Nabil Halimi | |
---|---|
نبيل حليمي | |
![]() Nabil pada 2025 | |
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan | |
Menyandang jawatan 23 Mei 2025 | |
Ketua AMK | Muhammad Kamil Abdul Munim |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Ketua AMK Petaling Jaya | |
Menyandang jawatan 13 April 2025 | |
Ketua Cabang | Hee Loy Sian |
Ketua AMK Negeri | Iman Haziq Mohammad |
Pengerusi Negeri | Amirudin Shari |
Ketua Penerangan AMK Malaysia | |
Dalam jawatan 29 Januari 2024 – 23 Mei 2025 | |
Ketua AMK | Adam Adli Abdul Halim |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Ahli Majlis MBPJ (Zon 18) | |
Menyandang jawatan 30 April 2024 | |
Datuk Bandar | Mohamad Zahri Samingon |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muhammad Nabil Bin Halimi 30 April 1996 (29 Tahun) Subang Jaya, Selangor, Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | ![]() (2021-kini) |
Pertalian | Najwan Halimi (Abang) |
Tempat belajar | Cardiff University (BEng, Civil Engineering) Putra Business School (MBA, Corperate Governance) |
Pekerjaan | Ahli politik, Jurutera |
Laman web | https://www.facebook.com/nabilhalimiMY https://www.instagram.com/nabilhalimi/ https://www.tiktok.com/@nabilhalimi_ https://x.com/nabilhalimi?lang=en |
Muhammad Nabil bin Halimi (Jawi: محمد نبيل بن حليمي) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia sejak 2025.[1] Beliau juga merupakan Ketua AMK Cabang Petaling Jaya serta Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi Zon 18.
Kehidupan awal dan pendidikan
Nabil dilahirkan dan dibesarkan di Subang Jaya, Selangor. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) di Seremban, Negeri Sembilan. Selepas tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di Kolej MARA Seremban sehingga tahun 2016.
Pada tahun yang sama, Nabil melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu di Cardiff University, United Kingdom, dalam bidang Kejuruteraan Awam dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Bachelor of Engineering - Civil Engineering) pada tahun 2019.
Selepas kembali ke Malaysia, beliau menyambung pengajian di Putra Business School dan menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Administartion - Corperate Governance) dalam bidang Tadbir Urus Korporat pada tahun 2023. Gabungan latar belakang kejuruteraan dan pengurusan ini memberikan asas kepakaran kepadanya dalam aspek perancangan projek, pembuatan keputusan strategik, serta pemahaman tentang aspek teknikal dan tadbir urus organisasi.
Kerjaya korporat
Selepas kembali dari United Kingdom, Nabil memulakan kerjayanya dalam bidang kejuruteraan sebagai Pembantu Eksekutif kepada Pengarah Urusan di Consurv Technic Sdn. Bhd. antara tahun 2019 hingga 2022. Di sini beliau terdedah kepada pengalaman awal dalam pengurusan projek dan komunikasi strategik. Pada tahun 2022, beliau menyertai Dyna Segmen Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Projek. Dalam tempoh ini, Nabil memainkan peranan dalam merancang serta menyelaras pelaksanaan projek selain mengurus hubungan dengan pelabur dan pihak berkepentingan. Bermula Ogos 2024 hingga kini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah di Dyna Energy Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui. [2][3]
Perkhidmatan dalam kerajaan tempatan
Pada 30 April 2024, Nabil dilantik sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mewakili Zon 18 (PJS 2 & PJS 4) bagi penggal 2024–2025.[4]
Sebagai Ahli Majlis, Nabil bertanggungjawab dalam hal-hal pembangunan Petaling Jaya, perancangan tempatan, dan perkhidmatan komuniti.[5][6] Beliau turut mengangkat sumpah jawatan tersebut dalam satu upacara rasmi, yang turut disiarkan melalui saluran media sosial beliau.[7]
Penglibatan dalam aktivisme
Arus Anak Muda
Sebelum menceburi bidang politik, Nabil bergiat aktif sebagai aktivis belia dan merupakan salah seorang pengasas bersama Arus Anak Muda,[8] sebuah gerakan masyarakat sivil yang memfokuskan kepada pemerkasaan golongan muda melalui pendidikan sivik[9][10], advokasi demokrasi dan inisiatif kemasyarakatan.[11][12]
