Olan | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai | Orang Lamo Anak Nogori |
| Asal | Kuala Pilah |
| Genre | Rock kapak, metal, hard rock, slow rock, balada |
| Tahun aktif | 1990 |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Olan merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif sekitar tahun 1990-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Diasaskan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1989, kumpulan ini mula menempa nama di persada muzik rock negara menerusi lagu "Cinta Bandar Tasik Selatan" (didendangkan semula sebagai versi cover oleh kumpulan Asahan di bawah judul '"Cinta Tasikmalaya" untuk pasaran Indonesia). Antara lagu-lagu hits mereka yang lain termasuklah "Kenangan Semalam", "Suratan Berbeza", "Hitam Manisan" dan "Hiasan".[1]
Olan merupakan salah satu daripada gergasi-gergasi rock dari Negeri Sembilan selain Allahyarham Achik Spin, Hattan, Zaiton Sameon, dan kugiran-kugiran seperti DIA, Fantasia, Kejora, Laksamana, Medicine, Spring dan Stings. Dengan hampir kesemua kugiran rock di negeri ini berasal dari Seremban, hanya mereka dan Fantasia sahaja yang berasal dari luar bandar raya tersebut.
Latar belakang
Sekitar penghujung tahun 1989, DJ Noor Amin @ Nurcahaya, seorang komposer dari Bunga Tanjung Production, menulis sebuah lagu, dimana lagu tersebut adalah untuk dirinya sendiri. Namun, menyedari bahawa irama dan gaya lagu itu lebih sesuai dibawa oleh sebuah kumpulan rock, beliau mula mencari barisan pemuzik yang mampu menjiwainya.
Pencariannya membawa beliau ke kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, di mana beliau bertemu dengan Dwan. Dwan kemudian disatukan dengan barisan pemuzik yang diketuai oleh gitaris utama Oslan, bersama Azul di posisi gitaris kedua, Nasir selaku pemain bes, dan Halim di posisi pemain dram dan diberi nama Olan, sempena nama panggilan Oslan sendiri, yang juga merangkap kependekan kepada "Orang Lamo Anak Nogori", mencerminkan asal usul mereka dari negeri yang terkenal dengan julukan "Negeri Beradat" tersebut (kecuali Azul yang berasal dari Ipoh, Perak). Dari situlah bermulanya kisah sebuah kugiran yang bakal meninggalkan jejak dalam sejarah muzik Malaysia.
Mereka semua kemudiannya bertolak ke Kuala Lumpur untuk merakamkan beberapa buah lagu untuk album pertama mereka. hanya 90% dirakam di Studio Fantasia sambil dibantu oleh Zali Kamari dan kumpulan Arjuna manakala beberapa lagu yang lain termasuk lagu Ciptaan Noor Amin dan hasil penulisan Faridah, yang kini dinamakan "Cinta Bandar Tasik Selatan" dirakam di King Studio untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik. Selepas rakaman selesai, mereka mencari syarikat rakaman yang beminat untuk mengeluarkan album pertama Hasilnya selepas hampir setahun pencarian, akhirnya mereka menjumpai syarikat rakaman New Southern Records (NSR) yang berminat untuk mengeluarkan album mereka.
Pada 12 Jun 1991, album sulung Olan berjudul Cinta Bandar Tasik Selatan, akhirnya diterbitkan oleh NSR. Siapa menjangka album ini meletup di pasaran, mencatatkan jualan sekitar 100,000 unit, Lagu utama, "Cinta Bandar Tasik Selatan", berjaya menembusi carta Muzik-Muzik Bulan Julai dan tercalon dalam Juara Lagu 1991 meskipun nasib tidak menyebelahinya mereka. Namun begitu, mereka diuji dengan tragedi yang melanda apabila pemain drum Halim disahkan menghidap penyakit buah pinggang yang menjejaskan persembahan bersama Olan.
Setahun kemudian, Olan tampil dengan album kedua berjudul Hiasan (1992). Berbeza dengan album pertama, kali ini ahli Olan sendiri banyak menyumbangkan karya ciptaan sendiri. Proses rakaman pula menggunakan pemuzik jemputan serta drum program, yang masih diterapkan dari album pertama.
Meskipun sambutan masih ada, namun tekanan dan pergeseran dalaman mula timbul. Pergelutan yang tidak berkesudahan akhirnya tiga anggota asal iaitu Halim, Nasir, dan Azul meninggalkan Olan, menjadikan Olan kini tinggal hanya Oslan dan Dwan sebagai tunjang utama.
Selepas beberapa tahun menyepi, Olan kembali dengan album ketiga yang juga menjadi penutup karier mereka. NSR menawarkan peluang terakhir untuk mereka menghasilkan album baru, kali ini dengan khidmat Kerry sebagai pemain drum dan Awang BPR sebagai penerbit. Beberapa lagu dalam album ini diambil daripada karya asal kumpulan Otto, sebuah band thrash metal dari Johor Bahru, yang kemudian diolah semula oleh Olan agar sesuai dengan gaya rock yang dibawa mereka. berbeza dibandingkan album sebelumnya, lagu didalam album ini hampir keseluruhan ciptaan Awang BPR sendiri.
Album tersebut dilancarkan pada Jun 1995, Namun kegemilangan rock kapak mula merudum akibat kemunculan genre baharu seperti pop dan rock alternatif. Jualannya tidak sekuat dua album terdahulu, namun lagu "Kenangan Semalam" ciptaan Dwan sempat menjadi siulan dan kekal sebagai salah satu lagu paling dikenali Olan hingga kini. Tidak lama selepas itu, kesemua ahli kumpulan Olan akhirnya bawa haluan masing-masing.
Barisan keanggotaan
- Dwan - vokalis
- Oslan - gitar utama
- Azul - gitar kedua
- Nasir - bes
- Halim - dram
Diskografi
Album-album studio
- Cinta Bandar Tasik Selatan (NSR, 1991)
- Hiasan (NSR, 1993)
- Hitam Manisan (NSR, 1995)
Album-album kompilasi
- Perjuangan Metal Rock (bersama kumpulan-kumpulan Dinamik, Aces, Victim, Gravity dan Justice, 1992)
- The Greatest Hits Fotograf & Olan (2002)
- Memori Hit Lagenda Rock (2008)
Runut
Cinta Bandar Tasik Selatan
- "Cinta Bandar Tasik Selatan"
- "Cinta Bandar Tasik Selatan" (Minus One)
- "Ku Pasrahkan Segalanya"
- "Optimistik"
- "Masihkah Ku Bermimpi"
- "Embun Menangis"
- "Krisis"
- "Layarkan Rindumu"
- "Berpaling Pada Yang Nyata"
- "Sementara Mentari Masih Bersinar"
Hiasan
- "Hiasan"
- "Naga Buana"
- "Semoga Selamanya"
- "Anak Muda"
- "Harapan"
- "Cinta Kita Seharum Syurgawi"
- "Al Kisah"
- "Penakluk Dunia"
- "Kesucian Seribu Impian"
- "Menanti Cinta Sebenar"
Hitam Manisan
- "Hitan Manisan"
- "Kau Satu Bintang"
- "Kenangan Semalam"
- "Mereka Manusia"
- "Lagu Kita"
- "Ria Elissa"
- "Kita Rock"
- "Penasaran"
- "Bukti"
- "Suratan Berbeza"
Rujukan
- ^ Mohamad Fazrul Abdul Majid (20 Januari 2024). "Gitaris Olan tak malu jadi pekerja pembersihan di Melaka". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 11 September 2024.









