuk mempertahankan Sungai Dnieper di selatan. Sepanjang operasi ini, Tentera Merah juga berjaya menyingkirkan Jerman dari kawasan tanah tinggi Smolensk – laluan tradisional bagi serangan barat ke atas Moscow.
Rujukan
Nota
- ^ a b A.A. Grechko dan lain-lain, History of Second World War, Moscow, 1973–1979, jilid 7, hlm. 241
- ^ a b Glantz (1995), hlm. 297
- ^ "1943". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2013. Dicapai pada 13 Mac 2014.
- ^ V.A. Zolotarev dan lain-lain, Great Patriotic War 1941–1945, Moskva, 1998, hlm. 473.
- ^ Istomin (1975), hlm. 20–21
- ^ Robert Forczyk, Smolensk 1943: The Red Army's Relentless Advance, Osprey Publishing, Oxford, UK, 2019, edisi Kindle.
Bibliografi
- Author? World war 1939–1945 (collection of essays), Moscow, Ed. Foreign Lit., 1957.
- Glantz, David M. & House, Jonathan (1995), When Titans Clashed: How the Red Army Stopped Hitler, Lawrence, Kansas: University Press of Kansas, ISBN 0-7006-0899-0
- Grechko, A.A. and al., History of Great Patriotic War, 1941–1945, Moscow, 1963.
- Grechko, A.A. and al., History of Second World War, Moscow, 1973–1979, tome 7.
- Istomin, V.P. (collective work, part written by V.P. Istomin) Operations of Soviet Armed Forces during the Great Patriotic War 1941–1945, tome 2, Voenizdat, Moscow, 1958.
- Istomin, V.P. Smolensk offensive operation, 1943, Moscow, Mil. Lib., 1975.
- Rokossovsky, K. Soldier's duty, Moscow, Politizdat, 1988.
- Shefov, Nikolai. Russian fights, Lib. Military History, Moscow, 2002.
- Tippelskirch, Kurt. History of Second World War, Moscow, 1957.
- Vasilevsky, A.M. The matter of my whole life, Moscow, Politizdat, 1973.
- Voenno-istoricheskiy zhurnal (Military history journal), 1969, No. 10, pp. 31,32
- Voronov, N.N. On military duty, Moscow, Lib. Milit. Ed., 1963.
- Yeremenko, A.I. Years of retribution, Moscow, Science, 1969.
- Zhukov, G.K. Memoirs, Moscow, Ed. APN, 1971, p. 485
- Zolotarev, V.A. and al., Great Patriotic War 1941–1945 (collection of essays), Moscow, 1998.