Melalui gerakan ini, Nabil terlibat secara langsung dalam beberapa projek penting. Antaranya ialah Projek Connect Rakyat,[13][14] iaitu kempen pengumpulan dana melalui platform KitaFund untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.[15] Kempen ini berjaya mengutip dana sehingga RM53,500 dan membekalkan lebih 100 buah komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan di sekitar Petaling Jaya yang terjejas oleh kekangan pembelajaran dalam talian semasa pandemik COVID-19.[16][17]
Pada masa yang sama, beliau terlibat dalam Projek Rakyat Kenyang,[18] sebuah inisiatif bantuan makanan yang dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 di bawah kempen #BenderaPutih.[19] Projek ini menyasarkan keluarga rentan di kawasan bandar yang terkesan akibat sekatan pergerakan.[20] Melalui kerjasama pelbagai pihak, projek ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM66,000 melebihi sasaran asal RM15,000 dan menyalurkan sebanyak 709 kotak makanan kepada keluarga miskin bandar di sekitar Lembah Klang.[21][22]
Nabil juga turut memberikan tumpuan kepada advokasi demokrasi.[23] Beliau menyokong penuh pelaksanaan Undi18 dan sistem pendaftaran pemilih automatik, dengan pandangan bahawa langkah tersebut akan mengubah landskap politik negara dan mendorong parti politik menjadi lebih berintegriti, telus serta responsif terhadap kehendak generasi muda.[24][25] Beliau juga menekankan kepentingan melahirkan lebih ramai wakil rakyat muda melalui Kempen Calon Muda, dengan menyatakan bahawa kekalahan dalam pilihan raya tidak harus dianggap sebagai kegagalan, sebaliknya sebagai satu proses pembelajaran bagi memperkukuh kepimpinan generasi baharu.[26]
KHIDMAT Malaysia
Selain penglibatan dalam Arus Anak Muda, Nabil juga aktif menerusi Pertubuhan Kebajikan Hidup Masyarakat (KHIDMAT Malaysia), sebuah NGO yang ditubuhkan pada 2022[27] untuk memfokuskan kerja-kerja kebajikan, kesukarelawanan dan kesiapsiagaan bencana.[28]
Sebagai Pengerusi, Nabil telah menggerakkan KHIDMAT untuk melaksanakan pelbagai program kebajikan berskala nasional. Pada Mac 2023, KHIDMAT menganjurkan Misi Banjir Johor yang dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seramai 150 sukarelawan dihantar ke Batu Pahat untuk membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir serta mengagihkan bantuan asas kepada mangsa yang terjejas.[29] Inisiatif ini menandakan peranan awal KHIDMAT dalam mobilisasi belia di peringkat nasional.
Selain bantuan bencana, KHIDMAT turut menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk program Korban & Jom Rewang, program vaksinasi percuma (HPV dan cacar air), serta saringan kesihatan awam di beberapa kawasan. Program vaksinasi yang dianjurkan di Lembah Pantai, misalnya, menawarkan lebih 500 dos percuma kepada penduduk setempat dan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi ketika itu, Fahmi Fadzil.
Pada Disember 2024, Nabil mengetuai Misi Bantuan Banjir Kelantan yang menyaksikan kerjasama erat antara AMK Malaysia, Wanita KEADILAN dan KHIDMAT. Bantuan yang dibawa merangkumi empat bot Rapid Water Rescue, makanan, ubatan serta pelbagai keperluan asas untuk mangsa banjir di Kelantan. Bantuan ini turut disalurkan ke kawasan terputus hubungan menggunakan bot, dengan tumpuan operasi di daerah Tumpat. Misi tersebut mendapat liputan meluas media tempatan termasuk Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, Sinar Harian dan Harapan Madani, yang menekankan peranan KHIDMAT sebagai sebuah badan sukarelawan belia yang bersedia digerakkan dalam keadaan darurat.[30][31][32][33]
Melalui KHIDMAT, Nabil turut menetapkan sasaran jangka panjang untuk menggerakkan sehingga 10,000 sukarelawan belia di seluruh negara sebagai pasukan tindak balas pantas dalam menghadapi bencana dan krisis kemanusiaan.[34]
Penglibatan politik
Kerjaya politik
