Minggu Penulis Remaja (singkatan: MPR) ialah sebuah program tahunan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertujuan melatih dan membimbing penulis muda di Malaysia. Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1985 dan menjadi antara wadah penting dalam melahirkan generasi baharu penulis sastera tanah air.[1][2]
Program ini dicetuskan oleh Johan Jaafar, ketika itu Ketua Unit Buku Remaja DBP, dan kali pertama diadakan pada 13 hingga 16 September 1985 di Sudut Penulis DBP dengan penyertaan 27 peserta remaja yang karya mereka pernah tersiar dalam Dewan Siswa.[1] Sejak itu, MPR diadakan hampir setiap tahun sebagai bengkel penulisan intensif yang merangkumi sesi bimbingan, wacana bersama sasterawan dan editor, serta aktiviti pembacaan karya.[2][3]
Program ini turut berperanan sebagai jaringan pelapis kepada dunia kesusasteraan kebangsaan, dengan ramai alumninya kemudiannya menjadi penulis, penyair, editor dan pengkritik sastera yang aktif dalam pelbagai penerbitan arus perdana.[4] Sepanjang penganjurannya, MPR dilaporkan telah melahirkan hampir 600 penulis dari pelbagai latar belakang, termasuk beberapa tokoh yang mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan serantau.[1] Menjelang edisi 2025, program ini memasuki tahun ke-40 dan sedang diperhalusi dari segi modul serta pentadbiran bagi menyesuaikan diri dengan perubahan landskap sastera semasa.[5]
Antara alumni MPR yang sering disebut termasuk Zaen Kasturi, Rahimidin Zahari, Faisal Tehrani, Uthaya Sankar SB, Ridzuan Harun, Nisah Haji Haron, Raihani Mohd Saaid, dan Ebriza Aminnudin.[1][2] Kecemerlangan mereka menunjukkan peranan MPR sebagai platform awal bagi mencungkil bakat penulis muda di Malaysia. Sebahagian daripada mereka kemudian menerima pengiktirafan dalam bidang sastera, antaranya Zaen Kasturi sebagai penerima Anugerah Penulis S.E.A. 2010; Rahimidin Zahari dan Nisah Haji Haron masing-masing sebagai penerima Anugerah Sasterawan Muda MASTERA 2013 dan 2017;[6] serta Faisal Tehrani sebagai penerima Anugerah Seni Negara (Bakat Muda) 2006.[1][7]
Senarai mantan peserta
Berikut ialah senarai peserta terdahulu Minggu Penulis Remaja sejak penganjurannya, bermula pada tahun 1985 hingga yang terkini. Senarai ini disusun mengikut tahun penyertaan.
| Tahun | Nama peserta |
|---|---|
| 1985 | Zaen Kasturi |
| 1986 | Ahmad Patria Abdullah Amaruszati Noor Rahim Lily Haslina Nasir Rahimidin Zahari Shamsudin Othman Zarihah Hassan Zurina Shafie |
| 1988 | Shaidah Shafie Wan Marzuki Wan Ramli |
| 1989 | Kamariah Kamarudin Laily Mariana Shamsudin Sharkawi Che Din |
| 1991 | Dima Mazlina Abu Bakar Roslan Jomel Saharil Hasrin Sanin Salina Ibrahim Uthaya Sankar SB |
| 1993 | Maharam Mamat Nisah Haji Haron |
| 1994 | Faisal Tehrani Hafizah Iszahanid Khairusy Syakirin Wira Budiman Azizan Zaid Akhtar |
| 1996 | Mohd Elfie Nieshaem Juferi Intan Marhaenee Rahman Yumi Zuhanis Has-Yun Hashim Ridzuan Harun |
| 1997 | Ebriza Aminnudin Ganesan Duraisamy Lim Chiao Kee Raihani Mohd Saaid |
| 1998 | Hany Fariza Fuad Kamalkhalid Kamarludin Norhasnida Abd. Gani |
| 1999 | Lim Fheng Fheng Nazirah Md. Noor Ummu Hani Abu Hassan Mohazam Rezali |
| 2000 | Fahd Razy Jimadie Shah Othman Juliana Mohamed Lutfi Ishak Salman Sulaiman Shahirah Shamsuddin Syaidul Azam |
