![]() | |
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | |
ISIN | US64120L1044 ![]() |
Industri | Peranti penyimpanan data |
Ditubuhkan | 1992 |
Pengasas | David Hitz James Lau Michael Malcolm |
Ibu pejabat | Sunnyvale, California, United States |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | George Kurian (CEO) Mike Nevens (Pengerusi Lembaga) |
Keluaran | Perkakasan dan perisian penyimpanan data |
Hasil | ▼ $5.54 bilion (2016)[1] |
Pendapatan kendalian | ▼ $348 juta (2016)[1] |
Pendapatan bersih | ▼ $229 juta (2016)[1] |
Jumlah aset | ▲ $10.03 bilion (2016)[1] |
Jumlah ekuiti | ▼ $2.88 bilion (2016)[1] |
Bilangan kakitangan | 10,100[2] (2017) |
Tapak web | www![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
NetApp, Inc. ialah syarikat perkhidmatan data awan hibrid dan pengurusan data Amerika yang beribu pejabat di Sunnyvale, California. Ia telah menduduki ranking dalam Fortune 500 sejak 2012.[3] Ditubuhkan pada tahun 1992[4] dengan IPO pada 1995,[5] NetApp menawarkan perkhidmatan data awan hibrid untuk pengurusan aplikasi dan data di seluruh awan dan persekitaran di premis.
Sejarah
NetApp ditubuhkan pada tahun 1992 oleh David Hitz, James Lau[6] dan Michael Malcolm, yang dikenali sebagai Network Appliance, Inc.. Pada ketika itu, pesaing utama mereka ialah Auspex Systems, yang memasarkan produk berasaskan tatasusunan storan sambung rangkaian (NAS) pertama[7]. Pada tahun 1994, NetApp menerima sejumlah dana modal teroka dari syarikat Sequoia Capital[8]. Pada 21 November 1995, NetApp tersenarai sebagai syarikat awam melalui penawaran saham terbitan awam (IPO) yang diterbitkan di Nasdaq pada kadar $13.50 sesaham[9].
Pendapatan tahunan NetApp melonjak sehingga $1 bilion sewaktu tempoh pertengahan 1990-an sehingga 2001, yang dikenali sebagai tempoh Gelembung dot-com[10]. Selepas tempoh gelembung tersebut pecah, pendapatan NetApp menurun secara mendadak kepada $800 juta selepas tahun fiskal 2002[10]. Namun begitu, pendapatan syarikat ini mula meningkat sejak dari itu. Pada tahun 2003, syarikat Auspex Systems dibubarkan dan NetApp mengambilalih kesemua paten milik syarikat terbabit[7].
Dalam usaha membangunkan teknologi reka bentuk grid storan yang menggabungkan pelbagai jenis pelayan storan dalam satu sistem, NetApp mengumumkan pengambilalihan syarikat Spinnaker Networks pada bulan Jun 2003[11]. Syarikat Spinnaker, yang mula ditubuhkan pada tahun 1999, memiliki beberapa teknologi penting yang diperlukan NetApp dalam membangunkan kerangka grid storan, menggabungkan sehingga 512 pelayan storan pelbagai jenis dalam satu sistem[12]. Pada ketika itu, sistem operasi ONTAP yang dibangunkan NetApp hanya membolehkan dua pelayan storan NAS digabungkan bersama[13].
Pada tahun 2006, NetApp menjual barisan produk NetCache kepada syarikat Blue Coat Systems yang membeli dengan harga sebanyak $23.9 juta serta $6 juta dalam bentuk saham[14]. Menurut NetApp, penjualan barisan produk ini merupakan langkah strategik pelan pertumbuhan syarikat dalam jangka masa panjang[14]. Walaupun begitu, NetApp masih lagi menggunakan teknologi NetCache pada barisan produk pelayan storan model FAS[15]. NetCache merupakan sistem cache untuk pengehosan laman web yang banyak digunakan pada lewat 1990-an sehingga awal 2000-an bertujuan untuk menjimatkan kos bandwidth dan meningkatkan kadar muat turun kandungan web[16].
