Sebahagian daripada siri |
Fizik kosmologi |
---|
Nasib muktamad alam semesta merupakan salah satu topik kosmologi. Banyak kemungkinan bagi nasib yang diramalkan oleh teori saintifik yang sentiasa berlawanan, termasuklah masa depan yang terhingga dan tidak terhingga. Apabila dinyatakan bahawa alam semesta dimulakan dengan Letupan Besar dan diterima oleh kebanyakan saintis, seseorang itu mula bergantung kepada sifat fizikal jirim/tenaga dalam alam semesta, ketumpatan puratanya, dan kadar pengembangannya. Lanjutannya, nasib alam semesta menjadi tema ketara dalam cereka sains.
Asas saintifik
Teori
Pengembaraan teori saintifik bagi nasib muktamad alam semesta mungkin bermula dengan teori kerelatifan am Albert Einstein pada 1915. Kerelatifan am boleh digunakan untuk menerangkan alam semesta pada skala yang terbesar mungkin. Terdapat banyak penyelesaian yang mungkin bagi persamaan kerelatifan am, dan setiap satunya menunjukkan kesudahan yang mungkin bagi alam semesta. Alexander Friedmann mengemukakan satu nombor seperti penyelesaian pada 1922. Dalam sesetengah alam semesta ini telah mengembang dari titik ketunggalan awal; inilah asas Letupan Besar.
Cerapan
Bukti cerapan tidaklah terlalu lama ditunggu. Pada 1929, Edwin Hubble menerbitkan kesimpulannya, berdasarkan cerapannya pada bintang pembolehubah Cepheid pada galaksi jauh, bahawa alam semesta mengembang. Mulai dari situ, pemulaan alam semesta dan kesudahan yang mungkin telah menjad subjek serius dalam penyiasatan saintifik.
Teori Letupan Besar dan Keadaan Mantap
Pada 1931, Georges-Henri Lemaître mengemukakan teori yang dipanggil toeri Letupan Besar bagi asal-usul alam semesta. Pada 1948, Fred Hoyle mengemukakan pula teori bertentangan iaitu teori keadaan mantap yang mengatakan alam semesta ini berterusan mengembang tetapi secara statistik tidak berubah walaupun jirim baru sentiasa dicipta. Kedua-dua teori ini merupakan persaingan hebat hinggalah penemuan pada 1965 oleh Arno Penzias dan Robert Wilson yang menemui sinaran gelombang mikro kosmik latar belakang, fakta yang mejelas dan menyokong teori Letupan Besar, lalu menyisihkan teori Keadaan Mantap. Teori Letupan Besar ini terus diterima ramai sebagai asal-usul alam semesta.
Pemalar kosmologi
Apabila Einstein merumuskan kerelatifan am, beliau mempercayai bahawa alam semesta ini statik. Apabila Einstein mendapati yang persamaannya dengan mudah dapat diselesaikan untuk membenarkan alam semesta mengembang kini dan mengecut kemudian, beliau menambah ke dalam persamaan itu apa yang dinamakannya pemalar kosmologi, sevcara utamanya merupakan ketumpatan tenaga yang malar yang tidak dipengaruhi oleh pengembangan ataupun pengecutan, yang peranannya untuk mengimbangi kesan graviti terhadap alam semesta supaya alam semesta kekal statik. Selepas Hubble mengumumkan kesimpulannya bahawa alam semesta mengembang, Einstein menulis bahawa pemalar kosmologinya merupakan "kesilapan besar" beliau.
Lihat juga
Saintis |
Rujukan
Bacaan lanjut
Bukan cereka
- Adams, Fred (2000). The Five Ages of the Universe: Inside the Physics of Eternity. Simon & Schuster Australia. ISBN 0-684-86576-9. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Barrow, John D. (1986). The Anthropic Cosmological Principle. Oxford University Press. ISBN 0-19-282147-4. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Chaisson, Eric (2001). Cosmic Evolution: The Rise of Complexity in Nature. Harvard University Press. ISBN 0-674-00342-X.
- Davies, Paul (1997). The last Three Minutes: Conjectures About the Ultimate Fate of the Universe. Basic Books. ISBN 0-465-03851-4.
- Dyson, Freeman (2004). Infinite in all directions (the 1985 Gifford Lectures). Harper Perennial.
- Gardner, James N., 2005, "The Physical Constants as Biosignature: An anthropic retrodiction of the Selfish Biocosm Hypothesis, Diarkibkan 2010-06-26 di Wayback Machine" International Journal of Astrobiology.
- Goldstein, Martin, and Inge F., 1993. The Refrigerator and the Universe. Harvard Univ. Press. Esp. chpt. 15.
- Guth, Alan (1998). Inflationary Universe: Quest for a New Theory of Cosmic Origins. Addison-Wesley. ISBN 0-201-32840-2.
- Harrison, Edward (2003). Masks of the Universe: Changing Ideas on the Nature of the Cosmos. Cambridge University Press. ISBN 0-521-77351-2.
- Hawking, Stephen (1998). A Brief History of Time. Bantam. ISBN 0-553-38016-8.
- Layzer, David (1991). Cosmogenesis: The Growth of Order in the Universe. Oxford University Press. ISBN 0-19-506908-0.
- Linde, Andrei (1990). Particle Physics and Inflationary Cosmology. Taylor & Francis. ISBN 3-7186-0490-6.
- Penrose, Roger (2004). The Road to Reality. Alfred A. Knopf.
- Prigogine, Ilya (1984). Order out of Chaos: Man's New Dialogue with Nature. Random House. ISBN 0-394-54204-5. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - Prigogine, Ilya (2003). Is Future Given?. World Scientific Publishing. ISBN 981-238-508-8.
- Smolin, Lee (1993). The Life of the Cosmos. Oxford University Press. ISBN 0-19-512664-5.
- Smolin, Lee (2001). Three Roads to Quantum Gravity: A New Understanding of Space, Time and the Universe. Phoenix. ISBN 0-7538-1261-4.
- Tipler, Frank (1994). The Physics of Immortality. Doubleday. ISBN 0-385-46799-0.
- Davies, Paul (1992). The Mind of God. Simon & Schuster UK. ISBN 0-671-71069-9.
- Islam, Jamal N. (1983). The Ultimate Fate OF The Universe. Cambridge. ISBN 0-521-24814-0.
Cereka
- Poul Anderson, Tau Zero
- Isaac Asimov, The Last Question
- John D. Barrow, Impossibility
- Stephen Baxter, Vacuum Diagrams, Deep Future, Manifold: Time, Exultant, dan lain lagi
- L. E. Modesitt, Jr. Gravity Dreams
Pautan luar
- (Inggeris) Baez, J., 2004, "The End of the Universe."
- (Inggeris) Caldwell, R. R., Kamionski, M., and Weinberg, N. N., 2003, "Phantom Energy and Cosmic Doomsday," Physical Review Letters 91.
- (Inggeris) Hjalmarsdotter, Linnea, 2005, "Cosmological parameters."
- (Inggeris) Vaas, R., 2006, "Dark Energy and Life's Ultimate Future," in Burdyuzha, V. (ed.) The Future of Life and the Future of our Civilization. Springer: 231-247.
- (Inggeris) An in depth look at what the future holds for the universe. Diarkibkan 2007-10-05 di Wayback Machine
- (Inggeris) A Brief History of the End of Everything, a BBC Radio 4 series.
- (Inggeris) Cosmology at Caltech.