Munajjim: Sekutu Iblis | |
---|---|
Pengarah | Faizul A. Rashid |
Penulis | Muzzamer Rahman |
Dihasilkan oleh | Yusry Makmor Rozita Mat Isa (eksekutif) |
Dibintangi | |
Sinematografi | Hafiz Rashid |
Disunting oleh | Khairil M. Bahar Fazliatun Abd Wahab |
Syarikat penerbitan | Yusrych Global |
Diedarkan oleh | Yusrych Global D'Ayu Pictures TGV Pictures (pawagam) |
Tarikh tayangan | 31 Julai 2025 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Munajjim: Sekutu Iblis ialah filem seram Malaysia yang mula ditayangkan pada 31 Julai 2025. Ia diarahkan oleh Faizul A. Rashid dan diterbitkan oleh Yusrych Global Sdn Bhd bersama D'Ayu Pictures.[1] Naskhah ini diilhamkan oleh Yusry Makmor, Zafran Aziz dan Rozita Mat Isa, serta penggambaran dijalankan pada Januari 2025 di beberapa lokasi di Selangor, termasuk kawasan Kuala Lumpur.[2][3]
Sinopsis
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang terperangkap dalam amalan ilmu hitam dan perdukunan—apabila bekas kekasih isteri menggunakan sihir untuk menggugat rumah tangga mereka, anak lelaki membalas dengan ilmu hitam sendiri. Kesannya berpatah balik, mengancam keselamatan dan akidah keluarga tersebut. [4]
Pelakon
- Farid Kamil sebagai Ayden
- Uqasha Senrose sebagai Zara
- Mustaqim Bahadon sebagai Shazlan
- Sherie Merlis sebagai Puan Sri Khaleeda
- Daniel Aqil sebagai Iman
- Juliana Evans sebagai Delina
- Hafiz Nafiah sebagai Salim
- Ruzaidi Abdul Rahman
Penggambaran
Penggambaran telah dijalankan pada Januari 2025 di pelbagai lokasi di Selangor termasuk sekitar Kuala Lumpur. Lokasi spesifik tidak didedahkan tetapi ia berlangsung di kawasan bandar utama di negeri tersebut.[1][3]
Tayangan dan Edaran
Munajjim: Sekutu Iblis ditayangkan di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 31 Julai 2025, melalui edaran oleh Yusrych Global Sdn Bhd dengan kerjasama TGV Pictures.[5][4]
Tema
Filem ini membawa tema kesedaran terhadap bahayanya ilmu hitam, kepercayaan kepada bomoh dan implicasi sosial syirik. Dengan realiti dipadu elemen seram, ia bertujuan memberi pengajaran secara psikologi dan visual kepada penonton moden.[3]
Lagu Tema
- “Kembalilah” — lagu tema rasmi filem, tersedia di platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.[6]
Pautan luar
- Artikel The Sun Malaysia tentang filem
- Berita Bernama via TV Sarawak
- Artikel Bernama Lifestyle
- Official page di Cinema.com.my
- IMDb – Munajjim: Sekutu Iblis
Rujukan
- ^ a b "New horror film exposes black magic". The Sun Malaysia. 16 Jul 2025. Dicapai pada 29 Jul 2025.
- ^ "'Munajjim: Sekutu Iblis' ketengah realiti ilmu hitam". TV Sarawak via Bernama. 10 Jul 2025. Dicapai pada 29 Jul 2025.
- ^ a b c "Film inspired by real black magic cases". Bernama Lifestyle. 10 Jul 2025. Dicapai pada 29 Jul 2025.
- ^ a b "Munajjim: Sekutu Iblis – Movie Details". Cinema.com.my. Dicapai pada 29 Jul 2025.
- ^ "Company credits – Munajjim: Sekutu Iblis (2025)". IMDb. Dicapai pada 29 Jul 2025.
- ^ "OST Munajjim – "Kembalilah"". Instagram Yusrych Global. Dicapai pada 29 Jul 2025.