| 2001 | Hani Salwah Yaakup Widura Abdul Kadir Zaki Johari |
| 2002 | Azizul Ikhwan Farahana Hussain Firuz Akhtar Lubis Mohammad Hafiz Syamsul Johari |
| 2003 | Atriza Umar Mohamad Anis Md. Yusof |
| 2004 | Abdul Rauf Amir Mukhriz Ghafirah Idris Ida Munira Abu Bakar Nimoiz TY |
| 2005 | Azree Ariffin Izzatie Halim Mohd Helmi Abdullah Nasriah Abdul Salam Nuruliman Dashuki |
| 2006 | Ainun Muaiyanah Azilawanie Azree M.H. Faizal Nizam Firdhaus Hassan Hafiz Noramli MF Kencana Mohd Shairazi Nabiha Nissa’ Yusof Norhafiedah Nurul ‘Izzah Nurul Azma Sapiah Derahman Saufi Zarina Baharuddin Zulfadli Sohok Zulfazlan Jumrah |
| 2007 | Aidil Khalid Hafizul Osman Jamilah M. Norddin Noriffah Hidayati Rashidah Othman S. Tuahada Sayidah Mu‘izzah Sharifah Alsiah Wan Nor Azriq |
| 2008 | Amir Hamzah Akal Ali Hazhizh Saparudin Hazwani Husain Justin Dingun Ugah Lala Zehan Misraini Wazir Muhammad Faisal Nurul Hidayah Raden Qurratu‘Aini Radiah Baharin Rashidah Othman |
| 2009 | A. Muziru Idham Aediasri Abdullah Ariff Hafizi Mohd. Radzi Hafizuddin Ali Marwan Abdullah Masliya Yahya Mohd Amirul Hamudin Mohd Haniff Mohd. Yusoff Muhammad Syukri Sapuan N. Faizal Ghazali Nur Adilah Ghazali Nur Adilla Abd. Rahim Nur Asilah Nur Ilyani Alias Nuraini Ruzi (Thoyba Mursyidah) Nurul Farehah Jaamad Nurulhidayu Jamarudi Siti Munirah Abdul Rashid |
| 2010 | Al-Ghazali Sulaiman Amirul Ridzwan Abdul Rahman Mohamad Shamsul Amin Mohammad Al-Khaliq Ghazali Muhammad Aminul Khalil Zaini Muhammad Arif Bazli Abu Bakar Muhammad Fakhruddin Noor Hafizah Mazlan Norehan Mohamad Norfarahin Athirah Ab. Rahim Siti Fatimah Mohd. Said Tai Mun Kit |
| 2011 | Afiefa Saiful Fazad Fakhratu Naimah Muhad Mohamad Shafiq Mazlan Mohd Fathul Khair Mohd. Dahlan Mohd Hafizul Faiz Hashim Noor Syazana Mohd. Ali Nor Suhada Sayuti Siti Atiqah Mohd. Said Siti Nor Aishah Yazid |
Antologi terbitan
Sejak penubuhannya, beberapa antologi cerpen dan puisi yang menghimpunkan karya peserta MPR telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai hasil program bimbingan penulisan tersebut.[8]
Antologi cerpen
- Ali Majod, penyunting (1985). Biarkan Aku Sendiri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. OCLC 13434818.
- Ali Majod, penyunting (1986). Impian Murni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. OCLC 64021279.
- Othman Puteh, penyunting (1988). Nilai Sebuah Kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836204288. OCLC 19769856.
- Othman Puteh, penyunting (1989). Permata Nilam Biru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. OCLC 223200508.
- Ghazali Sulaiman, penyunting (1991). Selembut Najwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836221001. OCLC 221527949.
- Othman Puteh, penyunting (1993). Amanda Balqis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836235398. OCLC 38489813.
- Othman Puteh, penyunting (1996). Dialog dengan May. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836252791. OCLC 36225058.
- Salina Ibrahim, penyunting (2019). Antologi Cerpen Minggu Penulis Remaja 2015: Kapten Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834926571.
- Nisah Haron, penyunting (2018). Antologi Cerpen Minggu Penulis Remaja 2018: Kerana Manisnya Durian. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834933548.
