| Mimpi Cinderella | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Fantasi Komedi |
| Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
| Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Angkasa" oleh Diandra Arjunaidi |
| Lagu penutup | "Angkasa" oleh Diandra Arjunaidi |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Siaran asal | 25 September 2012 – 25 Disember 2012 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Bukan Bidadari |
| Diikuti oleh | Cinta Qaseh |
Mimpi Cinderella ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2012 arahan Azmi Hatta dibintangi oleh Eina Azman, Afiq Muiz, Zarina Zainoordin dan Izzue Islam. siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 dari 25 September 2012 hingga 25 Disember 2012 menggantikan Bukan Bidadari.
Sinopsis
Mengisahkan tentang kehidupan Saleha (Eina Azman) yang seakan-akan dongeng Cinderella. Bezanya, dia seorang gadis kampung yang suka berangan-angan. Dia selalu dibuli oleh ibu tiri, Karimah (Sharifah Shahora) dan 2 orang adik tirinya, Hiera (Hiera Hassan) dan Zarita, (Chacha Maembong). Kehidupannya mula berubah setelah dia diterima bekerja oleh Lorna (Zarina Zainoordin). Lorna tidak berkenan dengan penampilan Saleha yang ala-ala kampung. Lokman diarahkan untuk mengubah penampilan Saleha. Setelah Saleha berubah menjadi cantik dan bergaya, akankah mimpinya untuk memiliki putera idaman akan menjadi kenyataan?
Pelakon
Pelakon utama
- Eina Azman sebagai Saleha
- Afiq Muiz sebagai Emir
- Zarina Zainoordin sebagai Lorna
- Izzue Islam sebagai Haikal
Pelakon pembantu
- Chacha Maembong sebagai Zarita
- Sharifah Shahora sebagai Karimah
- Hiera Hassan sebagai Hiera
- Aida Khalida sebagai Puan Ashidah
- Mahmud Ali Basha sebagai Basir
- Zulin Aziz sebagai Siti








