Mutiara Dalam Debuan Kabus ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan SR One Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Harris Fadzillah. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Emma Maembong. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria pada 6 Oktober 2025 menggantikan Rumah Tanpa Luka. [1]
Mutiara Dalam Debuan Kabus | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Mutiara Dalam Debuan Kabus karya Manaf Hamzah |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan |
Pengarah | Harris Fadzillah |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Perasaanku - Fieya Julia |
Lagu penutup | Penantian Luka - Azzam Sham |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting | Kas Roshan |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | SR One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 6 Oktober 2025 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Rumah Tanpa Luka |
Sinopsis
Mengisahkan seorang wanita yang kehilangan ingatan akibat kemalangan langgar lari dan ketika sedar dari koma, dia mendapati dirinya berada dalam perkahwinan yang retak dengan suaminya yang dingin dan mengancam untuk berkahwin dengan wanita lain.
Dia kemudiannya berhadapan dengan pelbagai dilema dan persoalan identiti diri, terperangkap antara dirinya yang mungkin bernama Aslin atau Airina, serta dipertemukan dengan wanita lain dalam mimpinya yang penuh dengan kegelisahan.
Dengan semangat waja, dia bertekad untuk mencari kebenaran identitinya meskipun ia berbahaya.
Pelakon
Pelakon Utama
- Emma Maembong sebagai Airina/Aslin
- Zahiril Adzim sebagai Uzzam Zulkarnain
Pelakon Pembantu
- Natasya Mahyan sebagai Nora Ashikin
- Jasmin Hamid sebagai Rahayu
- Watie Sadali sebagai Masirah
- Rashdan Baba senagai Helmi
- Khaty Azian sebagai Norma
- Manan Sulaiman sebagai Zulkarnain
- Afzan A. Rahman sebagai Redzuan
- Safura Yaacob sebagai Ubaidah
- Faye Kusairi sebagai Sharifah
- Rahhim Omar sebagai Rohman
- Zalfa Zin sebagai Umaiyah
- Muaz Fitri sebagai Ghazali
- Hafiz Nolan sebagai Daniel
Pelakon Kanak-Kanak
- Airis Qhaleesya - Aira(5 Tahun)
- Zara Aediera - Aira(3 Bulan)
Pautan luar
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Mutiara Dalam Debuan Kabus | Berikutnya |
Rumah Tanpa Luka | Bahagia Yang Tertangguh |
- ^ [ https://www.myinfotaip.com/2025/09/mutiara-dalam-debuan-kabus.html Mutiara Dalam Debuan Kabus] myinfotaip.