Musim taufan Pasifik 2010 | |
---|---|
Sempadan musim | |
Ribut pertama terbentuk | 18 Januari 2010 |
Ribut terakhir reda | 20 Disember 2010 |
Ribut terkuat | |
Nama | Megi |
• Halaju angin maksimum | 230 km/h (145 mph) (10-minit bertahan) |
• Tekanan ribut terendah | 885 hPa (mbar) |
Statistik musim ini | |
Jumlah lembangan | 28, 1 tidak rasmi |
Jumlah ribut | 14, 1 tidak rasmi (rekod rendah) |
Taufan | 7 |
Taufan super | 1 (tidak rasmi) |
Jumlah kematian | 384 semuanya |
Jumlah kerosakan | $2.95 bilion (2010 USD) |
Rencana berkaitan | |
Musim taufan Lautan Pasifik bagi tahun 2010 merupakan peristiwa yang sedang berlangsung sepanjang tahun, di mana siklon tropika atau lebih dikenali umum sebagai taufan terbentuk di barat Lautan Pasifik. Kelazimannya, waktu utama bagi sebarang pembentukan siklon tropika di kawasan ini ialah antara bulan Mei dan November. Agensi yang diberi tanggungjawab untuk menamakan sebarang sistem siklon tropika di kawasan ini ialah Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Kawasan yang dipantau bagi menjejak aktiviti siklon tropika oleh JMA meliputi kawasan utara Khatulistiwa, di antara meridian ke-100 timur (100°T) dan meridian ke-180 (180°). Selain itu agensi Pusat Amaran Taufan Bersama (JWTC) dan Pentadbiran Khidmat Atmosfera, Geofizik, dan Astronomi Filipina (PAGASA) juga memantau kawasan ini. Namun begitu PAGASA hanya memantau kawasan antara 135°T – 115°T dan 5°U – 25°U, dan turut menamakan sebarang sistem siklon tropika (walaupun ada yang telah diberikan nama oleh JMA) untuk kegunaan dalam Filipina sahaja. Manakala lekukan-lekukan tropika yang dipantau oleh JTWC akan diberi kod nombor yang mempunyai akhiran “W”.
Sistem ribut yang signifikan
Lekukan Tropika Tidak Dinamakan
Suatu kawasan tekanan rendah di Laut China Selatan dikesan telah terbentuk pada kira-kira jam 8.00 pagi, 31 Oktober 2010.[1] Pada jam 2.00 petang pada hari yang sama, Jabatan Meteorologi Thai telah mengesan kelajuan angin sistem tekanan rendah itu mencapai kelajuan 50 km/j. Oleh sebab yang demikian, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dan Jabatan Meteorologi Thai mengelaskan sistem ribut itu sebagai suatu lekukan tropika. MMD mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah pada 9.45 pagi, 1 November 2010 untuk kebanyakan tempat di Kelantan, serta seluruh negeri Kedah dan Perlis. MMD juga turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora. [2][3] Hujan lebat akibat lekukan tropika ini menyebabkan banjir teruk di kebanyakan tempat di utara Semenanjung Malaysia, terutamanya Kedah dan Perlis. Kira-kira 3,000 penduduk telah dipindahkan.[4]
Rangkuman peristiwa
Januari – Mei
Pada awal 18 Januari, JMA melaporkan pembentukan lekukan tropika kira-kira 320 km (200 bt) ke barat daya Bandar Seri Begawan, Brunei.[5] Kira-kira 12 jam seterusnya, JTWC meletakkan identiti sistem ini sebagai Lekukan Tropika 01W ketika ia bergerak menuju Vietnam.[6]. Lekukan tropika ini bertemu daratan berdekatan Gò Công, Vietnam pada 20 Januari dan pada penghujung hari yang sama JMA mengisytiharkan sistem ini telah terhapus di Kemboja.[7][8][9] Tiga orang terkorban di perairan Vietnam.[10]
Ribut Tropika Omais dinamakan oleh JMA pada 25 Mac tetapi pada lewat hari yang sama, JTWC menurunkan sistem ini menjadi lekukan tropika. Pada 26 Mac, Omais kembali menjadi ribut tropika sebelum bertukar menjadi ribut luar-tropika.[11]
