Neve Gordon | |
---|---|
ניב גורדון | |
![]() Gordon pada tahun 2018 | |
Kelahiran | |
Warganegara | Israel |
Pekerjaan | Profesor |
Latar belakang akademik | |
Pusat pendidikan | Universiti Notre Dame |
Karya akademik | |
Disiplin | Politik dan Undang-undang Antarabangsa |
Institusi | Universiti Queen Mary London |
Neve Gordon (Ibrani: ניב גורדון, rumi: niv gordon; lahir 1965) ialah seorang profesor Israel[1] dan felo Akademi Sains Sosial British.[2] Beliau seorang profesor undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Universiti Queen Mary London[3] dan menulis mengenai isu-isu yang berkaitan dengan konflik Israel–Palestin dan hak asasi manusia. Beliau pernah mengajar di Universiti Ben-Gurion di Negev. Beliau ahli Academia for Equality, sebuah organisasi yang berusaha untuk mempromosikan pendemokrasian, kesaksamaan dan akses kepada pendidikan tinggi untuk semua masyarakat yang tinggal di Israel.
Awal hidup
Seorang warga Israel generasi ketiga, Gordon menamatkan perkhidmatan tenteranya dalam unit Paratrooper IDF, mengalami kecederaan parah semasa beraksi di Rosh Hanikra yang menyebabkan beliau hilang upaya. Semasa Intifadah Pertama, beliau berkhidmat sebagai pengarah Pakar Perubatan untuk Hak Asasi Manusia, Israel. Beliau ahli aktif dalam Ta'ayush, Perkongsian Arab-Yahudi.[4] Beliau menganggap dirinya sebagai ahli kem keamanan Israel, menggelarkan Israel sebagai "negara aparteid", dan menyokong gerakan Boikot, Penyahlaburan dan Sekatan terhadap Israel.[5]
Kerjaya akademik
Gordon menerima ijazah kedoktorannya di Universiti Notre Dame pada tahun 1999. Pada tahun yang sama, beliau memulakan kerjaya akademiknya di Jabatan Politik dan Kerajaan di Universiti Ben-Gurion. Beliau menjadi pengerusi jabatan pada 2008 – 2010 dan dinaikkan pangkat kepada profesor penuh pada 2015. Pada tahun-tahun ini Gordon telah menjadi sarjana pelawat di Universiti California, Berkeley; Universiti Michigan; Universiti Brown; Institut Pengajian Lanjutan di Princeton; dan di SOAS, Universiti London. Gordon pernah terlibat dalam kumpulan 'Tindakan Kemanusiaan dalam Malapetaka' di Institut Van Leer Jerusalem.[6]
Pada tahun 2009, selepas Gordon menulis rencana untuk Los Angeles Times yang menyokong pemboikotan Israel dan menggelarkan Israel sebagai negara aparteid,[5] Rivka Carmi, presiden Universiti Ben-Gurion, mengisytiharkan bahawa "ahli akademik yang berasa begitu tentang negara mereka dijemput untuk mencari penginapan profesional dan peribadi yang lain", dan organisasi-organisasi sayap kanan menuntut jabatannya ditutup. Pada tahun 2012, menteri pendidikan Gideon Sa'ar menggesa agar Gordon dipecat. Gordon dan pasangan beliau diugut bunuh dan memutuskan untuk berpindah ke London bersama-sama dua orang anak lelaki mereka, dan Gordon menjadi profesor di Universiti Queen Mary London.[3]
Terbitan
Rencana-rencana Gordon pernah diterbitkan dalam LA Times, The Washington Post, The Nation, The Guarbeliaun, Ha'aretz, The Jerusalem Post, The Chicago Tribune, Boston Globe, London Review of Books, Al Jazeera, In These Times, The National Catholic Reporter, The Chronicle of Higher Education dan CounterPunch.
Gordon ialah penyunting-sama, bersama-sama Ruchama Marton, untuk Torture: Human Rights, Medical Ethics and the Case of Israel dan editor From the Margins of Globalization: Critical Perspectives on Human Rights. Buku beliau Israel's Occupation telah diterbitkan oleh University of California Press pada akhir tahun 2008, dan buku pengarang-sama beliau The Human Right to Dominate diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 2015, serta Human Shields: A History of People in the Line of Fire juga diterbitkan oleh Universiti California pada tahun 2020.
Pandangan
Konflik Israel–Palestin dan politik Israel
Gordon menggambarkan dirinya penyokong penyelesaian satu negara[7] dan ahli kem keamanan Israel.