Pada bulan Mac 2008, syarikat Network Appliance, Inc. secara rasminya bertukar nama kepada NetApp, Inc, serta menggunakan logo baharu[17]. Mereka juga memperkenalkan slogan baharu "Go further, faster"[18]. Menurut David Hitz, penjenamaan semula NetApp adalah bertujuan untuk menembusi seberapa banyak pasaran di seluruh dunia. Selain itu, beliau mendedahkan ramai pengguna NetApp memanggil nama syarikat ini dengan nama yang berbeza-beza seperti Network Appliance, NetApp, NetApps, Network Applications dan Network Associates[19].
Pada 1 Jun 2015, NetApp mengumumkan George Kurian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi menggantikan Tom Georgens yang mengosongkan jawatan itu[20]. Prestasi kewangan yang tidak mengukuh serta proses pemberhentian pekerja secara besar-besaran untuk tiga tahun berturut-turut dikatakan antara menjadi punca kepada penamatan jawatan yang disandangnya[21]. Sebelum Tom melepaskan jawatan, beliau pernah menghantar emel yang berbentuk amaran kepada para pekerja mengenai proses pemberhentian secara paksa yang akan dilakukan bagi mencapai sasaran kewangan syarikat[22]. Dianggarkan seramai 500 pekerja berpotensi terkesan dengan proses penamatan itu atau 4% daripada jumlah keseluruhan pekerja NetApp di seluruh dunia[23].
Pada bulan Mei 2018, NetApp mengumumkan barisan produk berasaskan tatasusunan storan NVMe pertama mereka yang dikenali sebagai All Flash FAS A800 semasa pengumuman pengeluaran sistem perisian ONTAP 9.4[24]. NetApp mengatakan bahawa produk ini mampu mencapai lebih dari 1.3 juta IOPS pada kadar 500 mikrosaat untuk setiap pasangan high-availability[24][25]. Selain itu, model A800 juga diintegrasikan bersama pelayan yang dikuasakan oleh mikropemproses NVIDIA DGX-1 dan cip mikropemproses grafik melalui infrastruktur hiper-sepadu (hyperconverged)[26].
Organisasi
George Kurian ialah Ketua Pegawai Eksekutif NetApp dan salah seorang ahli Lembaga Pengarah syarikat. Beliau memulakan kariernya di NetApp pada tahun 2011 sebagai Naib Presiden Senior Storage Solution Group dan kemudian dilantik sebagai Naib Presiden Senior Data ONTAP Group pada bulan Disember 2011[27].
César Cernuda ialah Presiden NetApp, di mana beliau bertanggungjawab memacu syarikat di peringkat global dalam bidang pemasaran, perkhidmatan, sokongan dan kejayaan pengguna[28]. Beliau menyandang jawatan ini sejak kali pertama menyertai NetApp pada bulan Julai 2020[28]. Sebelum menyertai NetApp, César memiliki sejarah karier yang panjang di Microsoft di mana jawatan terakhir yang disandangnya ialah Presiden Microsoft Amerika Latin[29].