JMA mula memantau suatu kawasan tekanan rendah kira-kira 140 km (87 bt) dari barat Palau pada 24 April.[12] Setelah kawasan tekanan rendah ini bertambah kuat, JMA menaikkan sistem tekanan rendah ini menjadi suatu lekukan tropika pada awal 26 April. Lewat hari yang sama, lekukan tropika ini bertemu daratan di sempadan Davao City dan Surigao del Sur serta merentasi kawasan Mindanao. Ketika lekukan ini berada di kawasan Sulu, JMA menurunkan tarafnya kembali menjadi kawasan tekanan rendah pada awal 27 April. Pada malam 29 April, setelah meredah Palawan menuju ke Laut China Selatan, tekanan rendah ini diserapi sistem perenggan cuaca berdekatan Zambales.[13][14] Lekukan tropika ini membawa hujan lebat yang menyebabkan banjir di Mindanao. Namun demikian, tiada kematian yang dilaporkan.[15]
Jun dan Julai
Hanya satu sistem lekukan tropika yang terbentuk pada bulan Jun. Pada 2 Jun, JMA mengesan sistem tekanan rendah terbentuk di Pulau Hainan.[16] 36 jam selepas itu, tekanan rendah tersebut bergerak menuju ke arah timur. Ketika berada 600 km (370 bt) barat laut Manila, Filipina, JMA mengesan ia bertukar menjadi lekukan tropika pada hujung hari 3 Jun.[17][18] Lekukan tropika ini terus bergerak ke arah timur laut. JMA tidak lagi memantau lekukan tropika ini menjelang awal 6 Jun.[19][20]
Taufan Conson pada asalnya merupakan suatu lekukan tropika yang terbentuk pada awal 11 Julai dan kemudiannya diberi nama Conson apabila bertukar menjadi ribut tropika hari kemudiannya.[21] Menjelang tengah hari 12 Julai, JMA menaikkan taraf Conson sebagai ribut tropika kencang dengan angin selaju 100 km/j (65 bsj). Pada waktu 1800 UTC, Conson bertambah kuat setelah mencapai status taufan. Taufan Conson mencapai kekuatan maksimum dengan angin 130 km/j pada awal hari esoknya.[22]
Rumusan
Pengelasan siklon tropika Agensi Meteorologi Jepun | ||||||
LT | RT | RTK | T |
Nama atau Kod Ribut |
Tarikh Kejadian | Kategori Ribut pada kekuatan maksimum |
Kelajuan Angin Maksimum (km/j) |
Tekanan Minimum (mbar) |
Pendaratan | Jumlah Kemusnahan (juta AS$) |
Jumlah Kematian | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tempat | Tarikh | Angin
(km/j) | ||||||||
“01W” | 18 – 20 Januari | Lekukan tropika | 30 | 1006 | Vũng Tàu, Vietnam | 20 Januari | 30 | 4.5 bilion VND (RM 0.75 juta) |
3 | |
Omais (Agaton) |
21 – 27 Mac | Ribut tropika | 65 | 998 | Atol Woleai, Mikronesia (tiada pendaratan, kesan langsung) |
21 Mac | 55 | USD 10000 | Tiada | |
Pulau Fais, Persekutuan Mikronesia (tiada pendaratan, kesan langsung) |
22 Mac | 55 | ||||||||
Ulithi (tiada pendaratan, kesan langsung) | 23 Mac | 55 | ||||||||
Yap (tiada pendaratan, kesan langsung) | 23 Mac | 55 | ||||||||
Tidak dinamakan[nb 1] |
26 – 26 April | Lekukan tropika | TD[nb 2] | 1008 | Mindanao, Filipina | 26 April | TD | Tiada | Tiada | |
Tidak dinamakan |
3 – 6 Jun | Lekukan tropika | TD | 1002 | Tiada pendaratan | Tiada | Tiada | |||
Conson (Basyang) |
11 – 18 Julai | Taufan | 130 | 975 | Pandan, Catanduanes, Filipina (tiada pendaratan, kesan langsung) |
12 Julai | 70 | 111 | ||
Daet, Camarines Norte, Filipina (tiada pendaratan, kesan langsung) |
13 Julai | 70 | ||||||||
Pulau Polillo, Quezon, Filipina | 13 Julai | 65 | ||||||||
General Nakar, Filipina | 13 Julai | 60 | ||||||||
Kepulauan Paracel, Laut China Selatan (tiada pendaratan, kesan langsung) | 15 Julai | 70 | 2 | |||||||
Pulau Hainan, China (tiada pendaratan, kesan langsung) |
16 Julai | 80 | ||||||||
Hai Phong, Vietnam | 17 Julai | 50 | 2 | |||||||
Chanthu (Caloy) | 17 – 24 Julai | Taufan | 130 | 1000 | Dingalan, Aurora, Filipina | 18 Julai | 35 | TD | Tiada | |
Zhanjiang, Guandong, China | 23 Julai | 75 | TD | 13 | ||||||
Tidak dinamakan |
18 – 20 Julai | Lekukan tropika | 35 | 1004 | Tiada pendaratan | |||||
Dianmu (Ester) |
6 – 12 Ogos | Ribut tropika kencang | 100 | 980 | Miyakojima, Okinawa, Jepun (tiada pendaratan, kesan langsung) |
10 Ogos | 65 | 37 | ||