Nabil mula bergiat aktif dalam dunia politik melalui Angkatan Muda Keadilan (AMK), iaitu sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau memulakan penglibatan awal di peringkat Cabang sebagai Timbalan Ketua AMK Cabang Petaling Jaya pada tahun 2022, dalam masa yang sama dilantik sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia dari 2022 hingga 2024.[35][36]
Pada Januari 2024, Angkatan Muda KEADILAN telah mengumumkan penstrukturan serta penyusunan semula kepimpinan sayap tersebut.[37][38] Dalam rombakan ini, Nabil telah dilantik sebagai Ketua Penerangan AMK, iaitu jawatan yang dipegangnya sehingga tamat penggal 2025. Pada tahun yang sama, Nabil sekali lagi melibatkan diri dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat dan dipilih sebagai Ketua AMK Cabang Petaling Jaya bagi penggal 2025-2028. Kemuncak penglibatan politiknya di peringkat nasional bermula pada tahun 2025 apabila beliau dipilih sebagai Naib Ketua AMK Malaysia, menjadikannya antara tokoh muda yang sedang meningkat naik dalam kepimpinan parti reformasi itu.[39]
Pemilihan KEADILAN 2025
Dalam Pemilihan KEADILAN 2025, Nabil mula menawarkan diri sebagai Ketua AMK Cabang Petaling Jaya.[40][41] Nabil berjaya dipilih sebagai Ketua AMK Cabang Petaling Jaya dengan memperoleh undi tertinggi, menewaskan pencabarnya di peringkat cabang.[42]
Calon | Undian | Status |
---|---|---|
Nabil Halimi | 1,043 | Menang |
Ng Yih Miin | 679 | Kalah |
Muhammad Fakhrur Razi Bin Salehhudin | 123 |
Setelah kejayaan di peringkat Cabang, Nabil sekali lagi menawarkan diri dalam pemilihan Angkatan Muda KEADILAN di peringkat nasional. Nabil telah berjaya dipilih sebagai salah seorang Naib Ketua AMK Malaysia setelah meraih undi tertinggi iaitu sebanyak 2,784 undi.[43] Keputusan tersebut mengatasi dua ahli Parlimen Malaysia, iaitu YB Dr. Mohammed Taufiq Johari (Ahli Parlimen Sungai Petani) dan YB Chiew Choon Man (Ahli Parlimen Miri). [44][45]
Keputusan pemilihan Naib Ketua AMK Malaysia 2025:
Calon | Undian | Peratusan | Status |
---|---|---|---|
Nabil Halimi | 2,784 | 20.60% | Menang |
Mohammed Taufiq Johari | 2,780 | 20.57% | |
Chiew Choon Man | 2,353 | 17.41% | |
Pravin Murali | 1,495 | 11.06% | Kalah |
Fathin Amelina Fazlie | 1,110 | 8.21% | |
Prasanth Kumar Brakasam | 974 | 7.21% | |
Goh Kah Yong | 774 | 5.73% | |
Prabakaran Parameswaran | 541 | 4.00% | |
Kalaimughilan Arjunan | 335 | 2.48% | |
Wan Hasifi Amin | 261 | 1.93% | |
Shaun Kua | 108 | 0.80% |
Kontroversi
Saman fitnah oleh Fadhli Shaari
Pada Ogos 2025, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, mengeluarkan surat tuntutan (Letter of Demand) kepada Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nabil Halimi, menuntut permohonan maaf serta ganti rugi sebanyak RM1 juta.[46] Tuntutan tersebut berkaitan karikatur yang dipercayai memperlekeh usaha diplomatik Malaysia dalam rundingan damai antara Thailand dan Kemboja.[47][48] Nabil mengesahkan beliau telah menerima surat tuntutan tersebut dan sedang meneliti kandungannya. Beliau menyatakan akan mendapatkan nasihat guaman sebelum menentukan tindakan seterusnya, serta menegaskan hak kebebasan bersuara dalam demokrasi.[49]
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan oleh Fadhli Shaari, menyifatkannya sebagai percubaan membungkam suara anak muda yang lantang. Timbalan Ketua AMK Selangor, Mohamad Shahrul Adnan, menegaskan bahawa kritikan adalah hak warganegara dan bukan jenayah. Beliau menambah bahawa AMK Selangor tetap berdiri teguh di belakang Nabil, dan menyeru rakyat Malaysia untuk menolak budaya politik ugutan.[50][51]
Isu KK Mart dan pertelagahan dengan Akmal Saleh
Pada Mac 2024, tercetus kontroversi apabila beberapa cawangan kedai serbaneka KK Mart menjadi sasaran boikot serta insiden serangan bom petrol[52], berikutan penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangannya. Isu ini mendapat liputan meluas kerana dianggap menyentuh sensitiviti agama umat Islam di Malaysia.[53]
