Noryn Aziz | |
|---|---|
| Nama lahir | Norazmahwati binti Abdul Aziz |
| Kelahiran | 23 November 1962 Taman Desawan Klang, Selangor, Malaysia |
| Genre | Jaz |
| Pekerjaan | Penyanyi, Penulis lagu, Guru vokal |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 1980–kini |
| Pautan berkaitan | |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Muzik |
| Pusat pendidikan | Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 2 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Jazz, R&B, Soul |
| Alat muzik | Vokal |
| Kegiatan berkaitan | Asia Bagus, Sister Sister, Edrie Hashim, Ajai, Gegar Vaganza |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Norazmahwati Abdul Aziz (lahir 23 November 1962) atau lebih dikenali sebagai Noryn Aziz adalah seorang penyanyi jazz wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya muziknya ketika menjadi salah seorang peserta pertandingan Asia Bagus pada tahun 1990, kemudian pada tahun 1992 dengan menganggotai kumpulan Sister Sister. Pada tahun yang berikutnya, Noryn memilih untuk bergerak secara solo dan menerbitkan album solo pertamanya, "Fantasi O Realiti".[1]
Latar belakang seni
Noryn merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Muzik daripada Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), dan pernah berada di bawah didikan Datuk Syafinaz Selamat semasa tempoh pengajian. Walaupun dilatih secara klasikal, beliau memilih untuk memperjuangkan muzik bergenre Pop dan Jaz. Namun begitu, beliau juga masih selesa membawakan lagu bergenre lain.[2]
Kerjaya seni
Noryn mula menceburi bidang nyanyian ketika usianya 16 tahun dan menjadi salah seorang peserta di pertandingan Asia Bagus pada tahun 1993. Kemudian beliau mencipta nama dalam industri hiburan pada tahun 1995 menerusi kumpulan Sister Sister. Setelah itu, beliau memilih untuk bergerak secara solo, dan menghasilkan sebuah album berjalur alternatif, "Fantasi O Realiti" pada tahun 1997.[3]
Pada tahun 2006, Noryn melancarkan album solonya yang kedua bertajuk "Alam Maya". "Alam Maya" menggabungkan irama jaz kontemporari, R&B dan Soul dalam nuansa pop dan mengandungi 11 buah lagu. Antara single yang popular daripada album ini adalah "Cerita Cinta".[3]
Pada tahun 2010, Noryn melancarkan sebuah mini album yang diberi tajuk, "I'm Alright". Album tersebut mengandungi enam buah lagu yang juga menggabungkan irama jaz, R&B dan Soul.[4]
Sejak tahun 2018, Noryn ada berkongsi informasi tentang jalinan kerjasamanya dengan Ajai[5] dan juga Syamel[6] dalam pembikinan albumnya yang terbaru. Namun, Noryn juga berkata bahawa beliau tidak akan terburu-buru dalam menghasilkan lagu-lagu baru untuk albumnya bagi memastikan kualiti setiap lagu menepati jiwanya dan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.[6]
Bakat
Profil vokal
Jenis suara: Dramatic Soprano
Kehidupan peribadi
Beliau telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Shaik Rizal Sulaiman pada Oktober tahun 2020.[7]
Ekoran daripada masalah rumahtangganya yang pernah menjadi tajuk utama di beberapa laman portal berita dahulu, karier seni Noryn sering dispekulasikan terhenti disebabkan masalah peribadinya. Namun beliau tidak pernah berkongsi masalah peribadinya dengan media, dan juga menolak spekulasi yang mengatakan beliau sudah tidak lagi aktif berkarya serta menyanyi. Walaupun beliau pernah berehat seketika daripada industri hiburan setelah melahirkan anaknya, Raja Bariq Umar Shah, Noryn masih lagi menerima undangan untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertutup sehingga kini.[5]