Pengambilalihan
Tahun | Syarikat | Nilai keseluruhan | Manfaat yang diperoleh |
---|---|---|---|
1997 | Internet Middleware Corp. (IMC) | $10.5 juta[30] | Aplikasi proksi web cache dibangunkan IMC diintegrasikan kepada barisan produk NetCache[30] |
2000 | Orca Systems, Inc. | $71 juta | Pembangun RDMA (Remote Direct Memory Access), membawa kepada pembangunan Direct Access File System |
2004 | Spinnaker Networks | $300 juta | Versi pertama Data ONTAP GX dilepaskan pada tahun 2006 yang kemudian dikenali sebagai Clustered Data ONTAP |
2005 | Alacritus | $11 juta[31] | Teknologi pemayaan pita Alacritus diintegrasikan kepada barisan produk NetApp NearStore Virtual Tape Library (VTL)[31] |
2005 | Decru | $272 juta[32] | Akses kepada teknologi sistem keselamatan storan dan pengurusan kekunci, serta barisan produk DataFort[32]. |
2006 | Topio Inc. | $160 juta[33] | Teknologi replikasi, pemulihan dan perlindungan data dari pelbagai jenis infrastruktur pelayan dan storan kemudian dikenali sebagai ReplicatorX (Open System SnapVault)[33] |
Kerjasama
Aston Martin F1

Pada 1 Mac 2021, NetApp mengumumkan perjanjian kerjasama bersama pasukan Aston Martin[34] yang kembali menyertai sukan Formula Satu, selepas kali terakhir mereka sertainya lebih 60 tahun yang lalu[34]. Bentuk kerjasama yang dimeterai ini melibatkan penggunaan infrastruktur hibrid NetApp dalam memperlihatkan data secara masa nyata yang diperoleh pada sebelum, semasa dan selepas setiap perlumbaan dan menyesuaikan keadaan jika diperlukan[35]. Selain itu, pasukan Aston Martin berupaya mengekstrak lebih banyak data daripada jentera Formula Satu mereka dalam mengenalpasti prestasi dan strategi yang diperlukan[35].
Jalinan kerjasama ini telah membawa kepada pembukaan rasmi bangunan Kampus Teknologi Perlumbaan Aston Martin (AMRTC) di Silverstone, England[36] dan solusi pusat data FlexPod yang direka oleh NetApp dan Cisco digunakan khusus untuk pasukan[37]. Antara teknologi yang digunakan NetApp dalam memproses data yang diperolehi ialah sokongan terhadap penggunaan antaramuka NVMe secara menyeluruh dalam persekitaran pangkalan data Oracle[38]. Pada bulan Februari 2024, NetApp mengumumkan sambungan terhadap tempoh kerjasama mereka bersama pasukan Formula Satu Aston Martin[37]
Rujukan
- ^ a b c d e "NetApp Reports Fourth Quarter and Fiscal Year 2015 Results" (PDF). NetApp. 24 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-10. Dicapai pada 28 March 2016.
- ^ "NetApp". Fortune. Dicapai pada 2018-12-31.
- ^ "NetApp". Fortune 500. Time Inc. Dicapai pada 31 August 2015.
- ^ "Corporate brief". NetApp. Dicapai pada September 27, 2013.
- ^ "FAQs". NetApp. Dicapai pada 25 August 2016.
- ^ "Executive Bios". NetApp. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2012. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ a b Antony Adshead (1 Julai 2025). "NetApp: Not just NAS filers, and a comprehensive cloud strategy". ComputerWeekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2025. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ "NetApp profile at Sequoia Capital". NetApp. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2018. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ "Investor Relations: FAQs". NetApp. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2018. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ a b Damian Illia (17 Mac 2014). "This Tech Company Endured the 90s Bubble and Managed to Stay on Top of the Market". GuruFocus. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2015. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Nancy Weil (4 November 2003). "Network Appliance buys Spinnaker Networks". NetworkWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2023. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Jean Jacques Maleval (23 Februari 2024). "History 2003: NetApp Acquires Spinnaker". StorageNewsletter. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2024. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Joseph F. Kovar (4 November 2003). "Network Appliance Acquires Spinnaker". CRN. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ a b Bryan Betts (26 Jun 2006). "NetApp sells NetCache to Blue Coat". TechWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2012. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Tim Wilson (23 Jun 2006). "Blue Coat Grabs NetApp's NetCache". Dark Reading. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2024. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ "NetApp Sells NetCache". Network Computing. 23 Jun 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2024. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Greg McNevin (12 Mac 2008). "Network Appliance Re-brands as NetApp". idm. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2019. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Austin Modine (10 Mac 2008). "NetApp changes name to NetApp". TheRegister. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2020. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Dave Hitz (9 Mac 2008). "NetApp is a Well-Kept Secret. Time For That To Change.". NetApp. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2008. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ "NetApp Announces Changes to Executive Leadership Team and Board of Directors" (Siaran akhbar). NetApp. 1 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2015. Dicapai pada 1 September 2025.
