Nurul Syazwani Noh | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Permatang | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Rozana Zainal Abidin (PH–PKR) |
Majoriti | 1,728 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Nurul Syazwani binti Noh 1988 (umur 36–37) ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (–2023) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (sejak 2023) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (–2023) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2023) |
Pasangan | Hisyam Hedzril Nor Hashim (k. 2014) |
Pertalian | Mohd Jusnaidi Omar (bapa saudara) Muhammad Nur Isyraff (adik sedara) |
Anak | 4 (termasuk Qal Qadri) |
Ibu bapa | Noh Omar (bapa) Aishah Salleh (ibu) Nooraisha Farizan (ibu tiri) Sulaiman Abdul Razak (bapa tiri) |
Tempat belajar | Brickfields Asia College (Sijil Amalan Guaman) Universiti Teknologi MARA (Ijazah Sarjana Muda Undang-undang) Universiti Victoria, Australia (Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan) Universiti MAHSA (Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pentadbiran Perniagaan) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Nurul Syazwani binti Noh (lahir 1988) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi Permatang sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN), dan merupakan bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Biro Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan PN negeri Selangor serta Ketua Wanita Muda Bahagian BERSATU Tanjong Karang, dan pernah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO. Nurul Syazwani juga merupakan anak tunggal dan satu-satunya anak perempuan kepada bekas Kabinet dan bekas Ahli Parlimen (MP) Tanjong Karang, Noh Omar, serta Profesor Institut Sains Biologi, Fakulti Sains Universiti Malaya, Aishah Salleh. Beliau merupakan satu-satunya ADUN wanita PN di Selangor serta calon wanita tunggal PN dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023.[1][2]
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Nurul Syazwani membuat penampilan sulung dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi negeri Permatang. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang buat penggal pertama selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Yahya Mat Sahri dengan majoriti tipis sebanyak 1,728 undi.[3][4]
Sebagai ADUN Permatang, Nurul Syazwani menumpukan usaha kepada kebajikan rakyat Permatang, meningkatkan mutu pendidikan serta menggalakkan pembangunan lebih ramai usahawan di kawasan itu. Beliau turut menjadikan usaha menjadikan Permatang sebagai kubu kuat PN dan memelihara nama baik bapanya sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang sebagai antara keutamaan utama. Beliau juga menyatakan hasrat untuk berkhidmat kepada rakyat Permatang sebaik atau lebih baik daripada perkhidmatan yang telah diberikan oleh bapanya semasa menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang. Selain itu, beliau menggambarkan kemenangan tersebut sebagai satu amanah berat untuk melindungi dan membantu rakyat.[5]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N09 Permatang | Nurul Syazwani Noh (BERSATU) | 12,850 | 53.60% | Mohd Yahya Mat Sahri (PKR) | 11,122 | 46.40% | 23,972 | 1,728 | 77.84% |
Rujukan
- ^ "Y.B. Puan Nurul Syazwani binti Noh". Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 19 Februari 2024.
- ^ "Anak Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani bukan calang-calang wanita. Berkarisma, tegas dan sukakan ilmu". SinarPlus. 26 November 2023. Dicapai pada 19 Februari 2024.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Februari 2024.
- ^ "Nurul Syazwani menang DUN Permatang". Berita Harian. 12 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Februari 2024.
- ^ "Nurul Syazwani fokus soal pendidikan, usahawan DUN Permatang". Sinar Harian. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Februari 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.