Pulau Jeju, Korea Selatan (tiada pendaratan, kesan langsung) |
10 Ogos | 95 | ||||||||
Goheung, Jeolla Selatan, Korea Selatan | 11 Ogos | 95 | ||||||||
Tobishima, Wilayah Aichi, Jepun (tiada pendaratan, kesan langsung) |
11 Ogos | 90 | ||||||||
Yurihonjō, Wilayah Akita, Jepun | 12 Ogos | 75 | ||||||||
Mindulle | 17 – 25 Ogos | Ribut tropika | 85 | 990 | Cửa Lò, Vietnam | 24 Ogos | 85 | TD | TD | |
Lionrock (Florita) |
27 Ogos – 4 September | Ribut tropika kencang | 90 | 996 | Tiada pendaratan | |||||
Kompasu (Glenda) |
28 Ogos – Masih Aktif | Taufan | 150 | 970 | Pulau Ganghwa, Korea Selatan | 120 | ||||
Namtheun | 30 – 31 Ogos | Ribut tropika | 75 | 996 | Tiada pendaratan | |||||
Malou (Henry) |
3 – 10 September | Ribut tropika kencang | 95 | 985 | Pulau Tsushima, Jepun | 7 September | 75 | Tiada | Tiada | |
berdekatan Tsuraga, Fukui, Jepun | 24 Ogos | 65 | ||||||||
Meranti | 6 – 11 September | Ribut tropika | 85 | 990 | Bandar Shishi, Quanzhou, Fujian, China | 7 September | 75 | Tiada | Tiada | |
Fanapi (Inday) |
14 – 21 September | Taufan | 175 | 935 | Wilayah Hualien, Taiwan | 19 September | 191 | Tiada | Tiada | |
Wilayah Zhangpu, Zhangzhou, Wilayah Fujian, China | 20 September | 90 | Tiada | Tiada | ||||||
Malakas | 20 – 25 September | Taufan | 140 | 960 | Agrihan (tiada pendaratan, kesan langsung) | 21 September | 55 | Tiada | Tiada | |
Utara Pulau Imo Jiwa, Jepun | 24 September | 140 | Tiada | Tiada | ||||||
Lekukan tropika tidak dinamakan |
29 – 30 September | Lekukan tropika | TD | 1008 | Tiada pendaratan | Tiada | Tiada | |||
“14W” | 5 – 11 Oktober | Lekukan tropika | 55 | 1006 | Haikou, Hainan, China | 5 Oktober | 55 | Tiada | Tiada | |
Megi (Juan) |
12 Oktober - Masih aktif | Taufan | 230 | 885 | Sierra Madre, Luzon, Filipina | 17 September | 230 | Tiada | 19 | |
Wilayah Zhangpu, Zhangzhou, Wilayah Fujian, China | 23 Oktober | 90 | Tiada | 19 | ||||||
Lekukan tropika tidak dinamakan |
18 – 20 Oktober | Lekukan tropika | <55 | 1010 | Tiada pendaratan | Tiada | Tiada | |||
Lekukan tropika tidak dinamakan |
18 – 20 Oktober | Lekukan tropika | <55 | 1010 | Tiada pendaratan | Tiada | Tiada | |||
Chaba (Katring) |
20 – 31 Oktober | Taufan | 165 | 935 | Kepulauan Ryukyu, Jepun | 28 Oktober | 165 | Tiada | Tiada | |
“17W” | 20 – 26 Oktober | Lekukan tropika | <55 | 1010 | Tiada pendaratan | Tiada | Tiada | |||
BOB 05 (“Jal”) | 28 Oktober – 1 November | Lekukan tropika | <55 | 1010 | Thailand | 1 November | <55 | Tiada | Tiada | |
Lekukan tropika tidak dinamakan |
1 – 5 November | Lekukan tropika | <55 | 1006 | Sekitar selatan Huế, Vietnam | 4 November | <55 | Tidak diketahui |
Tidak diketahui | |
“18W” | 12 – 14 November | Lekukan tropika | 55 | 1004 | Selatan Da Nang, Vietnam | 14 November | 55 | Tidak diketahui |
Tidak diketahui | |
“19W” | 12 – 13 Disember | Lekukan tropika | 55 | 1004 | Tiada pendaratan | Tiada | Tiada | |||
01C (Omeka) |
19 – 20 Disember | Lekukan tropika | 55 | 998 | Tiada pendaratan | Tiada | Tiada | |||
Agregat Musim | ||||||||||
15 sistem ribut | 18 Januari – 20 Disember |
230 | 885 | 25 pendaratan | 353 |
Nota:
Nama-nama ribut
Terdaat dua agensi kaji cuaca yang menamakan mana-mana sistem ribut di kawasan barat laut Lautan Pasifik. Oleh sebab yang demikian, suatu sistem ribut kadangkala mempunyai dua nama. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) hanya akan menamakan suatu sistem ribut yang telah mencapai angin berkelajuan 65 km/j dalam tempoh 10 minit. JMA diberi kuasa untuk memantau kawasan dari meridian 180° ke 100°T, dan ke utara garisan Khatulistiwa. Manakala Pentadbiran Khidmat Atmosfera, Geofizik, dan Astronomi Filipina (PAGASA) hanya akan menamakan mana-mana sistem ribut di kawasan yang telah ditetapkan bagi pihaknya iaitu di antara 135°T – 115°T dan 5°U – 25°U. PAGASA juga akan memberi nama terhadap lekukan tropika yang terbentuk di dalam kawasan tadi, dan juga, walaupun JMA telah menamakan mana-mana sistem ribut. Mana-mana nama yang ditebalkan merujuk kepada ribut-ribut yang sedang berpusar atau aktif, manakala nama-nama yang berwarna kelabu menunjukkan nama tersebut belum lagi digunakan.