Diskografi
Album berkumpulan
| Tajuk | Butiran album |
|---|---|
| Sister Sister |
|
Album solo
| Tajuk | Butiran album |
|---|---|
| Fantasi O Realiti |
|
| Alam Maya |
|
Album EP
| Tajuk | Butiran album |
|---|---|
| I'm Alright |
|
Singles
| Tajuk | Tahun | Album | Ruj. |
|---|---|---|---|
| "Cinta Mahkota Jiwa" | 1995 | Sister Sister | |
| "Fantasi O Realiti" | 1997 | Fantasi O Realiti | |
| "Andai" | |||
| "Cerita Cinta" | 2006 | Alam Maya | |
| "Sinar Lebaran" | 2009 | Sinar Lebaran | |
| "I Will Survive" | Talentime (Original Soundtrack) | ||
| ""Petite' Cherie (Malam Bulan Di Pagar Bintang)" | 2010 | I'm Alright | |
| "Kesungguhan Cinta" | |||
| "Tinta Putih" | 2013 | Non-album single | |
| "Percayakan Hati Kita"
(Hazama Azmi featuring Noryn Aziz) |
2018 | Kalla (Original Soundtrack) | |
| "Pulang Merantau"
(W.A.R.I.S featuring Noryn Aziz) |
2019 | Non-album single | |
| "Kau" | 2023 | ||
| "Kertas" | 2024 | Khun:Sa (Original Soundtrack) | |
| "Bintang" (4Forty featuring Noryn Aziz) | 2025 | Non-album single | |
| "Kaki Kiriku" |
Videografi
| Tajuk | Tahun | Album | Ruj. |
|---|---|---|---|
| "Fantasi O Realiti" | 1997 | Fantasi O Realiti | |
| "Cerita Cinta" | 2006 | Alam Maya | |
| "Sinar Lebaran" | 2009 | Sinar Lebaran | |
| "Tinta Putih" | 2013 | Non-album single | |
| "Percayakan Hati Kita"
(Hazama Azmi featuring Noryn Aziz) |
2018 | Kalla (Original Soundtrack) | |
| "Pulang Merantau"
(W.A.R.I.S featuring Noryn Aziz) |
2019 | Non-album single | |
| "Bintang" (4Forty featuring Noryn Aziz) | 2025 | ||
| "Kaki Kiriku" |
Persembahan
Showcase
| Tajuk | Tarikh | Lokasi | Album bersekutu | Ruj. |
|---|---|---|---|---|
| Sunday Nite Live with Noryn | Jun 1 & 8, 2008 | Planet Hollywood, Kuala Lumpur | Alam Maya | |
| Noryn Aziz - I'm Alright | Jun 26, 2010 | Alexis, Ampang | I'm Alright | |
| Noryn Aziz - Rise Up | Disember 4, 2017 | BoboKL, Kuala Lumpur | — | |
| Noryn Aziz | November 19–20, 2021 | — |
Konsert utama
| Tajuk | Tarikh | Lokasi | Ruj. |
|---|---|---|---|
| Konsert Soul Sisters 2019 | April 5-6, 2019 | Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur | |
| Duo Diva Live in Malaysia | Oktober 29, 2022 | Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) | |
| This is Noryn Aziz | September 19, 2025 | DBKL Auditorium, Kuala Lumpur |
Rancangan televisyen & persembahan istimewa
| Tajuk | Tarikh | Lokasi | Siaran | Catatan | Ruj. |
|---|---|---|---|---|---|
| 3 Diva | Mac 25, 2007 | Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur | — | Artis jemputan / "Bawa Daku Pergi" duet bersama Ruth Sahanaya | |
| Nite of Soulful Stars | Mei 31, 2007 | Studio 1, NTV7, Shah Alam | NTV7 | — | |
| Konsert Inspirasi TV3 | Jun 20, 2009 | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur | TV3 | "Layar Impian", "Say My Name", "Fighter" bersama Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Adibah Noor | |
| Malam Nada Biru | Julai 30-31, 2009 | Lambang Sari, Istana Budaya | Astro Box Office | Bersama Atilia Haron | |
| Konsert Diraja 'Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada' | Februari 23, 2019 | Istana Budaya, Kuala Lumpur | TV2 | — | |