Antologi puisi
- Ahmad Razali Haji Yusof, penyunting (1985). Bunga Pelangi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. OCLC 15530659.
- Dharmawijaya, penyunting (1988). Meraut Kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836204301. OCLC 42273526.
- Ahmad Razali Haji Yusof, penyunting (1991). Impian Kecilku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836220097.
- Rahman Shaari, penyunting (1993). Erti Kedewasaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836235923. OCLC 52505771.
- Rahman Shaari, penyunting (1994). Melirik Mawar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836242402. OCLC 34356852.
- Rahimidin Zahari, penyunting (2014). Antologi Puisi Minggu Penulis Remaja 2014: Bicara Kekasih. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834914059.
- Shamsuddin Othman, penyunting (2016). Antologi Puisi Minggu Penulis Remaja 2016: Atas Nama Impian. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834922351.
- Hani Salwah Yaakup, penyunting (2018). Antologi Puisi Minggu Penulis Remaja 2018: Kasut Merah dan Perempuan Peta. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834932213.
- Shamsudin Othman, penyunting (2019). Antologi Puisi Minggu Penulis Remaja 2015: Bisik Cakerawala. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834926588.
Antologi cerpen dan puisi
- Othman Puteh; Rahman Shaari, penyunting (1997). Ilustrasi Sekeping Hati. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836257710. OCLC 43310051.
- Rahman Shaari; Othman Puteh, penyunting (1998). Sebuah Hati di Cheng Du. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836261571. OCLC 42209786.
- Rahman Shaari; Othman Puteh, penyunting (1999). Perjuangan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836265067. OCLC 44151168.
- Shamsudin Othman; Ridzuan Harun; Salina Ibrahim, penyunting (2013). Antologi Puisi dan Cerpen Minggu Penulis Remaja 2010: Siti Nurmalaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834614416.
- Shamsuddin Othman; Salina Ibrahim, penyunting (2013). Antologi Puisi dan Cerpen Minggu Penulis Remaja 2013: Memujuk Resah. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834618032.
Antologi mantan MPR
- 9! Antologi Cerpen Pengarang Terpilih MPR. Siri 1. Kuala Lumpur: Alumni Minggu Penulis Remaja. 2007. ASIN B0DV2FY5LL.
- 12! Antologi Cerpen Pengarang Terpilih MPR. Siri 2. Kuala Lumpur: Alumni Minggu Penulis Remaja. 2007. ISBN 9789834326227.
- Nasriah Abdul Salam; Hani Salwah Yaakup, penyunting (2008). Antologi Kacak Jelita. Kuala Lumpur: Alumni Minggu Penulis Remaja.
- Mohd Helmi Ahmad, penyunting (2018). Antologi Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR: Karya daripada Diari Rahsia. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834920012.
Rujukan
- ^ a b c d e Hafizah Iszahanid (6 Jun 2019). "Minggu Penulis Remaja: Platform asah bakat baharu". Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
- ^ a b c Siti Haliza Yusop (11 September 2016). "Bual Sastera: Penulis remaja DBP kurang menyerlah?". Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
- ^ Iqbal Hidayat Hamizul (24 Mei 2022). "Minggu Penulis Remaja Bakal Membuka Tirai". Tunas Cipta. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
- ^ Dewan Bahasa dan Pustaka (29 November 2022). "Laporan Tahunan 2022" (PDF). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
- ^ Zulhilmi Shalehuddin (22 September 2025). "Program Minggu Penulis Remaja Bakal Diberikan "Nafas Baharu"". JendelaDBP. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
- ^ Yussof, Asri (13 September 2017). "Nisah Haron Terima Hadiah Sasterawan Muda MASTERA 2017". PTS. PTS Media Group. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
- ^ Rashid Ating (5 Ogos 2025). "Perhimpunan Alumni MPR 2025 Meraikan 40 Tahun Perjuangan Penulisan". Tunas Cipta. Dicapai pada 30 Oktober 2025.
- ^ "Kemaskini Mantan Peserta MPR 1985–2008 & Senarai Antologi". Blog Nisah Haron. 1 November 2009. Dicapai pada 31 Oktober 2025.








