Nice Stupid Playground | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Nicestupidplayground, Nice Stupid, NSP |
Berasal dari | Kuching, Sarawak, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 1992–2008, 2019 |
Syarikat rakaman | Positive Tone (1994–2004) |
Laman sesawang | www |
Bekas ahli | Charles Rossem John Boniface Abdul Aziz Sahal Nellfee Alwi Danny Jopie Bendy Ismardy Adrian Ed Ricky Ong |
Nice Stupid Playground (digayakan sebagai nicestupidplayground atau diringkaskan sebagai NSP) merupakan sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia dari Kuching, Sarawak.[1][2] Kumpulan ini telah mengeluarkan banyak lagu untuk kompilasi popular di bawah beberapa label, termasuk Positive Tone, tetapi juga berjaya mengeluarkan sendiri album penuh pada tahun 2006, serta satu di bawah Positive Tone pada tahun 2000. Mereka mencapai kejayaan meluas menerusi lagu "Bedroom Window", yang dimuatkan dalam album kompilasi Boys & Girls 1+1=3 yang telah menerima pelbagai anugerah, serta penyertaan dalam runut bunyi untuk filem Chinese Box.[3]
Sejarah
Ditubuhkan pada tahun 1992 di Kuching, Sarawak, ahli asal Nice Stupid Playground terdiri daripada Charles Rossem, Keith, Julian, Ambrose Peter dan Austin Wen. Ahli-ahli asal ini sempat merakam demo pertama mereka, Of Course We Didn't sebelum tiga daripada mereka mengundurkan diri. Keith, Ambrose dan Austin mengundur diri dari kumpulan itu untuk melanjutkan pelajaran mereka. Pada 1993, Nice Stupid Playground telah mengambil Ricky untuk menyertai kumpulan mereka. Pada tahun yang sama juga, mereka terlibat dalam satu kompilasi yang diberi nama Just Eat This (kompilasi indie Kuching sebelum Miaow City Attack!) dimana ia menandakan pengembangan arena muzik indie di Kuching pada ketika itu, dalam kompilasi itu terdapat nama-nama band underground seperti Insane, Groover's Lum, Rocket Flower, Cornflakes dan Mr. Wilson's Garden. Demo kedua mula menyusul dengan tajuk My Life Is My Parent's Biggest TV. Pada 1994, Nice Stupid Playground telah mengambil John sebagai pemain bes, membolehkan Ricky bermain gitar kedua untuk kumpulan tersebut.
Pada 1996, Abdul Aziz Sahal telah mengambil alih tugas Julian sebagai pemain dram dan merakamkan satu lagi demo berjudul ThirtyZeroEight dan pada tahun yang sama, John memberikan demo itu kepada Paul Moss dan akhirnya mereka bernaung dibawah naungan Positive Tone.
Dalam waktu itu, Nice Stupid Playground mengeluarkan album komplilasi bersama artis indie lain dari Semenanjung Malaysia (termasuk Nita Hamzah, OAG dan Juliet The Orange) bertajuk Boys & Girls 1+1=3 (1996). Menerusi kompilasi ini, mereka menyanyikan lagu bertajuk "Bedroom Window", yang dipilih sebagai runut bunyi filem Chinese Box (1997).[4][5][6] Album sulung mereka, My Life Is My Parents Biggest Television dikeluarkan pada 18 Februari 2000 dengan "Stereo Girl" dikeluarkan sebagai single utama.[7][8][9] Pada 2002, Ricky mengundur diri bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya beliau dan akhirnya menubuhkan satu lagi indie band bernama The Drives di Kuching. Nice Stupid Playground telah mengambil Ben untuk bermain dram dimana posisi Ricky telah diambil alih oleh Aziz, mereka kemudian meninggalkan Positive Tone pada 2003 untuk bergerak sendiri.[10]
Seterusnya pada tahun 2005, Nice Stupid Playground membuat penambahan dalam ahli kumpulan mereka dengan memasukkan Winelfie di posisi gitar dan setahun kemudian, mereka muncul dengan album studio kedua, A Beautiful Life (2006) yang diterbitkan sendiri tanpa mana-mana syarikat rakaman. Ahli kumpulan ini kemudian membawa haluan masing-masing seperti menyara keluarga dan sebagainya namun Aziz dan Bendy telah menyertai satu band indie yang diberi nama Relay yang juga dianggotai oleh Alim dan Ayeen yang sebelum ini pernah menyertai The Times pada tahun 2003 hingga 2010. Pada tahun 2019, mereka membuat pertemuan semula dan mengadakan konsert di Location X di Kuching, Sarawak.
Ahli kumpulan
- Charles Rossem - vokal
- John Boniface - bes
- Abdul Aziz Sahal - gitar
- Danny Jopie - dram
- Winelfie Alwi - gitar
- Adrian Ed - gitar
Diskografi
Demo
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Of Course We Didn't |
|
My Life is My Parents Biggest TV |
|
Girlfriday |
|
ThirtyZeroEight |
|
Album kompilasi
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Just Eat This |
|
Boys & Girls 1+1=3 |
|
Radio Friendly Song |
|
Album studio
Tajuk | Butiran album |
---|---|
My Life Is My Parents Biggest Television |
|
A Beautiful Life |
|
Lagu dan single
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Bedroom Window" | 1996 |
"Stereo Girl" | 2000 |
"Girl Friday" | |
"Beautiful Life" | 2006 |
Rujukan
- ^ "Sekadar isi masa lapang". Berita Minggu. 19 Mac 2000. Dicapai pada 13 Disember 2020.
- ^ Beverley Lim (14 Mac 2000). "Simple boys from Sarawak" [Budak-budak biasa-biasa saja dari Sarawak] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Disember 2020.
- ^ "OAG, Nice Stupid memang hebat". Harian Metro. 20 Ogos 1997. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ Hafidah Samat (12 September 1997). "Foreign movie to feature songs by Malaysian bands" [Filem luar negara bakal tampilkan lagu oleh kumpulan muzik Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ Marina Abdul Ghani (11 Februari 2000). "A new album after two-year lapse" [Album baru selepas dua tahun tertangguh] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ "Lagu tempatan ke Hollywood". Berita Minggu. 14 September 1997. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ Beverley Lim (23 Februari 2000). "A mix of happy with melancholy" [Adunan gembira dengan sayu] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ "Nice Stupid Playground muncul dengan album baru". Berita Harian. 3 Mac 2000. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ Gerald Chuah (6 Mac 2000). "New album for Sarawak band" [Album baru untuk kugiran Sarawak] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ Shannon Teoh (24 Januari 2004). "The boys from Kuching are back" [Budak-budak dari Kuching kembali] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Disember 2020.
Bacaan lanjut
- "Nicestupidplayground, 20 years and counting" [Nicestupidplayground: 20 tahun dan seterusnya] (Temu bual) (dalam bahasa Inggeris). The Wknd. 11 November 2013.