Mohamed Nasheed މުޙައްމަދު ނަޝީދު | |
---|---|
Presiden Maldives | |
Dalam jawatan 11 November 2008 – 7 Februari 2012 | |
Naib Presiden | Mohammed Waheed Hassan |
Didahului oleh | Maumoon Abdul Gayoom |
Digantikan oleh | Mohammed Waheed Hassan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Malé, Maldives | 17 Mei 1967
Parti politik | Parti Demokratik |
Pasangan | Laila Ali Abdulla |
Anak | Meera Laila Nasheed Zaaya Laila Nasheed |
Tempat belajar | Universiti John Moores Liverpool |
Mohamed Nasheed (Dhivehi: މުހައްމަދު ނަޝީދު) (lahir 17 Mei 1967) ialah seorang ahli politik berbangsa Maldives dan pengasas Parti Demokratik Maldives, yang berkhidmat selaku Presiden keempat Maldives mulai tahun 2008 hingga 2012. Beliau mengalahkan Maumoon Abdul Gayoom yang sekian lama menjadi Presiden dalam pusingan kedua pilihan raya Oktober 2008, lalu mengangkat sumpah selaku Presiden pada 11 November 2008. Beliau meletak jawatan pada 7 Februari 2012 ekoran tunjuk perasaan orang awam yang berlarutan. Beliau kemudian mendakwa kejadian itu satu rampasan kuasa,[1] menyebut dengan jelas dia dipaksa meletakkan jawatan "selepas diacukan senapang" oleh pegawai polis dan tentera.[2]
Rujukan
- ^ "The Dregs of Dictatorship". The New York Times. 8 Februari 2012. Dicapai pada 8 Februari 2012.
- ^ "Maldives ex-president Mohamed Nasheed was 'forced out'" BBC News: World: Asia
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Maumoon Abdul Gayoom |
Presiden Maldives 2008–2012 |
Diikuti oleh: Mohammed Waheed Hassan |