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Muhamad Akmal Saleh, lantang menggesa masyarakat memboikot rangkaian tersebut dan menyifatkan tindakan KK Mart sebagai tidak sensitif. Kenyataan beliau mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk beberapa pihak yang mendakwa retorik sebegitu berpotensi membangkitkan ketegangan kaum dan agama.[54]
Dalam perkembangan itu, Nabil yang ketika itu merupakan Ketua Penerangan AMK Malaysia, tampil mengkritik tindakan Akmal.[55] Beliau menegaskan bahawa isu keagamaan perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab melalui siasatan pihak berkuasa, bukannya dimanipulasi sebagai modal politik.[56] Nabil menyifatkan pendekatan Pemuda UMNO sebagai "melempar batu sembunyi tangan" kerana tidak mengambil kira kesan jangka panjang kepada keharmonian masyarakat.[57][58]
Kritikan terhadap pelantikan politik
Pada Mei 2025, Nabil tampil mempertahankan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Kamil Abdul Munim, yang dikritik oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Center) kerana didakwa terlibat dalam amalan naungan dalam pelantikan politik. Beliau menegaskan bahawa seseorang itu tidak semestinya tidak layak hanya kerana terlibat dalam politik, dan menegaskan pentingnya asas merit dan kebertanggungjawaban dalam setiap pelantikan. Beliau turut menyeru agar reformasi institusi seperti Akta Pendanaan Politik dan pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan untuk menyokong tadbir urus yang lebih baik di peringkat akar umbi.[59][60]
Titah adendum dan kestabilan politik
Pada Januari 2025, Najib Razak diberi kebenaran oleh Mahkamah Rayuan untuk mencabar kewujudan Titah Adendum yang kononnya membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah. Menyikapi perkembangan ini, Nabil menyatakan bahawa keputusan tersebut mencerminkan ketelusan kerajaan dan kecekapan sistem perundangan negara. Beliau juga menasihati Barisan Nasional agar tidak terpengaruh oleh sentimen politik yang dimainkan oleh Perikatan Nasional, dan menekankan bahawa kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan (PH–BN) menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan politik negara.[61][62][63][64]
Kerjasama dengan Bersih untuk agenda reformasi
Pada Februari 2024, semasa perhimpunan BERSIH di Tugu Negara, mereka menuntut komitmen terhadap reformasi kerajaan, Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi menyuarakan sokongan terhadap usaha itu. Beliau menyeru supaya BERSIH tidak hanya berhimpun tetapi juga membantu kerajaan dalam usaha bersama mencapai matlamat reformasi, menggambarkan pentingnya kestabilan politik untuk pemulihan ekonomi dan reformasi berkesan.[65][66]
Nabil berharap BERSIH dan kerajaan boleh bekerjasama “bagai aur dengan tebing,” dan menekankan bahawa ketidaksamaan ekonomi dan ketidakadilan sosial boleh melemahkan cita-cita demokrasi yang diperjuangkan masyarakat sivil. Reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti pelaksanaan sesi pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), pelulusan perundangan anti-menghendap, pemansuhan hukuman mati mandatori dan pembentukan beberapa Jawatankuasa Khas Parlimen dipuji oleh beliau sebagai langkah positif ke arah penyusunan sistem yang lebih adil dan inklusif.[67]
Rujukan
- ^ BERNAMA (2025-06-20). "Barisan kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2025-2028". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-29.
- ^ "Profil LinkedIn Nabil Halimi".
- ^ THE MALAYSIAN INSIGHT (2021-12-15), Nabil Halimi, jurutera muda konsisten pejuang suara belia, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "MBPJ Councilor's Profile – Zone 18". Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Dicapai pada 29 August 2025.
- ^ Yunus, Nurul Najwa Mohd Noordin dan Siti Norhidayah Mohd (2024-05-07). "MBPJ jalankan operasi kawalan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-29.
- ^ Media Selangor (2025-02-07), Warga emas lega aduan longkang ditangani segera, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "'Selesai upacara angkat sumpah sebagai Ahli Majlis MBPJ' – Nabil Halimi". X (Twitter). Dicapai pada 29 August 2025.
