Dato' Mustapha Azahari bin Maarof[1] (1 Januari 1935 – 15 Disember 2014)[2] merupakan seorang pelakon dan penolong pengarah lelaki Malaysia.
Mustapha Maarof | |
|---|---|
| Kelahiran | Mustapha Azahari bin Maarof 1 Januari 1935 |
| Meninggal dunia | 15 Disember 2014 (umur 79) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Sebab kematian | Kanser paru-paru |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
| Pekerjaan | Pelakon, penolong pengarah |
| Tahun aktif | 1951–2014 |
| Terkenal kerana | 'Tun Zainal' (Hang Tuah) 'Tengku Bagos' (Raden Mas) 'Deli' (Sri Mersing) 'Tun Aman' (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Suraya Harun (k. 1962; c. 1965) Roseyatimah (k. 1967; m. 1987)[3] |
| Anak-anak | 4 |
| Ibu | Kamsiah Mohd Ali |
| Bapa | Maarof Zakaria |
Kehidupan peribadi dan kerjaya
- Beliau pernah mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
- Memulakan kerjaya seninya sejak 1951
- Sebelum menikahi Roseyatimah, Mustapha pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965. Suzlynna kemudiannya berkahwin dengan penyanyi utama kumpulan Flybaits iaitu Alfredo Valentina, rakyat Singapura berketurunan Filipina yang juga anak saudara kepada maestro muzik jaz Malaysia, Alfonso Soliano.
- Mustapha dan Roseyatimah mendirikan rumah tangga pada 1967, dikurniakan tiga anak iaitu Azlynna, Mohamad Rezainuddin dan Mohammed Khairuddin, namun Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun.
- Allahyarham adalah anak kepada peguam Melayu, Maarof Zakaria yang mengasaskan Bank Kebangsaan Melayu pada tahun 1947 dan nama Jalan Maarof di Bangsar dinamakan sempena bapa Allahyarham.
- Sudah berlakon lebih 50 filem dan beratus-ratus drama televisyen, sama ada di Malaysia mahupun Singapura, dan lebih aktif bekerja di sebalik tabir sebagai produser drama dan iklan komersial serta video korporat menerusi Warna Motion Pictures.
- Selain itu, beliau juga pernah menerajui Persatuan Seniman dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS.
Filemografi
Kematian
Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, pada 15 Disember 2014 jam 8.38 pagi. Sebelum itu allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November 2014 kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju pada 2 Disember 2014.
Jenazah beliau disolatkan di Masjid Amru Ibnu Al-Asr, Bandar Baru Sentul dan kemudian dikebumikan disebelah pusara isterinya (Roseyatimah) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.[4][5]
Anugerah
Pada 18 Jun 2010, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Joseph Salang Gandummengumumkan Datuk Mustapha Maarof sebagai Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010. Beliau menerima cek bernilai RM30,000, selempang, pingat dan sijil Tokoh Perfileman Finas [6]
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1992 | Festival Filem Malaysia ke-10 | Anugerah Veteran | Menang |
Rujukan
- ^ PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
- ^ "Roseyatimah cinta sejati Mustapha". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2017-06-16.
- ^ Mustapha Maarof setia hingga akhir hayat
- ^ Datuk Mustapha Maarof 1935 - 2014
- ^ "Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2016-01-20.
- ^ Mustapha Maarof Terima Anugerah Tokoh Perfileman mstar
Pautan luar
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Kelahiran 1935
- Kematian 2014
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Orang dari Kuala Lumpur
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Warga Studio Jalan Ampas
- Penerima Darjah Dato' Paduka Tuanku Jaafar
- Tunas pelakon Malaysia
- Kematian akibat kanser paru-paru








