| Mogok | |
|---|---|
| Pengarah | K. M. Basker |
| Penulis | Jamil Sulong |
| Lakon layar | K. M. Basker |
| Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
| Dibintangi | Ahmad Mahmud Saadiah |
| Muzik oleh | Osman Ahmad |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1957 |
| Negara | Singapura |
| Bahasa | Melayu |
Mogok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1957. Filem Mogok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Mogok diarah oleh pengarah K. M. Basker pada 1957.
Ringkasan
Hamzah, seorang pengurus kilang, merancang mengadakan mogok di kilang majikannya. Dia juga mempunyai hubungan sulit dengan isteri majikan. Ismail dan Fatimah pula adalah rakan sekerja serta saling bercinta. Mereka akhirnya terbabit dalam rancangan jahat Hamzah dan terpaksa menghalang perkara buruk itu daripada berlaku.
Pelakon
- Ahmad Mahmud sebagai Ismail
- Saadiah sebagai Fatimah
- S. Kadarisman sebagai Hamzah
- Mariani
- Daeng Idris
- Malek Sutan Muda
- Omar Rojik
- Mustarjo
- Siti Tanjung Perak
- S. Shamsuddin
- Kemat Hassan
- M. Babjan
- Haji Arshad
Runut
- "Tanya Jaya" nyanyian Normadiah








