Modibo Keïta | |
---|---|
Dalam jawatan 20 Julai 1960 – 19 November 1968 | |
Didahului oleh | Tiada |
Digantikan oleh | Moussa Traoré |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bamako, Senegal Hulu dan Niger | 4 Jun 1915,
Mati | 16 Mei 1977 Bamako, Mali | (umur 61)
Kewarganegaraan | Mali |
Parti politik | Sudanese Union-African Democratic Rally |
Modibo Keita (atau Kéïta; 4 Jun 1915 – 16 Mei 1977) adalah seorang negarawan Mali. Beliau merupakan Presiden Persekutuan Mali (1960–1968) serta Perdana Menteri Mali . Beliau menyokong bentuk Sosialisme Afrika.
Awal hidup
Modibo lahir di kejiranan Bamako-Coura di Bamako, Sudan Perancis. Keluarganya dari keturunan Mandinka yang dipercayai bersalasilah langsung dari Empayar Mali.
Beliau bekerja sebagai seorang pengajar tahun 1936 di seberapa kota utama termasuk Bamako, Sikasso dan Timbuktu.
Kerjaya politik
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, beliau menubuhkan bersama Bloc Soudanais sebagai seitausaha agungnya, pertubuhan ini bergabung dengan Rassemblement Démocratique Africain (RDA). Beliau dipenjarakan pihak penjajah Perancis atas keterlibatannya yang dilihat menggugat atau mengancam mereka pada seberapa bulan tahun 1946.
Pemerintahan
Tidak beberapa lama selepas dilepaskan tahun 1948, beliau dilantik sebagai kaunselor agung Sudan Perancis mewakili kawasan Bamako-Kita. Lima tahun kemudian pada 1953, beliau dilantik sebagai suatu kaunselor Kesatuan Perancis tidak sahaja sebagai datuk bandar Bamako serta malah memasuki Perhimpunan Kebangsaan Perancis selama tempoh-tempoh pemerintahan Maurice Bourgès-Maunoury dan Félix Gaillard.
Sebagai Presiden Mali
Beliau dicalonkan sebagai ketua pemerintah Persekutuan Mali pada 20 Julai 1960. Beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden dengan merdekanya Mali daripada pemerintahan Perancis pada bulan September tahun sama.
Beliau digulingkan dalam suatu rampasan kuasa oleh Moussa Traoré tahun 1968.
Kematian
Modibo meninggal dalam tahanan di Bamako pada 16 Mei 1977 ketika berusia 61 dalam keadaan yang dicurigai;[1] hal ini turut diberitakan Radio-Mali yang mengkhabarkan beliau meninggal akibat suatu penyakit sembap paru-paru (« Modibo Keïta...est décédé des suites d’un œdème aigu des poumons. ») Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Hamdallaye.
Nama beliau dipulihkan setelah pemerintahan Moussa Traoré digulingkan tahun 1992 serta pembharuan baharu dibawa Presiden seterusnya yang baharu, Alpha Oumar Konaré.
Rujukan
- ^ P. Diarra, Cent ans de catholicisme au Mali, p. 273
Pautan luar
- modibokeita.free.fr: Site devoted to Modibo Keita : portrait, discussion, photos, and videos.
- Article du journal Le Flambeau Bamako, Mali.(Organe de la Jeunesse Union Africaine - Mali): Modibo Keita "Notre liberté serait un mot vide de sens si nous devions toujours dépendre financièrement de tel ou tel pays".
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Ketua negara Mali
- Perancis Afrika Barat
- Ahli Perhimpunan Kebangsaan Perancis
- Orang dari Bamako
- Sudanese Union – African Democratic Rally politicians
- African Democratic Rally politicians
- Knights Grand Cross of the Order of St Michael and St George
- Pemimpin yang digulingkan melalui rampasan kuasa
- Kelahiran 1915
- Kematian 1977
- Presiden Mali