| Kuching Jazz Festival | Oktober 28, 2022 | Grand Margherita Holiday Inn, Kuching, Sarawak | — | — | |
| Liza Aziz & Friends | Julai 12, 2025 | Studio M1, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur | TV2 | — | |
| Big Band Project 2025 | Ogos 30, 2025 | — |
Persembahan anugerah
| Acara | Tarikh | Lagu | Lokasi | Siaran |
|---|---|---|---|---|
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-19 | Februari 26, 2006 | "Diamonds Are Forever" bersama Ning Baizura, Nikki Palikat, dan Dayang Nurfaizah | Arena of Stars, Genting Highlands | TV3 |
| Anugerah Planet Muzik 2007 | Jun 8, 2007 | "Lara" | Stadium Tertutup Singapura | Astro Ria |
| Anugerah Skrin 2007 | Disember 14, 2007 | "One Night Only" bersama Dayang Nurfaizah & Adibah Noor | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur | TV3 |
| Anugerah Skrin 2008 | November 7, 2008 | "Diamonds Are a Girl's Best Friend" bersama Nikki Palikat |
Gegar Vaganza
Musim 5
Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 5)
Noryn terpilih menyertai Gegar Vaganza (2018) anjuran Astro dan dinobatkan sebagai juara untuk musim kelima.
All Stars Gegar Vaganza / Musim 10
Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 10)
Noryn terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Noryn membawakan lagu "Ikut Rentakku" nyanyian asal Jaclyn Victor.
Anugerah & pencapaian
| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
|---|---|---|---|---|---|
| 2007 | Anugerah Planet Muzik | Artis Wanita Baru Terbaik | Alam Maya (album) | Menang | [8] |
| 2008 | World Championships of Performing Arts (WCOPA) | Penyanyi Pop Terbaik | "Cerita Cinta" | Menang | [9] |
| World Championships of Performing Arts (WCOPA) | Pingat Emas - Kategori Pop | Noryn Aziz | Menang | [9] | |
| World Championships of Performing Arts (WCOPA) | Pingat Emas - Kategori R&B Jazz | Noryn Aziz | Menang | [9] | |
| World Championships of Performing Arts (WCOPA) | Pingat Emas - Komposisi asli | Noryn Aziz | Menang | [9] | |
| World Championships of Performing Arts (WCOPA) | Pingat Perak - Broadway | Noryn Aziz | Menang | [9] |
Rujukan
- ^ Abdul Karim, Mohammad Al Faizal (27 Oktober 2018). "Noryn Aziz intai peluang". UtusanOnline. Dicapai pada 28 July 2023.
- ^ Saizali, Nur Emira (12 Jun 2023). "Noryn Aziz tak percaya 'mitos' gimik". Kosmo!. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ a b Saizali, Nur Emira (4 Disember 2006). "Intuisi Noryn Aziz". Kosmo!. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ Kita, Muzik (8 June 2010). "Noryn Aziz - I`m Alright". Blogspot. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ a b Shamsudin, Rudy Imran (28 Mac 2018). "'Waktu terbaik untuk aktif'". HMetro. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ a b Mahmud, Farihad Shalla (29 November 2019). "Noryn tunggu lagu Syamel". BHarian. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ Mayudin, Nur Asyikin (14 Oktober 2020). "Noryn Aziz sempat kahwin sebelum PKPB, buat persiapan kurang 24 jam - "Keperibadiannya memikat saya"". MStar. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ Ibrahim, Khadijah (11 Jun 2007). "APM 2007 Didominasi Artis Malaysia". WordPress. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
- ^ a b c d e Nara, Abang (1 Ogos 2009). "Zahida Rafik Dan Noryn Aziz Dapat Anugerah AMN, Apa Kejadahnya?". BeautifulNara. Dicapai pada 1 Ogos 2023.