- ^ Astro AWANI (2021-10-29), [LANGSUNG] Apa anak muda mahu dalam #Bajet2022 ? | 29 Oktober 2021, dicapai pada 2025-09-07
- ^ THE MALAYSIAN INSIGHT (2021-05-03), Isu jenaka lucah: Anak muda mahu pesalah dikenakan tindakan, dicapai pada 2025-09-07
- ^ Astro AWANI (2021-10-18), Borak Bajet Muda: Bajet 2022 | Harapan anak muda untuk sistem pendidikan, dicapai pada 2025-09-07
- ^ THE MALAYSIAN INSIGHT (2021-12-15), Nabil Halimi, jurutera muda konsisten pejuang suara belia, dicapai pada 2025-09-07
- ^ Astro AWANI (2020-07-08), Agenda AWANI: Apa signifikan Parlimen Digital?, dicapai pada 2025-09-07
- ^ Mutalib, Zanariah Abd (2020-11-24). "Connect Rakyat sasar agih 100 komputer riba kepada pelajar miskin". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-02.
- ^ THE MALAYSIAN INSIGHT (2021-10-07), 'Connect Rakyat' sasar RM80,000 kutipan, mahu bantu pelajar B40 perolehi peranti, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "Anak muda kumpul dana lebih RM50,000 beli komputer riba buat pelajar miskin". Astro Awani. 2021-02-07. Dicapai pada 2025-09-02.
- ^ "Young adults helping poor children get online too". Free Malaysia Today. 15 Februari 2021. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ "These 9 Resilient Changemakers Are Going Strong In Helping The Poor". WikiImpact. 2021. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ Ninja Van Malaysia (2021-07-23), Projek Rakyat Kenyang 2021 | Ninja Van Malaysia, dicapai pada 2025-09-02
- ^ "🏳️🏳️PROJEK RAKYAT KENYANG".
- ^ "More groups join hands to help Malaysians in need". Malaysiakini. 2021-07-04. Dicapai pada 2025-09-02.
- ^ "Youth-led initiative helped 709 families by providing food essentials". The Vibes. 23 Julai 2021. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ "These 9 Resilient Changemakers Are Going Strong In Helping The Poor". WikiImpact. 2021. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ Astro AWANI (2022-02-12), Undi18 | Penyertaan Undi18 dalam PRN Johor, adakah mereka sudah bersedia?, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik – Nabil Halimi". Astro Awani. 25 November 2021. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ Astro AWANI (2022-02-12), Undi18 | Penyertaan Undi18 dalam PRN Johor, adakah mereka sudah bersedia?, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "Kempen calon muda perlu diteruskan – Nabil Halimi". MalaysiaNow. 30 April 2022. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ Astro AWANI (2022-10-17), [LANGSUNG] Sidang media pelancaran khidmat malaysia & laskar bencana AMK | 18 Okt 2022, dicapai pada 2025-09-02
- ^ Keadilan, Suara (2022-10-18). "AMK bersama KHIDMAT Malaysia lancar sukarelawan misi banjir". Suara Keadilan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-02.
- ^ "AMK hantar 150 sukarelawan misi banjir ke Johor". BERNAMA. 4 Mac 2023. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ "AMK dan KHIDMAT Malaysia hulur bantuan mangsa banjir di Kelantan". Keadilan Rakyat. 4 Disember 2024. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ "AMK bersama pasukan KHIDMAT hantar bantuan banjir ke Kelantan". Suara Keadilan. 4 Disember 2024. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ "AMK bantu mangsa banjir di Kelantan". Sinar Harian. 4 Disember 2024. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ "AMK dan Wanita KEADILAN padu tenaga jayakan misi bantuan banjir Kelantan". Harapan Madani. 5 Disember 2024. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ "KHIDMAT, AMK sedia hulur bantuan banjir, sasar 10,000 sukarelawan turun padang". Getaran. 13 Oktober 2022. Dicapai pada 2 September 2025.
- ^ Higher Education Malaysia Association (2023-10-14), The Finale: Youth Policy Town Hall - “National Budget 2024: What's in it for Youth?”, dicapai pada 2025-09-07
- ^ Malaysia Bangkit (2024-10-14), 𝗞𝘂 𝗟𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗱𝗶𝗿 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿: 𝗝𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶?, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 (𝐀𝐌𝐊) PENYUSUNAN SEMULA MAJLIS PIMPINAN ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA 2022-2025 :MEMPERKUKUH SAF KEPIMPINAN, MENGGEMBLENG SOKONGAN BELIA MALAYSIA 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐠𝐚𝐬!". www.instagram.com. Dicapai pada 2025-09-07. line feed character in
|title=
at position 16 (bantuan) - ^ Keadilan, Suara (2024-01-29). "AMK rombak kepimpinan, gembleng sokongan belia Malaysia". Suara Keadilan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-07.
