Nabiha Mashut | |
|---|---|
| Kelahiran | Nabiha Mohd Mashut 30 Oktober 1989 Johor Bahru, Johor, Malaysia |
| Warganegara | Malaysia |
| Terkenal kerana |
|
| Gerakan politik | |
| Anugerah | Anugerah Sastera Johor |
| Laman web rasmi | www |
Nabiha Mohd Mashut (lahir 30 Oktober 1989) ialah seorang penulis, penyair, dan pereka fesyen Muslimah dari Malaysia.[1]
Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan berasal dari Kota Tinggi, Johor. Nabiha mula menulis pada usia 16 tahun dengan dorongan gurunya, Mohd Kasim Mahmud, serta sokongan keluarganya.
Beliau memiliki latar belakang akademik dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat pada peringkat diploma, sarjana muda, dan sarjana. Nabiha ialah pengasas Marhuna Apparel[2], sebuah jenama yang menumpukan pada rekaan fesyen hijab dan aksesori Muslimah.
Selain bidang fesyen, beliau turut aktif dalam penulisan karya kreatif dan kegiatan sastera di Malaysia.
Hasil karya
[sunting | sunting sumber]Puisi
[sunting | sunting sumber]- "Makan Berdamai". Antologi Bila YB Dipalu Kompang. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). 2022.
- "Mayong". Tunas Cipta. Dewan Bahasa dan Pustaka. Julai 2023.
- "Balasan Sakit". Tunas Cipta.
- "Dendangan Zikrullah". Tunas Cipta.
- "Maw'izhah Hasanah (Peringatan yang Baik)". Harian Metro (Sisipan Varsiti).
- "Siulan Si Tua". Berita Minggu.
- "Putih". Berita Minggu.
- "Mencanting". Harian Metro.
- "Tembok Petang". Dewan Siswa.
- "Tiket Kecewa". Majalah Remaja.
- "Warna Alam". Tunas Cipta.
- "Permainan Hati". Remaja.
- "Segak Bergaya". Dewan Siswa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mac 2007.
- "Pembunuh Masa". Dewan Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ogos 2007.
- "Rumahku Pulau Banjir". Dewan Siswa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ogos 2007.
- "Gurindam Rintihan Al-Aqsa". Tunas Cipta. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- "Syair Ratna Pakaja I". Legasi (Edisi Berani). Legasi Oakheart (Bil. 2).
Cerpen
[sunting | sunting sumber]- "Dendam Terlerai di Hujung Keinsafan". Fokus SPM. September 2006.
- "Tenggelam dalam Keredaan". Dewan Sastera (Sisipan Tunas Cipta).
- "Gesekan Kematian". Dewan Siswa.
- "Sekilas Kasihmu". Tunas Cipta.
- "Angka Berkembar Cerdas di Pengkalan Nager". Dewan Kosmik. 2012.
- "Titipan Rindu". Fokus SPM. November 2012.
Antologi
[sunting | sunting sumber]- Antologi Bila YB Dipalu Kompang (Antologi Puisi Politik) (Sajak "Makan Berdamai" (antologi bersama)). Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). 2022.
- Antologi Suara Bukit Timbalan (Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia) (Sajak "Jajahan Jati Jaya" (antologi bersama)). Persatuan Penulis Johor (PPJ).
- Antologi Mudahnya Move On! 19 Karya Bangkit Selepas Putus Cinta (Cerpen "Liga Cinta Juara" (antologi bersama)). Lejen Press.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Beliau telah menerima beberapa pengiktirafan dalam bidang penulisan, kesenian, dan reka bentuk. Antara anugerah yang pernah diterima termasuk:
- Hadiah Pertama, Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia 2022 – anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.
- Anugerah Sastera Johor 2021 – Kategori Puisi Eceran Bunga Kebebasan.
- Hadiah Kedua, e-Education for e-Generation Photographic Competition, University Carnival in e-Learning (UCEL), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, 2013.
- Hadiah Pertama, Rekaan Poster ICT Carnival – anjuran Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, 2011.
- Hadiah Pertama, Pertandingan Menulis Cerpen peringkat universiti – usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kelab Karyawan Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor, 2008.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sastera Bukan Hanya Menulis". Tunas Cipta. Dewan Bahasa dan Pustaka. 26 Ogos 2021.
- ^ "Marhuna Apparel Malaysia". LinkedIn (dalam bahasa Inggeris).