- ^ Neil McAllister (1 Jun 2015). "Georgens out at NetApp – new chairman, interim CEO named". TheRegister. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2021. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Chris Mellor (7 April 2015). "NetApp layoffs loom as biz "operationalizes strategy", "prioritizes investments"". TheRegister. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2021. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Bob Brown (22 Julai 2015). "Biggest tech industry layoffs of 2015, so far". NetworkWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2024. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ a b Joel Reich (8 Mei 2018). "The Future Is Now: AI-Ready, Cloud-Connected, NVMe All-Flash Storage". NetApp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2018. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Joseph F. Kovar (8 Mei 2018). "NetApp Expands Multi-Cloud Strategy With Google Cloud Relationship, Unveils First End-To-End NVMe Arrays". CRN. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Garry Kranz (2 Ogos 2018). "NetApp AI storage packages OnTap all-flash FAS A800, Nvidia". TechTarget. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2022. Dicapai pada 31 Ogos 2025.
- ^ Julie Bort (26 Jun 2016). "How NetApp's CEO and his twin brother won the Valley after they switched jobs". yahoo! Finance. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2016. Dicapai pada 1 September 2025.
- ^ a b "Cesar Cernuda Joins NetApp as President" (Siaran akhbar). NetApp. 12 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2020. Dicapai pada 1 September 2025.
- ^ José Barrera (14 Mei 2018). "César Cernuda: El líder a cargo de la reinvención de Microsoft en Latinoamérica". E&N (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2025. Dicapai pada 1 September 2025.
- ^ a b "NETWORK APPLIANCE ACQUIRES TECHNOLOGY START-UP IMC". TechMonitor. 19 Mac 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2025. Dicapai pada 3 September 2025.
- ^ a b Clint Boulton (7 April 2005). "NetApp Backs Up Its Backup Systems". Enterprise Storage Forum. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2021. Dicapai pada 3 September 2025.
- ^ a b Jean Jacques Maleval (3 Disember 2024). "History 2005: NetAp Secures Decru". Computer Data Storage. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2025. Dicapai pada 3 September 2025.
- ^ a b "Network Appliance Acquires Topio" (Siaran akhbar). NetApp. 8 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2006. Dicapai pada 1 September 2025.
- ^ a b Gary Mason (9 Mac 2021). "Aston Martin returns to F1 with tech giants Cognizant and NetApp". Futurride. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2021. Dicapai pada 4 September 2025.
- ^ a b "NetApp joins Aston Martin Cognizant F1 Team to pioneer data-driven racing strategy". AutoRacing1. 1 Mac 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2025. Dicapai pada 4 September 2025.
- ^ "Welcome. Home. AMF1 Team Technology Campus opens ahead of the British Grand Prix" (Siaran akhbar). Aston Martin F1. 6 Julai 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2024. Dicapai pada 1 September 2025.
- ^ a b Emily Miller (5 Februari 2024). "Rising to the top with Aston Martin F1® Team with FlexPod". NetApp Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2024. Dicapai pada 5 September 2025.
- ^ Dave Krenik (22 April 2021). "Welcome back Aston Martin! F1 cars and Oracle databases need to go fast". NetApp Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2021. Dicapai pada 4 September 2025.
Pautan luar
- Tapak sesawang rasmi
- NetApp di Facebook
- NetApp di X
- NetApp di Instagram
- Data perniagaan untuk NetApp: Google Finance
- Yahoo! Finance
- Reuters
- SEC filings