Mosyuki Borhan | |
---|---|
![]() | |
Lahir | Mosyuki Borhan 8 Mei 1984 Tangkak, Johor Darul Takzim |
Pekerjaan | Penulis, Penyair, Penulis Lagu |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Warganegara | ![]() |
Alma mater | Universiti Teknologi Mara |
Genre | Puisi, Cerpen, Prosa |
Tahun aktif | 2009 - kini |
Mosyuki Borhan merupakan penulis, penyair dan penggiat seni di Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas rumah penerbitan Rumah Ripta.[1]
Dilahirkan di Tangkak, Johor pada Mei 1984, Mosyuki berdarah campuran Melayu dan Jawa dari daerah Solo, Indonesia.
Kerjaya penulisannya bermula pada tahun 2009 dengan menerbitkan tulisannya dalam blog, puisi dan cerpennya kemudian dihimpun dalam beberapa antologi seperti, Sepuluh Ribu (2011), Rahsia 2 Pria (2012), Untuk Yang Telah Pergi (2016) dan Hujan Bakawali di Rumah Tuhan (2018).[2]
Pada tahun 2010, Mosyuki menerbitkan sendiri kumpulan puisi pertamanya Telegram [3] seterusnya kumpulan puisi dan prosa Tempe & Latte (2014) bersama rumah penerbitan Selut Press.[4]
Kumpulan puisinya yang ketiga, Rukun Ranah, diterbitkan pada tahun 2023 oleh Rumah Ripta. Buku tersebut diberikan kata pengantar serta dilancarkan oleh penyair mapan Indonesia, Joko Pinurbo di Festival Penulis Antarabangsa Makassar (MIWF) 2023 di Makassar, Indonesia. [5]
Dari sudut perfileman, Mosyuki pernah mengarahkan filem pendek berjudul 'Bunga' yang diadaptasi daripada cerpennya sendiri pada tahun 2016 dan menulis skrip bagi beberapa drama tempatan seperti Mitos Cinta Akira (2025) dan Senyawa (2024). [6]
Mosyuki juga menjadi antara pengarang Malaysia yang telah dijemput sebagai pembicara dan dan membuat persembahan di Festival Penulis Antarabangsa Makassar (Makassar International Writers Festival) pada tahun 2018, 2019 dan 2023[7] serta Festival Sastera Banggai, Sulawesi Tengah pada Julai 2019.
Mosyuki juga merupakan pengarah Pekan Teman Baik, sebuah festival sastera dan seni kolektif dua negara Malaysia dan Indonesia. [8] [9]
Selain membuat persembahan dalam pameran puisi di seluruh Malaysia dan Indonesia, Mosyuki juga aktif menganjurkan dan menguruskan acara seni melalui Rumah Ripta.[10][11]
Hasil Penulisan
Hasil penulisan Mosyuki Borhan, dari tahun aktif (2009) sehingga kini:
1. Buku
- Telegram (swaterbit, 2009). Kumpulan puisi.[3]
- Rahsia 2 Pria (Selut Press, 2012). Kumpulan puisi duo bersama Adi Wafi.[12]
- Tempe & Latte (Selut Press, 2014). Kumpulan puisi dan prosa.[4][13]
- Rukun Ranah (Rumah Ripta, 2023). Kumpulan puisi. [14]
2. Antologi
- Sepuluh Ribu (Selut Press, 2012). Antologi cerpen. [15]
- Untuk Yang Telah Pergi (Rumah Ripta, 2016). Antologi puisi.[16]
- Hujan Bakawali di Rumah Tuhan (Rumah Ripta, 2018). Antologi puisi.[17]
Diskografi
Lagu-lagu yang pernah ditulis oleh Mosyuki Borhan sepanjang tahun aktif (2009 hingga kini):
Lagu | Tahun | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
"Hari Mulia" | 2025 | Amir Jahari (menampilkan Beto Kusyairy) | Dikreditkan sebagai penulis lirik. [18] [19] |
"kemacahya" | 2024 | motherwit (menampilkan Irene Taib, Mosyuki Borhan dan Hazeeq Azhar) | Dikreditkan sebagai artis yang ditampilkan dan penulis lirik. [20] |
"Kultusan Rindu" | 2023 | Acid Hadi (menampilkan Mosyuki Borhan) | Dikreditkan sebagai artis yang ditampilkan dan penulis lirik. [21] |
"Yang Terbaik" | 2022 | Acid Hadi (menampilkan Mosyuki Borhan) | Dikreditkan sebagai artis yang ditampilkan dan penulis lirik. [22]
Runut dimuatkan dalam EP Dimensi oleh Acid Hadi. [23] |
"Hilang" (OST bagi drama Hilang di Viu Malaysia) | 2022 | Heidi Moru | Dikreditkan sebagai penulis lirik. [24]
Dicalonkan Top 5 kategori Lagu Asli Terbaik bagi Program TV/Filem Asia dalam Contentasia Awards 2023. [25] |
Filemografi

Antara penglibatan Mosyuki dalam penerbitan filem/TV sepanjang tahun aktif (2009 hingga kini):
Tahun | Tajuk | Peranan | Pelakon | Catatan |
---|---|---|---|---|
2025 | Mitos Cinta Akira | Penulis skrip | Arabella Ellen
Areef Amran |
Terbitan Global Station untuk siaran Viu. [26] [27] |
2024 | Senyawa | Penulis skrip | Trisha Ooi | Terbitan MIG Production untuk siara IQIYI. [28] [29] |
Tahun | Tajuk | Peranan | Pelakon | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Bunga | Penulis dan pengarah | Zahiril Adzim | Diterbitkan oleh GARISPXL.CO dan Rumah Ripta[6] |
Teater
