Sesebuah bahasa yang bernada mempunyai tinggi naik sebutan yang membezakan makna leksikal antara perkataan yang berbunyi hampir sama atau untuk tujuan tatabahasa melalui tasrif.[1]
Corak nada khas bahasa seperti itu kadang-kadang disebut tonem[2] seumpama fonem. Ciri ini paling umum pada sebanyak tujuh puluh peratus bahasa dunia[1] dalam rumpun-rumpun Kra–Dai (termasuk bahasa Thai), Vietic, Sino-Tibet (termasuk Bahasa Cina yang paling dikenali), Afroasia, Khoisan, Niger-Congo dan Nilo-Sahara.
Contoh
Bahasa-bahasa Asia
Bahasa Mandarin mempunyai empat nada utama atau sì shēng (Cina Tradisional: 四聲 , Cina Ringkas: 四声 ):
Nama nada | Gambaran | Notasi | Aksara contoh | Pinyin | Maksud contoh | Angka nada | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tradisional | Ringkas | ||||||
阴平 [陰平] yīn píng | tinggi | ˥ | 媽 | 妈 | mā | "emak" | ma1 |
阳平 [陽平] yáng píng | tengah menaik | ˧˥ | 麻 | 麻 | má | "rami" | ma2 |
上 shǎng[3][4] atau shàng[5] | rendah melengkuk | ˨˩˦ | 馬 | 马 | mǎ | "kuda" | ma3 |
去 qù | tinggi menurun | ˥˩ | 罵 | 骂 | mà | "marah" | ma4 |
Bahasa Kantonis mempunyai 8 nada tersendiri bergantung kepada jenis vokal disebut:
Jenis nada | Nombor Jyutping | Contoh | Notasi | Perumian |
---|---|---|---|---|
gelap mendatar
(陰平) |
1 | 詩 | siː˥, siː˥˧ | sī, sì |
gelap menaik
(陰上) |
2 | 史 | siː˧˥ | sí |
gelap menghilang
(陰去) |
3 | 試 | siː˧ | si |
terang mendatar
(陽平) |
4 | 時 | siː˨˩, siː˩ | sìh |
terang menaik
(陽上) |
5 | 市 | siː˩˧ | síh |
terang menghilang
(陽去) |
6 | 是 | siː˨ | sih |
Bahasa Vietnam mempunyai lapan jenis nada dengan diakritik tersendiri menggunakan abjad turunan Rumi sendiri:
Nama | Kontur | Tanda | Contoh |
---|---|---|---|
ngang | tengah, ˧ | tiada | a |
huyền | rendah menurun, ˨˩ | tanda cakah | à |
sắc | tinggi menaik, ˧˥ | tanda tirus | á |
hỏi | melengkuk, ˧˩˧ | tanda cangkuk atas | ả |
ngã | serak menaik, ˧ˀ˦˥ | tilde | ã |
nặng | serak menurun, ˨˩ˀ | titik di bawah | ạ |
Bahasa Hokkien menpunyai tujuh atau lapan jenis nada.
Jenis Nada | Kontur Original | Kontur Mula | Nombor | Pe̍h-ōe-jī | Contoh |
---|---|---|---|---|---|
gelap mendatar
(陰平) |
˧˧ | ˧˧ | 1 | a | 诗 |
terang mendatar
(陽平) |
˨˦ | ˩˩ | 2 | â | 时 |
gelap menaik
(陰上) |
˥˧ | ˨˦ | 3 | á | 始 |
terang menaik
(陽上) |
Masuk ke terang menghilang | Masuk ke terang menghilang | 4 | ǎ | |
gelap menghilang
(陰去) |
˨˩ | ˥˥ | 5 | à | 是 |
terang menghilang
(陽去) |
˨˨ | ˩˩ | 6 | ā | 四 |
gelap masuk
(陰入) |
˩ | ˥ | 7 | ap
at ak ah |
薛 |
terang masuk
(陽入) |
˥ | ˩ | 8 | a̍p
a̍t a̍k a̍h |
蚀 |
Bahasa Ucat di Hainan dalam keluarga bahasa Austronesia serumpun Melayu membentuk lima nada utama hasil pertembungan dengan bahasa bernada sejenis lain yang dituturkan termasuk ragam bahasa Cina (seperti bahasa Hainan dan bahasa Mandarin) dan bahasa-bahasa Dai-Kra:[6]
Nilai nada | Jenis nada | Bunyi hujung Cam Proto | Contoh dibandingkan | |
---|---|---|---|---|
kata Ucat | kata Melayu seakar | |||
55 | Tinggi | *-h, *-s; PAN *-q | phia55 < *basah | basah |
42 | Turun | *-p, *-t, *-k, *-c, *-ʔ; *-ay
Hujung bersuara: terasal |
tiauʔ42 < *thow | tahu |
24 | Naik | *-p, *-t, *-k, *-c, *-ʔ; *-ay
Hujung nirsuara: hentian bersuara / pangkal letusan |
||
11 | Rendah | Vokal dan sengauan
Hujung bersuara: terasal |
u11 tai11 < *punti | punti |
33 | Sedang | Vokal dan sengauan
Hujung nirsuara: hentian bersuara / pangkal letusan |
lai33 < *tali | tali |
Bahasa-bahasa Afrika
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Rujukan
- ^ a b Yip, Moira (2002). Tone. Cambridge Textbooks in Linguistics. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 1–3, 17–18. ISBN 978-0-521-77314-0. ISBN 0-521-77445-4 (pbk)
- ^ Trask, R. L. (2004). "toneme". A Dictionary of Phonetics and Phonology. Routledge.
- ^ "上聲 - 國語辭典" (dalam bahasa Cina). 中華民國教育部. Dicapai pada 2018-11-28.
- ^ 《古代汉语词典》编写组 (2002). 古代汉语大词典大字本 (dalam bahasa Cina). Beijing: 商务印书馆. m/s. 1369. ISBN 978-7-100-03515-6.
- ^ 中国社会科学院语言研究所词典编辑室 (2006). 现代汉语词典(第5版) (dalam bahasa Cina). Beijing: 商务印书馆. m/s. 1193. ISBN 978-7-100-04385-4.
- ^ Thurgood, Graham (1999). From Ancient Cham to Modern Dialects: Two Thousand Years of Language Contact and Change: With an Appendix of Chamic Reconstructions and Loanwords. University of Hawaii Press. m/s. 239. ISBN 0-8248-2131-9. Dicapai pada 2011-05-15.