Noraini Ibnu | |
|---|---|
| Kelahiran | 21 Februari 1960 |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Herman Tino |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Noraini Ibnu (lahir 21 Februari 1960) adalah penyampai radio RTM di Malaysia. Beliau adalah Ketua Unit Penerbitan Radio di Radio Televisyen Malaysia (RTM) (1980-kini ). Pada 2004, beliau memenangi Anugerah Seri Angkasa 2004, kategori Penyampai Berita Radio Terbaik dan membawa hadiah RM5,000 .[1]
Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Jalan Ipoh Kuala Lumpur dan Sekolah Tun Fatimah (1977), Johor Baharu, Johor. Semasa di STF, Noraini Ibnu menjadi ahli pancaragam sekolah. Noraini berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan isteri kepada penyanyi veteran Herman Tino.
Rujukan
- ^ "Agihan wang kurang adil Anugerah Seri Angkasa 2004". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada 2012-01-01.









