| Montreal Expos | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Les Expos de Montréal (Perancis) | |||||
| |||||
| Maklumat | |||||
| Liga | National League (East Division) | ||||
| Stadium |
| ||||
| 1969 | |||||
| Nama gelaran | The 'Spos, Nos Amours | ||||
| Titles | 1 (NL East, 1981) | ||||
| Merah, putih, biru[1][2] | |||||
| Maskot | Souki (1978) Youppi! (1979–2004)[3] | ||||
| Nombor tidak digunakan | |||||
| Pemilikan | Senarai pemilik
| ||||
| Pengurus | Senarai pengurus
| ||||
| Laman sesawang | montreal.expos.mlb.com (arkib 2004) | ||||
Montreal Expos (Perancis: Les Expos de Montréal) ialah sebuah pasukan besbol profesional Kanada yang berpusat di Montreal, Quebec. Pasukan ini merupakan francais Major League Baseball (MLB) pertama yang berpusat di luar Amerika Syarikat. Expos bermain dalam divisyen National League East dari tahun 1969 hingga 2004. Selepas musim 2004, francais ini berpindah ke Washington, D.C., dan kini dikenali sebagai Washington Nationals.
Selepas pasukan Montreal Royals (Triple-A) dibubarkan pada tahun 1960, para pemimpin politik Montreal mula berusaha mendapatkan pasukan MLB. Apabila National League menilai calon untuk peluasan liga bagi musim 1969, Montreal dipilih untuk menerima francais baharu. Pasukan ini dinamakan “Expos” sempena Pameran Dunia Expo 67, dan pada awalnya pasukan ini bermain di Stadium Jarry Park sebelum berpindah ke Stadium Olimpik pada tahun 1977.
Expos gagal mencatatkan rekod kemenangan (musim positif) dalam 10 musim pertama mereka. Namun, pasukan ini berjaya memenangi satu-satunya gelaran divisyen mereka pada musim 1981, yang dipendekkan akibat mogok pemain (strike-shortened season). Dalam Nationa League Championship Series 1981 (NLCS), Expos tewas kepada Los Angeles Dodgers.
Pada tahun 1991, pemilik asal dan majoriti pasukan, Charles Bronfman, menjual Expos kepada sebuah konsortium yang diketuai oleh Claude Brochu. Menjelang tahun berikutnya, Felipe Alou dilantik sebagai pengurus pasukan, menjadikannya pengurus pertama kelahiran Republik Dominika dalam MLB. Di bawah bimbingannya, Expos mencatat empat musim kemenangan, termasuk 1994, apabila pasukan itu memiliki rekod terbaik dalam MLB sebelum musim tersebut dibatalkan akibat mogok pemain. Alou kekal sebagai pengurus paling lama dalam sejarah Expos dengan 1,409 perlawanan.
Selepas mogok tahun 1994, Expos mula menjual beberapa pemain utama mereka, yang menyebabkan kehadiran penonton dan minat terhadap pasukan semakin merosot. Cubaan untuk membubarkan pasukan serta usaha mendapatkan dana bagi stadium baharu menemui kegagalan. Akhirnya, Major League Baseball membeli pasukan tersebut sebelum musim 2002. Pada dua musim terakhir pasukan, Expos bermain 22 perlawanan di tempat sendiri setiap tahun di Stadium Hiram Bithorn, San Juan, Puerto Rico.
Pada 29 September 2004, MLB mengumumkan bahawa francais itu akan berpindah ke Washington, D.C. bermula musim 2005, dan Expos memainkan perlawanan terakhir mereka di Montreal tidak lama selepas pengumuman tersebut.
Sepanjang 36 tahun di Montreal, Expos mencatat rekod keseluruhan 2,753 kemenangan, 2,943 kekalahan, dan 4 seri (.483). Vladimir Guerrero mengetuai francais dalam kategori home run dan purata pukulan, manakala Steve Rogers memegang rekod kemenangan dan strikeout. Tiga pitcher telah melakukan empat perlawanan tanpa pukulan (no-hitter); Bill Stoneman (dua kali), Charlie Lea dan Dennis Martínez, yang menghasilkan permainan sempurna (perfect game) ke-13 dalam sejarah MLB.
Expos telah menggantungkan empat nombor jersi semasa di Montreal, dan sembilan bekas pemain telah terpilih ke Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan termasuk Gary Carter, Andre Dawson dan Tim Raines, yang ketiga-tiganya digambarkan dengan topi Expos pada plak mereka di Dewan Kemasyhuran.
Catatan
- ^ Landers, Chris (February 13, 2019). "What's the weirdest logo in the history of each Major League team?". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada February 15, 2019. Dicapai pada February 16, 2019.
The Nationals only have 15 years' worth of logos, while the Expos never strayed from their classic red, white and blue.
- ^ Bastian, Jordan (March 8, 2016). "Chen fondly recalls days in Montreal". MLB.com. MLB Advanced Media. Dicapai pada August 10, 2025.
Once Chen called it a career, that left Izturis and Colon as the only active players to have once worn the red, white and blue uniforms in Montreal.
- ^ Chesterton, Eric (September 10, 2019). "30 years ago, Tommy Lasorda got a mascot ejected for napping on his dugout". MLB.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2021. Dicapai pada February 4, 2021.
In the world of mascots, Youppi! is something of a trailblazer. After serving as the Expos' mascot since 1979, he "chose" to remain in Canada and represent the Canadiens rather than migrate south to Washington, D.C. with the franchise.
- ^ "Franchise Managers". Nationals.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2021. Dicapai pada February 4, 2021.
- ^ "Franchise General Managers". Nationals.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2021. Dicapai pada February 4, 2021.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Montreal Expos |
- "Encore Baseball Montréal (French and English)". Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2005. – Encore Baseball Montréal is a non-profit organization that aims to be the voice of baseball fans in order to maintain interest in baseball in the province of Quebec
- "ExposNation.com". Diarkibkan daripada yang asal pada May 17, 2014. Dicapai pada March 14, 2014. – Registered Non-profit organisation seeking to promote the Montreal market as a viable baseball market, by creating awareness of a fan base in the region.
- "History of the Expos". Sports E-Cyclopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2006. Dicapai pada January 20, 2006.
- "Major League Baseball Comes to Canada". CBC Digital Archives. Diarkibkan daripada yang asal pada January 17, 2013. Dicapai pada July 10, 2012.
- "Montreal Expos / Washington Nationals Franchise Record". Baseball-Reference.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 22, 2011. Dicapai pada March 27, 2018.