Antara penglibatan Mosyuki dalam persembahan teater sepanjang tahun aktif (2009 hingga kini):
Tahun | Tajuk | Peranan | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | SAPA | Penulis skrip dan penerbit | Main Theater & Rumah Ripta | Dipersembahkan di Studio Ramli Hassan, Kuala Lumpur, 14-17 Disember 2023. [30] [31] |
2024 | SAPA Indonesia | Penulis skrip dan penerbit | Main Theater & Rumah Ripta | Dipersembahkan sempena Festival Penulis Antarabangsa Makassar 2024. [32] |
Anugerah dan penghargaan
Antara penglibatan Mosyuki dalam persembahan teater sepanjang tahun aktif (2009 hingga kini):
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Asian Academy Creative Awards National | Lagu Tema / OST Terbaik
“Rasa Yang Hilang" |
Menang | [33] |
ContentAsia Awards | Lagu Asal Terbaik untuk Rancangan TV / Filem Asia
“Rasa Yang Hilang" |
Tercalon |
Rujukan
- ^ "Dari Kertas Ke Pentas – Antara Kemelut, Kebangkitan dan Impian Seni Mosyuki - BASKL" (dalam bahasa Inggeris). 2021-05-01. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Mosyuki Borhan". www.goodreads.com. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ a b "Goodreads". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ a b "Tempe & Latte". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ Mirsan, Adi (2023-06-10). "Rukun Ranah: Puisi-puisi dari Malaysia yang Berasal Indonesia". Fajar Sulsel (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ a b FILEM PENDEK - BUNGA - 'Flower', dicapai pada 2023-08-24
- ^ "Speakers 2023 – MIWF 2023" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ Hasan, Kamsah. "Pekan Teman Baik: Jembatan Budaya antara Indonesia dan Malaysia". Sulsel Terkini (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-09-10.
- ^ Khairulsani, Nurarifah Fatema binti (2024-12-17). "Tirai Festival Pekan Teman Baik Dibuka". Tunas Cipta. Dicapai pada 2025-09-10.
- ^ Yusop, Siti Haliza. "Rumah Ripta tak mahu puisi sekadar dalam buku". BH Online.
- ^ Siti Hasliza Yusop (16 Ogos 2018). "Rumah Ripta tak mahu puisi sekadar dalam buku". BH Online.
- ^ "Goodreads". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Rak Buku: Terjemah rasa rindu di hati". HM Online. 2015-02-17. Dicapai pada 2023-09-18.
- ^ "Rukun Ranah". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Goodreads". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Untuk Yang Telah Pergi". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Goodreads". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ Hari Mulia (feat. Beto Kusyairy) by Amir Jahari on Apple Music (dalam bahasa Inggeris), 2025-03-14, dicapai pada 2025-09-10
- ^ "'Hari Mulia' cenderamata istimewa Amir Jahari, Beto Kusyairi". Astro Awani. 2025-03-31. Dicapai pada 2025-09-10.
- ^ kemacahya (feat. Irena Taib, Mosyuki Borhan & Hazeeq Azhar) by motherwit on Apple Music (dalam bahasa Inggeris), 2024-03-07, dicapai pada 2025-09-10
- ^ Kultusan Rindu (feat. Mosyuki Borhan) by AcidHadi on Apple Music (dalam bahasa Inggeris), 2023-10-20, dicapai pada 2025-09-10
- ^ Yang Terbaik (feat. Mosyuki Borhan) by Acid Hadi on Apple Music (dalam bahasa Inggeris), 2022-03-01, dicapai pada 2025-09-10
- ^ Dimensi - EP by Acid Hadi on Apple Music (dalam bahasa Inggeris), 2022-03-01, dicapai pada 2025-09-10
- ^ [OST Viu Original HILANG] Rasa Yang Hilang - Heidimoru, dicapai pada 2023-08-24
- ^ "2023 Nominees". ContentAsia Awards (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-21. Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Viu | No Service". www.viu.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-10.
- ^ "Mitos Cinta Akira". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-27. Dicapai pada 2025-09-10.
- ^ "Drama Senyawa". Myinfotaip (dalam bahasa Inggeris). 2024-10-28. Dicapai pada 2025-09-10.
- ^ Jaszle, Shahz; Ooi, Trisya; Hariesa, Siti (2024-10-25), Senyawa, dicapai pada 2025-09-10
- ^ Astro Awani (15 Disember 2023). ""Waktu tak selalu milik kita, melainkan ingatan."". X Astro Awani.
- ^ Bakri, Mohamad Hafiz Yusoff (2023-12-24). "'Sapa' salin Imaginur?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-09-10.
- ^ "Road to Makassar International Writers Festival 2024". MyStartr.com - Malaysia Crowd Funding site. Dicapai pada 2025-09-10.
- ^ "2023 NATIONAL WINNERS". Asian Academy Creative Awards (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-10.