Editor | Chris Johns |
---|---|
Kategori | Geografi, Sains, Sejarah, Alam semula jadi |
Kekerapan | Bulanan |
Jumlah edaran | 1.8 juta pembaca Amerika Syarikat[1] |
Isu pertama | Oktober 1888[2] |
Syarikat | National Geographic Society |
Negara | Amerika Syarikat |
Bertapak di | Washington, D.C. |
Bahasa | Inggeris |
Laman web | nationalgeographic.com |
ISSN | 0027-9358 |
National Geographic (dipendekkan kepada NatGeo;[3] dulunya National Geographic Magazine[4]) merupakan majalah dan jurnal rasmi National Geographic Society. Ia diterbitkan buat pertama kalinya di tahun 1888, cuma sembilan bulan selepas penubuhan persatuan itu sendiri. Majalah ini serta-merta dikenali dengan bingkai kuning yang ada di muka depannya.
Pada September 2015, hak milik majalah diserahkan National Geographic Society kepada 21st Century Fox melalui pegangan dalam syarikat National Geographic Partners sebanyak 73%[5] dengan bayaran sebanyak USD725 juta. National Geographic Partners diambil alih Syarikat Walt Disney bersama-sama aset 21st Century Fox lain pada Mac 2019[6] sambil penerbitannya diserahkan kepada Disney Publishing Worldwide.[7] Disney mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada 19 orang penyunting tetap termasuk kesemua kakitangan jabatan audionya pada April 2023; ia kemudian memecat semua penulis yang tinggal pada Jun 2023 dan menghentikan semua cetakan dan edarannya pada tahun hadapan.[8][1]
Edisi bahasa
Pada 1995, National Geographic mula diterbitkan dalam bahasa Jepun dan kini, majalah ini sudah wujud dalam 34 bahasa. Edisi bahasa Arab adalah yang terbaru, dilancarkan di Abu Dhabi pada Oktober 2010.
Anugerah
Pada 1 Mei 2008, National Geographic memenangi tiga anugerah dari National Magazine Awards—sebuah anugerah khusus untuk kandungan bertulisnya—dalam kategori pelaporan untuk rencana karya Peter Hessler berkenaan ekonomi China; anugerah dalam ketegori kewartawanan untuk karya John Stanmeyer berkenaan malaria dalam Dunia Ketiga; dan sebuah anugerah berprestij untuk kecermelangan am.[9]
Galeri
-
Spanish Gypsy (National Geographic Magazine Mac 1917)
-
A Dancer of the Cafes, Algeria (National Geographic Magazine Mac 1917)
-
The Gate of Jaipur, India (National Geographic Magazine Mac 1917)
-
Pine Warbler (National Geographic Magazine April 1917)
-
Magnolia Warbler (National Geographic Magazine April 1917)
-
Young Fish-hawks (National Geographic Magazine April 1917)
-
Srirangam Temple, India (National Geographic Magazine November 1909)
-
Kathmandu Market (National Geographic Magazine Oktober 1920)
Lihat juga
- GEO, Jerman
- Vokrug sveta (Rusia: Seluruh Dunia)
- National Geography bahasa Cina (ditubuhkan pada 1949)
Bacaan lanjut
- Roger M. Poole, Explorers House: National Geographic and the World it Made, 2004; cetakan semula, Penguin Press, 2006, ISBN 9780143035930
- Stephanie L. Hawkins, American Iconographic: "National Geographic," Global Culture, and the Visual Imagination, University of Virginia Press, 2010, ISBN 9780813929668, 264 muka. A scholarly study of the magazine's rise as a cultural institution that uses the letters of its founders and its readers; argues that National Geographic encouraged readers to question Western values and identify with others.
Catatan
- ^ a b Farhi, Paul (29 June 2023). "National Geographic lays off its last remaining staff writers". The Washington Post.
- ^ National Geographic Fact Sheet
- ^ Beatty, Luke (January 2018). "Evolving one of the world's most iconic, recognizable brands: National Geographic". brandfolder.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 15, 2023. Dicapai pada 15 March 2023.
Our formal brand name is National Geographic and that is what we use. Of course, we recognize that a lot of our consumers call us "Nat Geo," and that's fine. We use "Nat Geo" primarily in the digital space, where character count is at a premium.
- ^ "The National Geographic Magazine". National Geographic Magazine. Jil. 1 no. 1. Washington D.C.: National Geographic Society. October 1888. m/s. Front cover. Dicapai pada 15 March 2023.
- ^ Goldman, David (2017-12-14). "Disney buys 21st Century Fox: Who gets what". CNNMoney. Diarkibkan daripada yang asal pada December 14, 2017. Dicapai pada 2017-12-14.
- ^ Szalai, Georg; Bond, Paul (March 20, 2019). "Disney Closes $71.3 Billion Fox Deal, Creating Global Content Powerhouse". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada March 20, 2019. Dicapai pada March 20, 2019.
- ^ Steinberg, Brian (August 29, 2019). "Disney Layoffs Affect National Geographic". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2019. Dicapai pada November 13, 2019.
- ^ Clayton, Abené (2023-06-29). "National Geographic reportedly lays off its last staff writers". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2023-07-10.
- ^ Pérez-Peña, Richard. "National Geographic Wins 3 Awards, Honored Beyond Photography". The New York Times, 2 Mei 2008. Dicapai pada 8 Januari 2010.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Imej-imej National Geographic Magazine |