Meranti kuantan Damar hitam siput besar | |
---|---|
![]() | |
Anak pokok meranti kuantan di Pusat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau, Kuantan | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae |
Genus: | Shorea |
Spesies: | S. kuantanensis
|
Nama binomial | |
Shorea kuantanensis (P.S. Ashton) P.S. Ashton & J. Heck
| |
Sinonim | |
Shorea kuantanensis Ashton |
Meranti kuantan atau dikenali sebagai damar hitam siput besar (shorea kuantanensis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Dipterocarpaceae genus Shorea yang terdapat di kawasan hutan-hutan Malaysia dan hanya di Semenanjung Malaysia.[1][2] Ianya telah ditemui pada tahun 1936 di kawasan Hutan Simpan Bukit Goh, Kuantan.[1][3]
Pokok ini pernah diisytiharkan pupus oleh buku Malaysian Plant Red List: Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae pada tahun 2010 akibat penukaran status guna tanah yang berlaku di HSK Bukit Goh kepada ladang kelapa sawit.[1][3][4] Menurut buku Spesies Dipterokarpa Terancam di Semenanjung Malaysia, pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia mendapati pokok ini ialah salah satu takson untuk spesies Dipterocarpaceae sahaja berkemungkinan pupus di kawasan Semenanjung Malaysia.[5]
Walau bagaimanapun pada tahun 2014, pokok ini dijumpai semula di kawasan TER Lata Tembakah iaitu Kompartmen 47, Hutan Simpan Pelagat, Hulu Besut di Terengganu. Kawasan yang ditemui tersebut telah ditubuhkan sebagai petak Hutan Yang Mempunyai Nilai Pemuliharaan Yang Tinggi (HCVF) serta usaha untuk mendapatkan biji benih pokok tersebut untuk ditanam.[1][3]
Rujukan
- ^ a b c d M. Mohd. Nasir, A. M. Richard, M. Nor Akhirrudin, Salleh Endot dan A. Latiff (2017). "NEW DISCOVERY OF SHOREA KUANTANENSIS ASHTON (DIPTEROCARPACEAE) IN PENINSULAR MALAYSIA" (PDF). malaysianforester.com.my (dalam bahasa Inggeris) (ed. Volume 80, No. 2). Dicapai pada 22 Mei 2025.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ Yong Sze Yee, W. "Shorea kuantanensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2023: e.T31434A149812951. doi:10.2305/IUCN.UK.2023-1.RLTS.T31434A149812951.en. Dicapai pada 22 Mei 2025.
- ^ a b c BERNAMA (2020-08-24). "Selepas dilaporkan pupus, Damar Hitam Siput Daun Besar ditemui". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-22.
- ^ Chua, L. S. L., penyunting (2010). Malaysia plant red list: peninsular Malaysian Dipterocarpaceae. Research pamphlet / Forest Research Institute Malaysia. Kepong, Selangor: Forest Research Institute Malaysia [u.a.] ISBN 978-967-5221-34-7.
- ^ L.S.L., Chua; M., Suhaida; B., Aslina (2012). Spesies Dipterokarpa Terancam di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). ISBN 978-967-5221-79-8.