Mogok lapar adalah tindakan menahan diri makan atau minum dalam sesuatu tempoh masa dengan tujuan menunjuk perasaan, meraih rasa bersalah dari pihak yang disasarkan atau ingin menarik perhatian masyarakat terhadap perkara yang menjadi isu sebagai pendesakan agar tuntutan dikemukan pemogok dapat dipenuhi mencapai objektifnya. Ia biasanya dilakukan berseorangan atau dalam kumpulan; para pemogok tidak semestinya menahan diri keseluruhannya tetapi memilih tidak mengambil makanan ataupun hanya meminum air sahaja.
Risiko pemogokan ini datang daripada kebergantungan badan terhadap tenaga glukosa yang masih tersimpan.[1] Selepas tiga hari, hati mula menguraikan lemak badan secara ketosis sehingga akhirnya menggunakan sebanyak boleh tenaga yang ada pada otot dan organ penting.[1]
Rujukan
- ^ a b Coffee, C. J. (2004). Quick Look: Metabolism. Hayes Barton Press. m/s. 169. ISBN 978-1593771928.