Selepas pilihan raya Israel Februari 2009, Gordon menyatakan bahawa ia akan mempunyai "kesan yang dahsyat". Beliau juga menyatakan bahawa parti baru Yisrael Beiteinu berkecenderungan 'neo-fasis'. Beliau menyimpulkan bahawa pentadbiran Obama harus menekan gabungan kerajaan yang berasaskan Likud dari segi ekonomi dan politik untuk menerima pakai penyelesaian dua negara.[8]
Sokongan untuk boikot ekonomi dan politik Israel
Gordon menulis dalam editorial Los Angeles Times pada 20 Ogos 2009, bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menyokong gerakan Boikot, Penyahlaburan dan Sekatan terhadap Israel. Beliau menyatakan bahawa Israel telah menjadi begitu sayap kanan dan 'negara aparteid' sehingga beliau berasa tidak mempunyai pilihan selain menyokong tindakan ini.[5] Hal ini membawa kepada beberapa penderma AS mengugut untuk menahan dana daripada Universiti Ben-Gurion, dan kepada satu perdebatan hangat dalam Israel mengenai hak kebebasan bersuara ahli akademik.[9]
Pengurusan Universiti Ben-Gurion bertindak balas dengan mengecam pandangan Gordon. Presiden universiti itu, Profesor Rivka Carmi, berkata, "Kami terkejut dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Dr. Neve Gordon, yang dari segi moralnya patut dikecam sepenuh-penuhnya. Kami tidak bersetuju dengan pandangan buruk Gordon dan menolak eksploitasi kebebasan bersuara sinisnya di Israel dan universiti." Menteri Pendidikan Israel Gideon Sa'ar memanggil rencana Gordon "menjijikkan dan hina".[10] Menteri Hal Ehwal Agama Ya'akov Margi menyeru pihak universiti itu agar segera menggantung Gordon daripada tugasnya dan mengutuk rencananya dengan terbuka.[11]
Gordon – kes mahkamah Plaut
Selain kritikan lantang beliau terhadap dasar-dasar Israel, Gordon terkenal dalam kontroversi berprofil tinggi yang melibatkan Steven Plaut yang mana Gordon menyaman Plaut untuk libel. Pada bulan Mei 2006, mahkamah majistret Israel di Nazareth memutuskan untuk memihak kepada Gordon, dan mengarahkan Plaut untuk membayar Gordon 80,000 shekel sebagai pampasan ditambah pula dengan 15,000 shekel dalam yuran guaman.[12] Kedua-dua pihak merayu kepada Mahkamah Daerah di Nazareth dan pada bulan Februari 2008, mahkamah mengekalkan penghakiman libel yang berkaitan dengan satu penerbitan dalam mana Plaut memanggil Gordon seorang "Judenrat Wannabe"—orang yang berangan-angan hendak menjadi Judenrat, atau senang katanya, menuduh Gordon seorang Yahudi yang sanggup bekerjasama dengan kelompok yang ingin menganiaya masyarakat Yahudi untuk kepentingan peribadi—tetapi mengurangkan ganti rugi kepada 10,000 shekel (kira-kira RM8,900) kerana mahkamah membatalkan tiga daripada empat tuntutan libel.[13][14] Mahkamah Agung Israel menolak permintaan Plaut untuk menyemak semula kes itu.[15]
Buku
- Torture, Human Rights, Medical Ethics and the case of Israel, Zed Books, New York, ISBN 1-85649-314-8 (1995; penyunting, bersama Ruchama Marton)
- From the Margins of Globalization: Critical Perspectives on Human Rights. Lexington Books, Lanham, Maryland, ISBN 0-7391-0878-6 (2004; penyunting)
- Israel's Occupation. University of California Press, Berkeley California, ISBN 0-520-25531-3 (2008)
- The Human Right to Dominate bersama Nicola Perugini, Oxford University Press, ISBN 0199365008, ISBN 978-0199365005 (2015)
- Human Shields: A History of People in the Line of Fire bersama Nicola Perugini, University of California Press, ISBN 9780520301849 (2020)
Rujukan
- ^ Senior Faculty Diarkibkan 2009-05-30 di Wayback Machine on the BGU website (in Hebrew)
- ^ Academy of Social Sciences
- ^ a b Shany Littman: Ibrani: הם הובילו כאן תנועות שמאל, אך התייאשו ונדחקו להגר. סיפורם של הגולים החדשים / Selepas Putus Harapan untuk Perubahan, Aktivis dan Sarjana Sayap Kiri Tinggi Meninggalkan Israel. Dalam: Haaretz, 23 Mei 2020.
- ^ Support Neve Gordon Diarkibkan 25 Disember 2009 di Wayback Machine, Ta'ayush September 2009.
- ^ a b c Gordon, Neve (20 Ogos 2009). "Boycott Israel". Los Angeles Times. Dicapai pada 20 Ogos 2009.
- ^ Gordon, Neve (2008). Israel's Occupation. University of California Press. m/s. xiii. ISBN 978-0-520-25531-9.
- ^ Israeli professor shares 1-state solution to Israeli-Palestinian conflict at MENA, EPL event, The Daily Northwestern 2017.
- ^ "Few Peacemakers in Israel's Knesset". The Nation. 10 Februari 2009. Dicapai pada 2010-05-09.
- ^ * The battle of the boycotts[pautan mati kekal], Yocheved Miriam Russo, Jerusalem Post, 26 September 2009.
- ^ Barak Ravid; Haaretz Service. "Education Minister slams Israeli lecturer's 'apartheid' op-ed". Ha'aretz. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2009. Dicapai pada 25 Ogos 2009.
- ^ "Ministers Sa'ar, Margi slam anti-Israel article written by BGU lecturer". The Jerusalem Post. 23 Ogos 2009. Dicapai pada 25 Ogos 2009.[pautan mati kekal]
- ^ U.S.-born professor guilty of libeling colleague Ira Moskovitz, Haaretz 9 Jun 2006.
- ^ Kalman, Matthew (5 Mac 2008). "Israeli Appeals Court Upholds Libel Judgment Against Academic but Reduces Damages". The Chronicle of Higher Education. Dicapai pada 2008-07-01.
- ^ ע"א (נצרת) 1184/06 - פרופ' סטיבן פלאוט נ' ד"ר ניב גורדון . תק-מח 2008(1), 11886. (Hebrew) 1184/06 Steven Plaut Vs. Dr. Neve Gordon, Takdin-District 2008(1) Full text of the District Court's decision is available here Diarkibkan 2011-07-21 di Wayback Machine
- ^ רע"א 2985/08
- Kelahiran 1965
- Orang yang masih hidup
- Saintis politik Israel
- Kakitangan akademik Universiti Ben-Gurion Negev
- Fakulti Universiti Brown
- Universiti California, fakulti Berkeley
- Fakulti Universiti Michigan
- Alumni Universiti Notre Dame
- Ahli sains sosial Yahudi
- Orang The Nation (majalah A.S.)
- Orang Los Angeles Times