Agensi Meteorologi Jepun
|
|
|
|
|
|
|
PAGASA
|
|
|
|
|
Rujukan
<references>
Lihat juga
- ^ "Thai Meteorological Department -- Storm Tracking". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-08. Dicapai pada 2010-11-01.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-11-01. Dicapai pada 2010-11-01.
- ^ http://www.webcitation.org/5tvPQQ3Ih
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-05. Dicapai pada 2010-11-01.
- ^ Staff Writer (18 January 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-01-18 06z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 20 January 2010.
- ^ Staff Writer (18 January 2010). "JTWC Tropical Cyclone Warning: 01W: 2010-01-18 21z". Joint Typhoon Warning Center. Dicapai pada 20 January 2010.
- ^ Staff Writer (18 January 2009). "JTWC Running Best Track Analysis". Joint Typhoon Warning Center. United States Naval Research Laboratory. Dicapai pada 21 January 2010.
- ^ Staff Writer (20 January 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-01-20 06z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 20 January 2010.
- ^ Staff Writer (20 January 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-01-20 12z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 20 January 2010.
- ^ "Three dead in Binh Thuan as tropical depression makes landfall". Sài Gòn Giải Phóng. 21 January 2010. Dicapai pada 21 January 2010.
- ^ Stanko (March 26, 2010). "Tropical Storm Omais Advisory Number 19". National Weather Service. Dicapai pada 26 March 2010.
- ^ "JMA WWJP25 Advisory 2010-04-26 06z". Japan Meteorological Agency. 26 April 2010. Dicapai pada 27 April 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "Significant Tropical Weather Advisory for the Western and southern Pacific Ocean 2010-04-26 0z". Joint Typhoon Warning Center. 26 April 2010. Dicapai pada 27 April 2010.[pautan mati kekal]
- ^ Japan Meteorological Agency | Weather Maps
- ^ "PAGASA WWJP25 Advisory 2010-04-28 12z". Philippine Atmospheric, Geophysical and Astronomical Services Administration. 29 April 2010. Dicapai pada 2 May 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "JMA WWJP25 Advisory 2010-06-02 00z". Japan Meteorological Agency. 2 June 2010. Dicapai pada 12 July 2010.
- ^ Staff Writer (3 June 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-06-03 18z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 17 September 2010.
- ^ Staff Writer (22 July 2010). "RSMC Darwin Tropical Diagnostic Statement June 2010" (PDF). RSMC Darwin Tropical Diagnostic Statement. Bureau of Meteorology. 29 (6): 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-06. Dicapai pada 26 May 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Staff Writer (5 June 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-06-05 18z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 17 September 2010.
- ^ Staff Writer (6 June 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-06-06 00z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 17 September 2010.
- ^ "JMA WWJP25 warning 2010-07-11 06z". Japan Meteorological Agency. 2010-07-11. Dicapai pada 2010-07-15.
- ^ "JMA Tropical Cyclone Advisory 2010-07-12 06z". Japan Meteorological Agency. 2010-07-12. Dicapai pada 2010-07-15.