- ^ Media Selangor (2025-04-08), Nabil mahu perkasa belia, tubuh hub tumpuan anak muda, dicapai pada 2025-09-07
- ^ Keadilan, Suara (2025-04-09). "MP Petaling Jaya tanding ketua cabang, Nabil Halimi ketua AMK PJ". Suara Keadilan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-22.
- ^ ORAITNOPO Channel (2025-04-07), TERKINI! PENGUMUMAN YB LEE CHEAN CHUNG! CABANG PARTI KEADILAN PETALING JAYA!, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "Keputusan rasmi Pemilihan AMK Cabang Petaling Jaya" (PDF). Jawatankuasa Pemilihan PKR. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
- ^ "MAJLIS PIMPINAN AMK PUSAT" (PDF).
- ^ "Pusat – Keadilan Election Results" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-22.
- ^ www.suarakeadilan.my https://www.suarakeadilan.my/post/nurul-izzah-timb-presiden-amirudin-aminuddin-lih-kang-kekal-naib-presiden. Dicapai pada 2025-08-29. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ KiniTV (2025-08-06), Karikatur haiwan: Ahmad Fadhli tuntut ganti rugi RM1 juta dari pemimpin AMK, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "Karikatur kambing, monyet: Fadhli tuntut ganti rugi RM1 juta dari pemimpin AMK". Malaysiakini. 6 Ogos 2025. Dicapai pada 22 Ogos 2025.
- ^ media, team (2025-07-30). "AMK kecam Ahmad Fadhli: "Pengkhianat negara wajar dihukum"". Malaysia Bangkit (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-22.
- ^ "Naib Ketua AMK sahkan terima LOD daripada Fadhli Shaari". NewsWav. Julai/Aug 2025. Dicapai pada 22 Ogos 2025. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "AMK Selangor kecam tindakan saman RM1 juta terhadap Nabil Halimi". NewsWav. Ogos 2025. Dicapai pada 22 Ogos 2025.
- ^ "AMK Selangor kecam tindakan saman RM1 juta terhadap Nabil Halimi". Sinar Harian. 7 Ogos 2025. Dicapai pada 22 Ogos 2025.
- ^ Awang, Asrol (2024-03-30). "Lagi Pasar Raya KK Mart kena serang 'molotov cocktail'". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-29.
- ^ MOHAMAD, SITI AISYAH (2024-03-14). "Tular jual stoking tertera kalimah ALLAH, KK Super Mart mohon maaf". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-08-29.
- ^ Muzamir, Muhammad Yusri (2024-04-05). "Isu boikot KK Mart: Akmal mahu terus kekal boikot". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-29.
- ^ Idris, Rohaniza (2024-04-01). "Dr Akmal kena ambil tanggungjawab - AMK". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-29.
- ^ THE MALAYSIAN INSIGHT (2024-04-01), Akmal Saleh api apikan ketegangan kaum, kata Pemuda PKR, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "AMK mahu Dr Akmal bertanggungjawab". Malaysia Gazette. 1 April 2024. Dicapai pada 29 August 2025.
- ^ "Pemuda PKR: Akmal, jangan baling batu sembunyi tangan". www.malaysiakini.com. Dicapai pada 2025-08-29.
- ^ "Pelantikan politik: Naib ketua Pemuda PKR balas kritikan C4". Malaysiakini. 30 Mei 2025. Dicapai pada 29 Ogos 2025.
- ^ "PKR Youth vice-chief defends Kamil after C4 'hit'". Malaysiakini. 2025-05-30. Dicapai pada 2025-08-29.
- ^ "BN usah terpedaya dengan sentimen politik PN – AMK". Sinar Harian. 7 January 2025. Dicapai pada 29 August 2025.
- ^ "Keputusan mahkamah berpihak kepada Najib bukti kerajaan telus – AMK". MalaysiaGazette. 7 January 2025. Dicapai pada 29 August 2025.
- ^ "BN usah terpedaya dengan sentimen politik PN - AMK". Newswav. 7 January 2025. Dicapai pada 29 August 2025.
- ^ KiniTV (2025-01-07), BN jangan terpedaya sentimen yang dimainkan pembangkang - AMK, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "Pemuda PKR mohon Bersih sokong usaha kembalikan kestabilan politik". Malaysiakini. 27 February 2024. Dicapai pada 29 August 2025.
- ^ KiniTV (2024-02-26), PKR Youth calls on Bersih to assist govt in implementing reforms, dicapai pada 2025-09-07
- ^ "Bersih akan bantu kerajaan capai agenda reformasi". Sinar Harian. 15 May 2025. Dicapai pada 29 August 2025.