Kerjaya kelab
Pada tahun 2018, Son menyertai kelab berpangkalan di Wilayah Miyagi yang beraksi dalam Liga J., Vegalta Sendai secara pinjaman daripada kelab Brazil Vitória.
Sebelum menyertai kelab di Liga Vietnam, Son menyrtai kelab Divisyen 2 Denmark Næstved, di sana ia merekodkan 24 kaps dan 5 gol. Pada 2020, dia memutuskan untuk menyertai salah satu kelab Vietnam Nam Dinh FC. Pada musim 2023–24, Son berjaya memenangi V.League 1 dan anugerah penjaring gol liga terbanyak.
Kerjaya antarabangsa
Pada November 2024, FIFA mengizinkan Nguyễn Xuân Son untuk mewakili pasukan kebangsaan Vietnam selepas lima tahun bermastautin di negara itu. Dia dipilih untuk skuad semasa Vietnam dalam Piala AFF 2024.[1][2] Son membuat penampilan pertamamya untuk Vietnam pada 21 Disember 2024, semasa itu ia menjaringkan 2 gol dan 2 sokongan ke atas Myanmar, membuat longlai negara itu dengan mata 5–0.[3] Pada leg pertama separuh akhir di Stadium Jalan Besar, dia menjaringkan gol kedua dan membawa kemenangan 2–0. Pada leg kedua di Stadium Việt Trì, Son menjaringkan dua gol dan membawa Vietnam menang dengan mata total 5–1.[4][5]
Pada minit ke-32 leg kedua pentas akhir, Son dibawa keluar padang kerana patah tulang kaki, meski tidak merayakan kemenangan bersama skuad semasanya, dia tetap diberikan anugerah pemain terbaik sepanjang kejohanan.[6]
Pencapaian
Kelab
Esporte Clube Vitória
Topenland Bình Định
- Naib juara Piala Kebangsaan Vietnam: 2022
Thép Xanh Nam Định
- V.League 1: 2023–24
- Piala Super Vietnam: 2024
Antarabangsa
Vietnam
Individual
- Penjaring gol terbanyak V.League 1: 2023, 2023–24
- Skuad V.League 1 Terbaik: 2023, 2023–24
- Pemain V.League 1 Tahunan Terbaik: 2023–24
- Pemain Piala AFF Terbaik: 2024
- Penjaring Gol Terbanyak Piala AFF: 2024
Kehidupan peribadi
Son berkahwin dengan Marcele Seippel pada Januari 2018 dan memiliki dua orang anak.[7] Pada 20 September 2024, Son mendapat kewarganegaraan Vietnam dan bertukar nama dari Rafaelson Bezerra Fernandes kepada Nguyễn Xuân Son.[8]
Rujukan
- ^ "HLV Kim Sang Sik bổ sung Xuân Son, Văn Vĩ cùng Văn Toàn cho đội tuyển Việt Nam" (dalam bahasa Vietnam). Thể Thao & Văn Hóa. 3 Disember 2024.
- ^ "HLV Kim Sang Sik công bố danh sách 26 cầu thủ tham dự ASEAN Cup 2024" (dalam bahasa Vietnam). Vietnam Football Federation. 5 Disember 2024.
- ^ "TRỰC TIẾP Việt Nam 5-0 Myanmar: Xuân Son kiến tạo, Tiến Linh ghi bàn" (dalam bahasa Vietnam). VTV. 21 Disember 2024.
- ^ "VFF - ASEAN MITSUBISHI ELECTRIC CUP™ 2024 - REPORT: VIETNAM 3-1 SINGAPORE". Vietnam Football Federation. 30 Disember 2024.
- ^ "Lions exit ASEAN Championship with heads held high after battling 3-1 defeat to Vietnam - Football Association of Singapore". www.fas.org.sg. 30 Disember 2024.
- ^ "Vì sao Xuân Son của ĐT Việt Nam bị đau, chấn thương như vậy phải nghỉ bao lâu?" (dalam bahasa Vietnam). Hoa Học Trò. 5 Januari 2025.
- ^ "仙台FWラファエルソン加入会見「寒いのは大好き」". Nikkan Sports (dalam bahasa Jepun). 6 Februari 2018.
- ^ "Brazilian prolific striker becomes Vietnamese citizen". VnExpress. Dicapai pada 8 Oktober 2024.
Pautan luar
- (Jepun) Laman Data Pemain J. League
- Biodata Nguyên Xuân Son di Soccerway