Nasir P. Ramlee | |
|---|---|
Nasir pada 2004 | |
| Kelahiran | Teuku Mohammad Nasir bin Teuku Zakaria 23 November 1953 Negeri-negeri Selat, (kini Singapura) |
| Meninggal dunia | 17 Disember 2008 (umur 55) |
| Sebab kematian | Komplikasi jantung dan kencing manis |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik |
| Tahun aktif | 1968–2008 |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 7 termasuk Najua |
| Ibu | Junaidah Haris (Ibu kandung) Saloma (ibu tiri) |
| Bapa | P. Ramlee |
| Saudara | Arfan (Adik) Sazali P. Ramlee (Adik angkat) Dian P. Ramlee (Adik angkat) Armali Aman Ramlie (Abang tiri) |
Teuku Mohammad Nasir bin Tan Sri Datuk Amar Dr. Teuku Zakaria atau dikenali sebagai Nasir P. Ramlee (23 November 1953 – 17 Disember 2008) ialah seorang komposer, pemuzik, pelakon dan penyanyi. Beliau juga ialah anak pelakon tekenal Malaysia, P. Ramlee. Ibu kandungnya ialah Junaidah Haris[1] yang dikahwini P. Ramlee pada tahun 1950, tetapi berakhir dengan penceraian pada tahun 1954 selepas empat tahun sahaja. Adik-beradik beliau ialah Arfan (1954–1998).
Beliau pernah berkahwin sebanyak 3 kali bersama Mariati Abdul Rahman (bercerai), Rashidah Jaafar (bercerai), dan Suria (Surjangsih Abu Bakar). [2]
Hasil perkahwinan Nasir P. Ramlee dengan pelakon, Rashidah Jaafar, beliau mendapat dua orang anak, Natasya Nasir dan Najua Nasir.[3]
Kerjaya
Nasir memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di kelab malam sebelum menyertai label EMI sebagai penggubah muzik. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai penyelaras muzik kombo Istana Budaya (IB) sejak April 2002. Sepanjang berkhidmat di IB, Nasir banyak terbabit dalam persembahan anjuran kerajaan dan di peringkat antarabangsa. Antara pementasan yang pernah diarahkannya di IB ialah Suzana 60 dan Bonnie M Live In Kuala Lumpur pada 2006.
Nasir pernah bergandingan bersama Ahmad Daud, Normadiah, Aziz Jaafar dan Aziz Sattar dalam album Panca Sitara. Beliau pernah menghasilkan lagu untuk Herman Tino, Rosemaria Abdul Hamid dan Aman Shah. Antara lagu popularnya ialah Rindu Bayangan dendangan kumpulan Carefree.
Kehidupan peribadi
Nasir dilahirkan di Singapura pada 23 November 1953. Nasir mempunyai tujuh orang anak daripada tiga perkahwinannya. Bersama Surjangsih Abu Bakar @ Suria (isteri ketiga), Nasir mempunyai dua anak; Zaidi, dan Zakaria. Bersama isteri pertamanya Mariati Abdul Rahman; Nasir mempunyai tiga anak iaitu Gunina, Gunawan, dan Gurnarisasca. Bersama isteri keduanya, Rashidah Jaafar @ Gee; Nasir mempunyai dua anak iaitu Natasya dan Najua.[perlu rujukan]
Hubungan dengan P. Ramlee
Secara amnya, Nasir berkata dalam satu temu bual bahawa hubungannya dengan bapanya agak renggang jika dibandingkan dengan anak-anak angkat P. Ramlee kerana menurut pendapat Nasir, beliau tidak ingin dilihat memilih kasih terhadap para anaknya. Kerenggangan hubungan sesama mereka menjadi ketara ketika dewasa, dan pernah mengkritik karya bapanya secara terus terhadapnya kerana sering terarah kepada tema romantis yang tidak kena dengan cita rasanya.[4]
Kematian
Nasir P. Ramlee meninggal dunia pada usia 55 tahun pada 17 Disember 2008 akibat komplikasi haba dan kencing manis dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur bersebelahan dengan kubur Allahyarham bapa P. Ramlee dan kedua-dua ibu tiri beliau, Allahyarhamah Noorizan dan Saloma.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Pelakon | Komposer | ||||
| 1968 | Anak Bapak | Jalil | Filem pertama | ||
| 1969 | Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh | ||||
| 1970 | Pancha Indera Harimau Berantai | Pelakon undangan | |||
| 1983 | Manis-Manis Sayang | — | |||
| 1985 | Bujang Lapok Kembali Daa | Nasir | |||
| 1986 | Pagar-Pagar Cinta | — | |||
| 1993 | Fantasi | Encik. Rahman | Penampilan khas | ||
| 2007 | Budak Lapok | Zakaria (suara) | Filem terakhir | ||
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2002 | Menanti Hujan Teduh | Hakim Mahkamah | VCD |
| 2003 | Pontianak Dot. Dot. Dot... 2: Jibam |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1969 | Selamat Tinggal Mawarku | TV1 | ||
| 2010 | Biografi: P. Ramlee | Dirinya sendiri | History | Dokumentari |
Lihat juga
Rujukan
- ^ P. Ramlee: erti yang sakti, A. H. Ahmad Sarji, Pelanduk Publications, Jan 1, 1999 - Actors - 400 pages
- ^ "Waris P Ramlee cari hak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-08.
- ^ "Legasi P Ramlee". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-08.
- ^ Ali Razali, Hidir (2024). P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur: The Patriots. m/s. 36–37. ISBN 9789672437871.
Pautan luar
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan GND
- Kelahiran 1953
- Kematian 2008
- Orang Singapura berketurunan Melayu
- Muslim Singapura
- Pelakon lelaki Malaysia
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Kematian akibat serangan jantung
- Kematian akibat penyakit kencing manis








